nuffnang advert

Wednesday, March 7, 2012

soal jwb agama: isteri suka puaskan diri sendiri, hukum berkhatan & syarat wali hakim

Isteri kedua suka puaskan diri sendiri


SAYA isteri kedua dan sedang mengandung anak pertama.

Suami selalu memberikan nafkah batin setiap kali pulang ke rumah, namun masalahnya saya rasa tidak puas kerana suami terlalu cepat memuaskan dirinya.
Saya tidak berkata apa-apa dan menganggap perbuatan itu biasa.
Bagaimanapun, suami sering merungut kerana selalu tidak puas bersama dengan isteri pertama yang banyak rungutan ketika mereka melakukan hubungan kelamin.
 
Saya berbincang dengan suami mengenai masalah itu, tetapi suami tidak boleh berbuat apa-apa kerana nafsunya memuncak setiap kali bersama.
 
Sebab itu, saya sering melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri.
 
Adakah berdosa perbuatan saya itu tanpa memberitahu suami kerana takut dimarahi?


NAJIHA,
Perak

 
MEMANDANGKAN manusia memang dijadikan Allah mempunyai nafsu dan kehendak diri, Islam mengajar supaya ia perlu dikawal sebaik mungkin.
 
Begitu juga dengan anda sebagai isteri yang terpaksa membahagi giliran, kadangkala nafsu tidak puas ketika bersama suami, tetapi memuncak ketika berseorangan.
 
Bagaimanapun, memilih melakukan onani tidak dianjurkan Islam kerana ia sekadar memuaskan nafsu saja.
 
Nafsu seks hendaklah dikawal dan jangan diikut-ikutkan sangat.
 
Puan hendaklah mencari pilihan lain yang lebih baik seperti memperbanyakkan berpuasa, berzikir, bersolat dan aktiviti lain yang dapat menghalang dorongan seksual itu
 
Begitu juga berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan diri daripada perkara haram seperti zina.
 
Ini bagi mengendurkan dorongan seks
 
Seterusnya hubungan seks dengan suami dapat dibaiki dan dinikmati secara betul.
Ini kerana memenuhi tuntutan seks melalui pasangan adalah yang sebaiknya.
 
Manakala memilih cara yang lain tidak dapat memuaskan tuntutan seks akan melahirkan nafsu yang lebih kuat sehingga boleh mengarah kepada perbuatan haram seperti zina. (lihat juga Hukum Onani (Masturbate) http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/bhg43.htm
 
 
 
Berkhatan pelengkap fitrah


SETAHU saya, bayi perempuan wajib dikhatan bagi tujuan penyucian dan mengawal nafsunya apabila dewasa kelak. Saya mempunyai anak perempuan berusia lima bulan namun sekarang timbul kemusykilan sama ada perlu dikhatankan atau tidak.

Apakah hukum sebenar berkhatan bagi bayi perempuan dalam Islam?


SITI ROHANI,
Pahang

 
BERKHATAN adalah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.
 
Menurut mazhab Syafie, amalan berkhatan diwajibkan sama ada untuk lelaki atau perempuan. Ia termasuk di antara amalan yang disyariatkan Allah sebagai pelengkap fitrah semula jadi manusia.
 
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Fitrah (sifat semula jadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.” (Bukhari dan Muslim).

Justeru, puan disarankan berjumpa dengan doktor di klinik perubatan yang menawarkan perkhidmatan berkhatan. Puan tidak perlu musykil dengan perintah dalam ajaran Islam kerana Islam ingin menjaga kebersihan dan martabat manusia.
 
Jangan pula kita terikut-ikut dengan idea yang dikemukakan pihak barat atau orientalis yang cuba menidakkan amalan berkhatan terutama bagi kaum wanita.




Syarat wali hakim


SAYA ada kemusykilan mengenai wali. Saya merancang untuk berkahwin hujung tahun depan, tetapi bapa sudah lama meninggal dunia.

Walaupun demikian, saya mempunyai saudara lelaki (abang) berlainan ibu (saya anak isteri kedua).

Masalahnya, kami tidak rapat dan lebih lima tahun tidak berjumpa walaupun saya tahu serba sedikit alamatnya menerusi laman sosial Facebook.

Adakah saya layak memohon kebenaran mahkamah bagi menggunakan wali hakim untuk pernikahan saya atau berusaha mencari saudara kandung saya terlebih dulu?


ROZY
Kuala Lumpur


Wali yang hendak menikahkan mestilah menurut urutan. Wali selepas bapa ialah bapa kepada bapa (datuk) dan ke atas, saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah.
 
Kemudian, bapa saudara (adik-beradik lelaki bapa sebelah sebapa), anak lelaki daripada adik-beradik lelaki bapa seibu sebapa (sepupu), anak lelaki daripada adik-beradik lelaki bapa sebapa dan seterusnya sampai ke bawah (sepupu) dan terakhir, wali hakim.
 
Jika sukar menjejaki atau wali ingkar, boleh dikemukakan ke mahkamah untuk mendapatkan wali hakim.




sumber: harian metro

23 comments:

Eye_nee said...

gud info..

Anum said...

good entry

Sue-Rya AQ said...

sharing is caring kan..thanks!

fiza said...

Mekasih nok, info yg bagus. Bercakap pasal khatan, aku tak khatan kan lagi anak dara tu. Harus buat ASAP nih.

wida said...

Kesian sungguh bini no.2 tu yer..

m.u.l.a.n said...

tqs for sharing..!!!

.:fyzz:. said...

tq so much dear...aku suka entry nih noh..good information...

poah said...

ustaz,

saya ada soalan

saya dan kawan saya suker gelak sehingga mengalirkan air mata

camana nak mengelakkan dari berlakunya perkara seperti itu?

-poah-
key ell

abghani said...

puaskan nafsu sendiri..ada jugak yer

Ena said...

Mekasih..

Cho Zila said...

terima kasih untuk info ini...

wahida said...

poah: sudahlah ko mek jah, berselindung di sebalik nama poah konon....cit podah....haha...

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

hahaha..poah poahh

Munnafendy said...

yg 1st tu...ehem2!

kayyana said...

good info kak.. soalan pertama tuh.. ada jugak ke org mcmtu.. erm urm.. no komen.

Rinna said...

Bagus sgt.. info ini.. :)

rasp said...

kesiannnnn kat bini no. 2 tu kan...

KhaiRin : anies said...

kes yg pertama tu dia kena berterus trg dgn suami...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

isu khatan rasanya masih ada ramai yg keliru lebih2 lagi ada anak perempuan.. gud info

Azian Elias said...

thanks for sharing..

Maya Mayana said...

hai encik suami bini 2 lagi tp dua2 tk puas...memang susah kalau gini...

khairul said...

bini no 2 yg gersang

MaryaYusof said...

As salam Wahida,

Bini no 2 tu mesti gersang... Kesian kat suaminye tu patutlah kahwin dua...hikhikhik :)