nuffnang advert

Sunday, June 3, 2012

soal jwb sakit puan: cara atasi keputihan & uri lekat pada rahim

Cara atasi keputihan



SUDAH lima bulan saya berkahwin dan terus mengalami masalah keputihan. Adakah masalah keputihan ini boleh menyebabkan saya sukar untuk hamil? 

Saya pernah terbaca satu artikel yang menyatakan wanita sukar hamil walaupun sudah berkahwin selama dua tahun disebabkan masalah keputihan. Bagaimana cara untuk saya merawat masalah ini?

ZAI,
Kuala Lumpur

MASALAH keputihan sukar untuk dikhususkan kepada satu punca saja. Selepas haid bersih, wanita sendiri mengalami pengeluaran lendir jernih sekitar waktu subur yang kemudian bertukar kepada lendir putih pekat setelah waktu subur tamat.

Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar yang terdapat di permukaan terowong serviks (pintu rahim).

Lelehan selain daripada di atas pula boleh berupa lelehan jangkitan kuman. Ia lazimnya bertumpu di dalam faraj saja dan kadangkala boleh membabitkan permukaan kulit bibir kemaluan ataupun sebaliknya boleh ‘naik’ ke atas membabitkan ruang rahim sehingga memasuki ruang pelvis melalui tiub fallopio.

Ia boleh berwarna keputihan, kekuningan, kehijauan ataupun jernih berbuih-buih dan mengeluarkan bau serta menyebabkan kegatalan. Untuk makluman, faraj sendiri tidak mengeluarkan sebarang lelehan atau cecair kerana ia tidak mempunyai kelenjar, kecuali di bahagian berhampiran pintu faraj di mana terdapatnya kelenjar Bartholin yang mengeluarkan cecair sewaktu rangsangan seksual.

Untuk menjawab persoalan anda, hanya lelehan yang mengakibatkan jangkitan dalaman pelvis iaitu yang boleh merosakkan struktur dalaman rahim serta tiub fallopio (dan ovari) saja lazimnya yang ada kaitan dengan kesuburan.

Keputihan pula lazimnya disebabkan oleh jangkitan kulat saja dan ia lazimnya bertumpu di dalam faraj saja. Eloklah anda menjalani pemeriksaan kesuburan kerana terdapat banyak punca gangguan kesuburan dan kebanyakannya boleh dirawat.


Uri lekat pada rahim

SAYA baru habis berpantang anak ketiga yang dilahirkan secara pembedahan.


Kelahiran anak pertama dan kedua juga melalui pembedahan.

Semasa mengandungkan anak ketiga, uri saya berada di bawah iaitu di peringkat tiga dan empat. Selama dua bulan sebelum bersalin, saya sudah diarahkan supaya berehat di hospital.

Pada 5 Mac lalu, saya menjalani pembedahan pada minggu ke-37 dan semasa pembedahan doktor dapati uri saya melekat pada rahim dan sudah berakar hingga ke pankreas.

Pembedahan dilakukan tanpa membuang uri terbabit kerana doktor takut saya akan kehilangan banyak darah dan ia membabitkan sistem saluran kencing. Sehingga kini uri masih berada di dalam rahim saya.

Selepas pembedahan, doktor hanya memberi antibiotik untuk mencegah jangkitan selama dua minggu melalui titisan (drip). Tiga minggu selepas bersalin, saya melakukan ujian MRI dan keputusannya memang rahim masih belum mengecut dan uri masih melekat pada rahim. Uri berakar terlalu dalam.

Sehingga kini saya masih belum menerima sebarang panggilan daripada hospital kerajaan yang melakukan pembedahan selepas saya dibenarkan pulang.

Mengikut kata doktor, mereka akan menghubungi saya jika terdapat sebarang keputusan yang mereka akan buat. Apa yang merunsingkan saya adalah pendarahan tidak berlaku sehingga sekarang. Adakah bermakna rahim saya masih belum kecut lagi walaupun sudah habis pantang?

Mengikut doktor, buat masa ini mereka mahu uri terbabit mengecut sendiri tanpa sebarang ubat-ubatan. Berapa lama harus saya menanti sehingga uri terbabit mengecut?

Bagaimana kita boleh mengetahui bila rahim akan mengecut kerana dari hari pertama sehingga kini tiada darah yang keluar? Adakah tertinggal uri selepas bersalin dianggap perkara biasa?


IDA, 
Ampang, Selangor.


ANDA mungkin sebenarnya mengalami keadaan plasenta percreta yang mana uri bukan saja berada di bahagian bawah tetapi juga sudah berakar menembusi keseluruhan dinding rahim dan mungkin memasuki pundi kencing.

Ini boleh menjadi satu risiko bagi wanita yang kehamilan terkininya mengalami uri bawah (plasenta previa) dan pernah menjalani pembedahan Caesarean sebelum ini. Pankreas adalah organ yang terletak jauh di atas kawasan abdomen (berhampiran hati dan gaster atau perut).

Anda dinasihatkan bertanyakan kembali kepada pihak hospital mengenai keadaan sebenar dengan jelas. Berkemungkinan di dalam drip yang diberikan itu mengandungi ubat tertentu misalnya ubat kemoterapi methotrexate yang lazimnya digunakan dalam keadaan seperti anda.

Mungkin juga sebahagian besar uri sudah dikeluarkan memandangkan nifas anda juga sudah berhenti, anda boleh mendapatkan ukuran uri yang masih tertinggal sebagai panduan.

Sekiranya pihak hospital tidak memberikan uri untuk dibawa balik (dan ditanam bagi masyarakat Melayu), berkemungkinan keseluruhan uri masih ada di dalam rahim ataupun ia sudah dihantar untuk ujian makmal. Maklumat mengenai jenis potongan yang dilakukan contohnya jenis klasikal boleh memberi gambaran mengenai keterukan keadaan plasenta percreta anda sehingga doktor terpaksa mengelakkan potongan segmen bawah.

Usah bimbang, kes seperti anda lazimnya mendapat perhatian khas pakar perunding di hospital terbabit. Eloklah anda semak semula dengan pihak hospital.

Lazimnya lawatan susulan kes pembedahan Caesarean akan diberikan pada minggu keenam selepas bersalin, bagi kes anda ia lebih awal atau kerap. Penilaian ke atas tahap kesihatan anda, paras hemoglobin darah, saiz rahim, saiz uri yang masih tertinggal dan ujian darah akan dilakukan.

Plasenta percreta adalah keadaan yang digeruni oleh doktor kerana ia boleh menyebabkan keadaan tumpah darah dan menggugat nyawa ibu serta kandungannya.

Anda dan bayi bernasib baik kerana selamat, saya pasti doktor yang menjalankan pembedahan anda sudah menjalankan tugas dengan cekap.

Anda tidak menyatakan sama ada kedua-dua tiub fallopio anda sudah diikat kerana dalam keadaan sebegini (tiga kali menjalani pembedahan dan komplikasi plasenta percreta), kehamilan seterusnya memberikan risiko berganda lebih tinggi.



sumber: harian metro

17 comments:

makchaq said...

Alhamdulillah makchaq tak kena masalah2 ni, tapi bila baca pasal sakit2 puan makchaq selalu rasa nyilu kat perut....

ieda said...

info yg bagus ..
hal2 macam nie terutama keputihan banyak menggangu solat kita sbgai wanita .. sbb tuu disarankan kita pakai panty liner , bila nak semayang salin dan baru ambil air semayang ..

banyak hal2 macam nie membuatkan kita x sedar terjejasnya semayang kita .. insyaallahh sbb perempuan nie rumit penjagaan nya terutama bab2 keputihan dan haid huhuh

.:fyzz:. said...

bagus info nih..tuh la..tmbh2 kalau mengandung ..lagi la risiko bab2 keputihan nih..

kita as wanita kena jaga kebersihan diri kan..pastu ada masalah cepat2 jumpa doktor...jgn jumpa tok moh lak..hehe

cinnamon.com said...

assalamualaikum MA..

baru berkesempatan dtg sini..
n3 yang sgt bermanfaat.

alhamdulillah tak ada keputihan tu..

khairul said...

x reti nk komen :)

Angah said...

gud info noookkk

Tina Othman said...

wah bagus ni, untuk tambah ilmu kan

m.u.l.a.n said...

tqs 4 sharing dear...

faiz fakhirin said...

tips yg bagus utk para ibu diluar sana.

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share....

eB said...

takutnyer dgr. :(

Nens Collection said...

sharing is caring..;)

Carlostauf said...

gud info noookkk

Anonymous said...

coba deh, pake Pil Virgin bagus loh dan multi fungsi :

Berfungsi:
-Menghilangkan Keputihan,
-Mengurangi Lendir Berlebih
-Menghilangkan Bau Tak sedap
-Mengencangkan Otot2 V
-Menjadikan Miss V Sangat Rapet seperti perawan lagi
-Menjadikan Miss V Sangat Kesat dan Wangi

kakak bisa beli di http://indonetwork.co.id/yuyun11/3943280/pil-virgin.htm murah ko

Anonymous said...

Anonymous said...
coba deh, pake Pil Virgin bagus loh dan multi fungsi :

Berfungsi:
-Menghilangkan Keputihan,
-Mengurangi Lendir Berlebih
-Menghilangkan Bau Tak sedap
-Mengencangkan Otot2 V
-Menjadikan Miss V Sangat Rapet seperti perawan lagi
-Menjadikan Miss V Sangat Kesat dan Wangi

kakak bisa beli di http://indonetwork.co.id/yuyun11/3943280/pil-virgin.htm
murah ko

Anonymous said...

Cuba crystal x, berminat boleh hubungi sy, rm 130 free postage

Anonymous said...

saya pun pernah mengalami lekat uri, 4 kali melahirkn semua uri melekat, yg ke 4 paling susah nk keluar..ada trtinggal membran kat dinding rahim..diberi antibiotik, skrg da setahun brlalu Alhamdulillah keputihan dan haid sepeti biasa..