nuffnang advert

Wednesday, January 18, 2012

soal jwb agama: x perlu nikah semula, romantis atau alim & mandi wajib bersalin

Tak perlu nikah semula

SAYA ingin bertanya apakah yang perlu dilakukan oleh pasangan berkahwin bersetuju untuk memeluk agama Islam. Adakah perkahwinan mereka masih sah sesudah menjadi Muslim? Perlukah pasangan bukan Islam yang sama-sama memeluk Islam dinikahkan semula mengikut agama Islam?

IFIZULAIN WONG
Sibu, Sarawak



Hubungan suami isteri akan terputus dengan berlaku pertukaran agama seperti salah seorang suami atau isteri memeluk Islam dan sebaliknya. Tidak ada tempoh bagi suami ataupun isteri untuk memeluk agama Islam. Bagi suami isteri yang sama-sama memeluk Islam, mereka tidak perlu diakad nikah lagi.


Romantis atau alim?


 
SAYA ditunangkan dengan lelaki pilihan keluarga. Tujuan pertunangan untuk berkenalan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.

Saya mendapati didikan agama dan ibadahnya baik, cuma saya selalu terasa hati apabila SMS dan e-mel yang saya terima daripadanya hambar, seolah-olah dia tidak menyukai saya.

Sebelum ini, dia menjelaskan dia tidak mahu berlebih-lebihan sebelum pernikahan. Setiap tarikh penting seperti peperiksaan dan cuti, dia tidak mengendahkan saya, membuatkan saya memendam perasaan sedih.

Saya gusar ketidakserasian ini akan menjejaskan hubungan sebagai pasangan kelak walaupun saya tahu yang paling penting dalam pemilihan adalah agamanya.

NURUL
Alor Setar, Kedah

Rasulullah SAW menyatakan, memilih pasangan atau tertariknya manusia pada pasangan adalah kerana empat perkara iaitu harta, kedudukan, rupa dan agama. Jika dipilih agama, mereka beruntung kerana orang yang memahami agama akan melaksanakan tuntutan agama dan semua tiga perkara berbaki.

Agama menuntut supaya suami menjadi penyejuk hati, pelindung, pembimbing dunia dan agama serta pencari nafkah keluarga. Apapun, tempoh pertunangan adalah tempoh terbaik bagi saudari dan bakal suami mengenal hati budi.

Kebanyakan lelaki kurang prihatin dan kurang romantis kerana pemikiran mereka lebih kepada rasional berbanding wanita yang lebih bersifat emosional.

Saudari mempunyai dua pilihan, jika soal romantis sangat penting buat saudari, didiklah dia untuk faham dan mengikut cara saudari atau mencari teman baru yang lebih disenangi.

Maklumkan kepadanya apa yang menggembirakan saudari supaya dia faham dan dapat mengubah dirinya. Lakukan solat istikharah supaya saudari lebih yakin dengan tunang saudari.


Mandi wajib bersalin

SELEPAS berapa hari bersalin, bolehkah saya mandi wajib atau saya perlu menunggu sehingga selesai berpantang? 
ATHIRAH,
Sabah



ANTARA sebab mandi wajib bagi wanita ialah keluar haid, bersalin (wiladah) dan keluar darah nifas (Haji Mohamed bin Jusoh 1990: 26).

Mandi wajib kerana keluar haid dan keluar darah nifas disepakati oleh semua di mana syaratnya ialah putus atau kering darah haid atau nifas.

Berkenaan bersalin, mazhab Maliki, Hanafi dan Shafie berpendapat wajib mandi apabila melahirkan anak. Mazhab Hanbali berpendapat tak wajib apabila tidak keluar darah.

Dengan itu anda boleh terus mandi wajib selepas bersalin kerana melahirkan anak. Sekiranya ada darah nifas, anda sekali lagi perlu mandi wajib apabila kering darah nifas atau habis pantang.



sumber: harian metro

35 comments:

fiza said...

Aku bab mandi wiladah ni ada sedikit mushkil. Ada yang kata kena mandi wiladah sejurus lepas bersalin dan ada kata tak perlu mandi, cuma mandi wajib bila habis nifas...hhhmmmm...kena cari maklumat lagi nih.

Ladysirna FA said...

thanks for sharing kak;)

cheqna said...

cheqna tak cari lelaki romantik...
cari yang sangat bertanggungjawab
btw, thanks 4 sharing this dear =)

wahida said...

fiza: kita ikut mazhab shafie nok...terus je mandi lepas bersalin dan kalau ada darah nifas, mandi lagi sekali bila darah dah kering...
-refer balik pada jawapan ustaz ni-

sisdee said...

kita mmg kena mandi sjurus pas bsalin..tapi doc tak kasi bangun kan pas bsalin slalunya..so agak2 dah lepas waktu doc suruh rest tu..terus g mandi..

part nie kdg2 org slalu tak perasan..huhuhu..bsalin ptama dulu mmg tak mandi terus :(

atty's said...

good info, thanks a lot ida

nuyui a.k.a miss YUI said...

ptolah rasa cam pernh bc..dr metro..bgus2..

Tihara said...

bagus2..sbg reminder ni:)

intan_blur said...

thx beb..eheheheh..
happy wednesday ;)

mek jah said...

kalu tunang yg tak amek tahu pasal aku tu adalah ady putra, kompem aku sesentap nokssss...

ngeh ngeh ngeh

mama irfan said...

ni membuatkan mama konpius nih... banyak sangat pendapat tentang mandi lepas bersalin ni... ustaz kat opis mama cakap, syarat untuk mandi wajib apb kering darah... habis jika kita ada darah nifas, (x suci) boleh ka kita mandi wajib?

miss Fyqa said...

thanks for sharing kak..

jemput mkn muffin yer kak.. hehehe..

*SiRibenMerah said...

thanks info.. hehehe

mamaNoriz said...

sgt2 membuka minda...

thanks dear

wahida said...

mama irfan: tak yah pening2...hehe..
lepas bersalin terus mandi, dan kalau ada darah nifas, mandi sekali lagi bila darah dah kering...
-refer jawapan ustaz tadi-

Islam itu mudah...

My Little Diary said...

huhu...
aku lagi lah x romantik, tapi nak jgk balas2 email or sms....kekekeke
kira romantik lah tu kan, poyo..!! ;p

Lulu Caldina said...

perkongsian yang baik ;)

Entri terkini Lulu-Pages...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

dua2 anak aku tak mandi wiladah..sb mmg tak tau lansung,mak aku pun x ckp, dia pun lepas bersalin tak bg aku mandi beria2 lg, mandi jirus2 jek ngan air suam, dia pun xtau.. yg tau cuma mandi selepas kering nifas tu jek...

lepas2 nih kena beringatlah..

abghani said...

saya ada soalan muskil bila lepas makan saya kenyang.. naper ekks hehehe

Mimy Hamid said...

terjawab jugak persoalan terakhir tu tp kalau ko dapat huraian lebih terperinci cara mandi nifas dan wiladah yer

wahida said...

mimy hamid: aku bukan org yg selayaknya nak terangkan...ekekek...info ni pun aku copy utk pengetahuan semua...harap membantu...

qemaishak said...

untuk bab mandi tu, lepas bersalin kena mandi wiladah, dan mandi wajib lepas darah nifas kering..

Allahuallam..untuk lebih jelas boleh bertanya pada yang pakar.

Anak Wak Mail said...

bab bakal suami dia tu..i.Allah,,dah kawen jadi lebih romantik gamaknya..:)

sue-ab said...

thanks for the info..salam kenal..

aimaniman said...

bab mandi lepas bersalin tu musykil gak sbb akak 3 kali operate,..almaklum lepas operate hampir sampai esoknya baru akak sedar betul2,..nak bangun pon susah, so memang x mandi punya lee...

Totie@Tomy said...

sama dengan saya..bersalin c-zer..tp hari pertama dah kuar darah nifas..sekarang tunggu kering dan nak mandi wajib..

Alin Marlini said...

info menarik...sharing is caring

ieda said...

mama irfan ~ sya rasa akak kena mandi wajib bila darah niafs tu dah kering .. saya macam tu juga masa baru2 bersalin tuu

dikk perkongsian yg hebat dikk sukeeee ;)

ZSqueenbee said...

w/pon dh lme bersalin tp sye ttnye jugak ttg mndi wajib tu..perlu ke sye tggu habis pntang now dh ade jwpnyeee...tankz kakak cayang...

susumanis said...

great infos..tq tapi siyes mandi wiladah tu x ingat buat ke tak..adoii

mama aini said...

ehem..thanks share info ni.. :)

~@mOi ~~ said...

tq kak.. siyes, aku baru tau pasal mandi wajib pas bersalin tuh.. maksudnya kena 2x mandi la kan? malu jrrr..tp kalu pas bersalin mmg ade darah kan..

MaryaYusof said...

Salam wahida,
Yang first tu aku suka... maknanya xpyh lah nikah balik bg pasangan yg baru masuk islam ;)

Peru byk juga tmpt menarik, nnt ko jgk blog aku k dear... ade info baru ;)

KhaiRin - anies said...

bese la pompuan kdg2 ter emo..

LadyBird said...

lady x suke dgn jwpn bg persoalan ke dua..

sal tunang.. lelaki tu mmg btl2 jaga batas2nye.. perluke ustaz tu suruh gadis tersebut didik die tuk jadi romantis andai gadis itu suka berkeadaan begitu..

sdgkan Islam tidak membenarkannya sebelum kahwin..