nuffnang advert

Wednesday, June 20, 2012

soal jwb agama: bergurau mesti bertempat, kiraan harta sepencarian & batal wuduk bersentuhan suami isteri

Bergurau mesti bertempat

ADAKAH seorang suami boleh memanggil perempuan lain yang bukan isteri atau saudara dekatnya seperti baby, darling, dinda atau adinda walaupun sudah dijelaskan kepada isteri bahawa ia hanya gurauan.

YIAN
Kuala Lumpur



Pertama, perlu difahami, pergaulan seorang lelaki dengan wanita bukan mahram mesti ada batasan. Kedua, bergurau mesti bertempat dan tidak melampaui batas.

Ketiga, panggilan yang puan sebut biasanya merujuk pada orang yang mempunyai hubungan istimewa.

Justeru, tidak wajar lelaki berstatus suami bergurau dengan perkataan sedemikian dengan wanita lain hingga menimbulkan rasa cemburu di hati isteri dan syak wasangka masyarakat.


Kiraan harta sepencarian

SAYA memiliki rumah yang dibeli sebelum berkahwin kali kedua selepas tiga tahun. Kemudian, rumah itu saya sewakan kerana suami mendapat peruntukan rumah sewa.
Tahun kedua perkahwinan, saya mengeluarkan semua wang simpanan untuk melunaskan segala hutang, pinjaman dan nafkah anak.


Selepas 15 tahun, saya bercerai dan bekas suami kedua ingin menuntut semua wang sewa rumah serta rumah dibeli sebelum berkahwin dengannya. Adakah dia berhak?

Kedua, sekiranya wang saku diterima isteri setiap bulan dan dikumpul untuk membeli sebidang tanah, adakah ia dianggap harta pencarian bersama?


UMI
Ampang


Sebarang harta yang puan peroleh sebelum berkahwin dengan suami kedua tidak dianggap harta sepencarian dengannya dan dia tidak berhak terhadap harta tersebut.

Wang saku atau nafkah yang puan terima daripada suami berhak digunakan untuk keperluan diri dan membuat harta. Ia adalah milik puan dan bukan suami.

Kategori harta sepencarian ditetapkan oleh mahkamah dan puan perlu membuat pengisytiharan, ia bukan harta bekas suami.



Batal wuduk bersentuhan suami isteri

SAYA keliru dengan sesetengah pendapat bahawa wuduk akan terbatal apabila wujudnya sentuhan di antara suami isteri, adakah ia benar?
MYRA
Petaling Jaya



Ada beberapa pandangan berbeza mengenai hukum batal atau tidak wuduk jika suami isteri bersentuhan. Perbezaan pandangan ini berdasarkan tafsiran perkataan Arab ‘sentuh-lamastum’ bermakna sentuhan kulit atau sentuhan bernafsu. Mengikut pendapat mazhab Syafie, hukum wuduk suami isteri adalah terbatal.


Pendapat menyatakan wuduk suami isteri tidak terbatal adalah mengikut pendapat mazhab lain. Dalam hal ini, orang awam dinasihatkan mengikut pendapat yang difahami berasaskan dalil dan hujah, bukan sekadar ikutan.

Untuk mengikuti mazhab lain, sila rujuk buku dan kitab fekah menjelaskan keempat- empat mazhab Ahli Sunnah.



sumber: harian metro

25 comments:

ratu siput said...

em kalau pakai bulu mata palsu ngan contact lens dgn izin suami dan ketika keluar bersama suami haram jugak tak?ehehe...nok...blog lama simpan buat kenangan sbb blog tu aku share satu akaun dengan blog kek.jd free quota kat picasa dah nk penuh.tu yg aku pindah tu.so yg lama just update utk blog kek je la takde share2..

Eye_nee said...

Kena tau jugak ni kan...nnt tetiba suami yg kedua ingat harta yg kita dok carik sebelum kawin dgn dia tu harta sepencarian...sonang2 yor nak kongsi...

pena rozie said...

yg ke dua tu best la. Sebab pernah alami....

Azian Elias said...

beza mazhab beza pandangan.

Deq's Qienz said...

senyum xperlu kata apa² :)

pok amai-amai said...

Ish...no 2 tu kan....rs cm nak cekik je org yg sibuk2 dgn rete kite.

Eh, emo lak.

Sue-Rya Qistina said...

yg kedua tu, dh ade pengalaman dh..huhu..thanks for sharing kak! :D

:: Mrs.Eady :: said...

nice!

fazitaismail said...

yg no 2 tu memang penting n kita kena tahu kann..bagus jgak info ni kan..hehe..

Lya Colours said...

pasal harta sepencarian tu, last week dekat semanis kurma dia kupas pasal topik ni. yg tertinggal, kene cari kat youtube @ tonton la

Riny said...

boleh dijadikan bhn rujukan ni kak...:)

Rai said...

sensitip ooo bab harta ni...

Nens Collection said...

EMMM...PERLU TAHU NI..
KES2 YG DEKAT DGN KITA SEMUA..;)

Asrul "iLham" Sany said...

tu dia bab2 agama ~

ieda said...

suke yg no 1 tuuu
tapi terbalik lak ngan akk kan
adik2 kat opis nie , akk panggil yang , laling ekekke
tapi nada tuu kena lain lah kann
bukan lahh dlm nada lembik lentuk tuu muahahhaa ;)

Rinna said...

Bagus share info ini.. :)

Kakzakie said...

Bab munakahat, faraidh dan fardhu ain kena selalu ikuti dan belajar bagi memudahkan urusan harian kita..

sisdee said...

bab batal wuduk tu ada yg pernah btekak dengan saya. bersungguh2 nk kata tak batal..wlupun saya jelaskan mazhab kita batal :(

Afasz said...

tq for sharing :)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

pasal harta sepencarian tu kurang faham lagi la.. sebab kerja masing2kn.. soharta masing la yerk.. hehe.. yg isteri xkj tu, maknanye harta tu hak lelakila ek.. hehe :)

wan nurul hezrina said...

bagus penerangan nie nak2 yang num2.aku keje kat housing loan nie mmg banyak berlaku ttg harta sepencarian..fening kekadang

ct rahani said...

Tq ksk 4 sharing.. Gud info.. :-)

Shasha Catering said...

Terima kasih di atas jawapan dan soalan yang diberikan. Dapatlah belajar. Sekarang baru tahu.

mama aini said...

assalam wahida..ehem mama lambat sikit dtg sini..he2x..yg first tu.sensitif sikit !!..ha2x..

iizza said...

berguna buat panduan..:)