nuffnang advert

Wednesday, June 27, 2012

soal jwb agama: cara bacaan talkin, berkhatan dua kali & untung atas angin

Cara baca talkin berbeza

SAYA ingin bertanya berkenaan bacaan talkin kepada jenazah selepas selesai pengebumian. Adakah nama si mati mesti dibinkan dengan nama ibu si mati ketika bacaan talkin itu?

Ini terjadi pada keluarga isteri saya. Ketika bacaan talkin, imam kampung membaca nama si mati yang dibinkan nama bapa. Ada segelintir orang menegur imam itu tetapi dia cuma mendiamkan diri.

Sehingga kini hal itu menjadi persoalan kami sekeluarga.

IKHWAN,

Selangor


MENURUT mazhab Shafie dan Hanbali, hukum membaca talkin adalah sunat. Ia boleh dilakukan sama ada hampir saat kematian seperti mengajar (mentalkinkan) kalimah syahadat, la ilah illa Allah atau sebaik saja dikebumikan.

Ini banyak diamalkan dalam masyarakat Melayu. Semuanya ada asas dalam hadis. Antara kata-kata talkin ialah seperti berikut: “Wahai hamba Allah anak hamba perempuan Allah, ingatlah dengan apa yang atasnya engkau keluar meninggalkan dunia, iaitu penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah. Sesungguhnya syurga itu benar, neraka itu benar, kebangkitan itu benar, hari kiamat pasti datang tanpa keraguan dan Allah akan membangkitkan sesiapa saja dari kubur. Sesungguhnya engkau reda Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi, al-Quran sebagai pemimpin (imam), kaabah sebagai kiblat dan kaum mukminin sebagai saudara” (al-Zuhayli, II: 536-37).

Apabila seorang imam tidak menyebut seperti di atas iaitu dengan tidak membinkan kepada ibu si mati, ia hanya tidak mengikut peraturan dan dimaafkan.

Talkin itu tetap sah walaupun ada sedikit kekeliruan. Selain itu, talkin juga peringatan kepada yang hadir.


Lelaki dewasa sunat dua kali

APAKAH hukumnya seorang lelaki dewasa berkhatan kali kedua?
Apakah kelebihannya dari sudut agama dan kesihatan?


Sedangkan lelaki berkenaan sudah berkhatan sewaktu kecil dahulu.

Malah dia kini menjadi ayah kepada enam anak dan 5 cucu.

Harap Dr dapat menjelaskan mengenai perkara ini.

ANIDA,
Selangor



Berkhitan mempunyai kelebihan dari sudut agama dan kesihatan. Ini jelas apabila Rasulullah s.a.w bersabda: “Lima perkara termasuk (sunnah-sunnah) fitrah:
khitan, mencukur bulu kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.” (Muttafaq ‘alaih).

Kesemua sunnah fitrah yang disuruh Rasulullah di atas bertujuan menjaga kebersihan diri (taharah).

Ia adalah perkara penting bagi mencapai kesempurnaan agama seseorang selain bertujuan untuk menjaga kesihatan.

Menurut mazhab Shafie, berkhitan adalah wajib bagi kedua-dua anak lelaki dan perempuan.

Berlainan dengan mazhab Hanafi menganggap berkhitan hanya sunat.

Manakala mazhab Hanbali menghukumkan wajib bagi anak lelaki dan sunat bagi anak perempuan.

Bagi yang sudah dewasa atau tua, berkhitan untuk kali kedua hanya dibenarkan apabila khitan yang pertama tidak sempurna seperti kulit kemaluan tumbuh semula dan sebagainya.

Sekiranya ia hanya sekadar suka-suka, ia makruh atau membawa kepada haram kerana boleh mengabaikan nafkah batin kepada isteri.

Untung atas angin

SAYA ada menyertai syarikat multi level marketing (MLM), adakah ia halal? Pekerjaan saya hanya perlu mencari orang bawah (downline) tanpa perlu menjual produk dan apabila orang bawah semakin ramai, orang atas (upline) mendapat keuntungan seperti untung atas angin tanpa berusaha.
 
Bagaimanapun, syarikat itu berdaftar dan mempunyai sijil halal. Kini, saya berasa runsing kerana takut mendapat rezeki yang haram.


FAIRUS,
Johor





SECARA umumnya perniagaan pemasaran berperingkat (MLM) dibenarkan Islam. Di negara ini, ia juga disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Jualan Langsung (AJL).

Berbeza dengan perniagaan biasa, MLM adalah sejenis jualan langsung daripada syarikat pengeluar kepada pelanggan. Apabila seseorang berjaya memasarkannya, ia mendapat ganjaran iaitu harga yang lebih murah daripada harga runcit.

Perniagaan MLM membabitkan pemasaran peringkat bermula daripada syarikat pengeluar dan pelantikan pihak bawahan (downline) termasuk pengedar, peruncit dan pelanggan.

Mana-mana perniagaan termasuk MLM mesti berlakunya perpindahan barangan atau perkhidmatan secara jual beli.

Berbanding skim piramid, ia hanya menumpukan kepada mencari dan menambah downline semata-mata tanpa perlu menjual barangan atau perkhidmatan.

Akhirnya tiada apa yang diniagakan pengusaha dan apabila tiada lagi downline, ia terpaksa ditutup dan mereka berada di bawah yang mendapat kerugian.

Justeru, undang-undang mengharamkan skim piramid. Sekiranya MLM yang anda usahakan bertepatan dengan perniagaan dalam Islam dan disahkan kerajaan, pendapatan yang diperoleh adalah halal.

Bagaimanapun, berdasarkan keterangan anda di atas, MLM itu tidak halal dan termasuk bentuk penipuan dan skim piramid. Ia mengambil kesempatan daripada sifat tamak dalam diri manusia seperti hendak cepat kaya tanpa berusaha.

Wajar bagi anda untuk meninggalkan MLM berkenaan.
  

sumber: harian metro

16 comments:

ADLIL RAJIAH said...

MLM halal rupanya! tapi macam ada unsur menindas org bawah-bawah je. ;O

Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

fieda said...

sharing is caring..ramai jgk yg musykil pasal mlm ni..

mummyrinazone beauty said...

alamak aku tak pernah dengar org khatan 2 kali.sekalipun dah takot

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share...

suwara entertainment said...

x pernah pulak dengar psl bersunat 2x tu..ngerrrriiiii sungguh!

Anonymous said...

semua info2 yg bagus ini sebagai panduan kita TQ wahida!

Lia said...

Bacaan yg bagus ni.. :-)

Unknown said...

gud info..;)

Mulan said...

tq tq for sharing.. sunat 2x.. nak jaga yg sekali pon haru biru..

dear anies said...

ada yg nk try ke sunat 2x?

eima said...

info yg bagus .. leh tambah kekurangan ilmu

nazayiena said...

Tq 4 sharing....
Sapa nak sunat 2x nie?

Kazman / Sue said...

sunat 2x???... apa yang tinggal!!...

miss Fyqa said...

tq for share akak!

kurus said...

TQ sharing dikk

yg untung atas angin tuu leh jadi panduan buat kita semua .. ;)

mama aini said...

thanks wahida..