nuffnang advert

Saturday, June 2, 2012

amah 'kopi haid' dipenjara sebulan

SINGAPURA: Sebuah mahkamah di sini kelmarin, menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada seorang amah Indonesia selepas dia mengaku meletakkan darah haidnya ke dalam kopi majikan.

Jumiah, 24, mengaku bersalah melakukan tindakan itu pada Ogos lalu ketika membancuh kopi untuk majikan lelakinya. 


Dia percaya, majikannya akan mula melayannya lebih baik selepas minum ‘kopi haid’ itu. Dia memasukkan darah haidnya ke dalam botol plastik. 

“Pembantu domestik berada di kedudukan yang boleh membahayakan majikan kerana kepercayaan yang diberi kepada mereka,” kata Hakim Daerah, John Ng kepada Jumiah yang kelihatan bersahaja menerusi penterjemah.

Dalam hujahnya, Penolong Pendakwa Raya Awam Lim Yu Hui meminta hukuman berat kerana tindakan itu dirancang terlebih dulu.


Lim menambah Jumiah menyalah gunakan kepercayaan majikan dan menipu untuk menutup perbuatannya apabila ditanya secara bersemuka.


Katanya, tiada perbuatan buruk di pihak majikan dan keluarganya dan tindakan itu menyebabkan penderitaan kepada mereka.


Dalam rayuannya, Jumiah memberitahu mahkamah menerusi penterjemah bahawa dia amat menyesal dan meminta maaf atas tindakan bodohnya itu.

Menurut dokumen mahkamah, Jumiah berniat mencampurkan darah haidnya ke dalam minuman ibu majikannya kerana tertekan dengan kerenahnya.


Warga Indonesia itu yang sebelum ini meminta bertugas untuk orang lain, diberitahu rakan, wanita tua itu akan melayannya dengan baik jika dia minum campuran air mengandungi darah haid. – Agensi 




sumber: berita harian
1 Jun 2012

19 comments:

Ayuni said...

ada jugak org gila camtu....

Bitt (double IS) said...

perghhh semuanya dengki semata...gerunn laa

Nurul Husna Mohd Hassan said...

sanggup buat macam tu..

*∽ IZAN ∽* said...

makk aiii.. ngeri nyer dengarr

Azian Elias said...

ASTARFIRULLAH.. kenapa lah depa ni. Akak dah relief ni.. lega

myamyza said...

tak pasang amah pon takpe kalo cenggini kekdahnye...

Mulan said...

maaakkk aaiii.... adei sakit jiwa baca ni..

JunAina said...

Sape ada amah pastikan pasang CCTV secara rahsia. Hot spot!

Unknown said...

camna rasa ayaq tu kan eee

mamasuri said...

saiko molek..
ni membuatkan laki aku lagilah tak mo ambik maid...(mode kesian kat aku..huhuhu)

makchaq said...

Tu la yang takut nak ambik pembantu kan..
Yg paling sedih tengok yg pukui budak2 yg tak tau apa tu kan..

kasihredha said...

ishhhh gelinya

Angah said...

geli geleman aku..eiiii

Acik Erna said...

baru baca pun dah gelikan wahida.
dulu masa ditanjung karang..acik dapat tau ada orang yang sanggup buat..sekali je katanya untuk ubat asma katanya..terkejut acik..banyak ubat lain untuk asma sanggup dia minum darah haid dia sendiri..dah sah2 disebut darah kotor.

kurus said...

astagfirullahh wa ..
mengucap panjang akk huhuh
gelinyaaaaaaaaaa
ya allahhh mintalah dijauhakan dari org2 macam nie huhuh
siann majikan dia ..

kayzie said...

yucksss..so bad

Admin said...

ngeri betol...

.:fyzz:. said...

natam tui la kan..ish gamaknya manusia nih..tuh la kita kena pk 100 kali nk mik bibik asing nih..huhuhu

jemarioren / ciknor said...

ala-ala nasi kangkang nih.