nuffnang advert

Wednesday, November 23, 2011

soal jwb agama: was2 mandi wajib, keliru sembelihan & manfaat cukur rambut bayi

Remaja perempuan was-was mandi wajib

SAYA seorang remaja perempuan dan mahu Dr terangkan cara mandi wajib yang sebetulnya kerana masih was-was dengan cara yang dilakukan selama ini sama ada betul atau tidak. 

Saya juga mendapati kawan saya mandi wajib dengan cara yang berbeza. Ini penting kerana ia berkaitan dengan cara menyucikan diri yang Islam anjurkan.


ILA,
Selangor.



SECARA umumnya mandi wajib mempunyai peraturannya dan perlu diikut. Pertama, niat dengan lafaz “sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala atau “sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala”. Bagi wanita adalah lebih lagi untuk menentukan mandi wajib itu kerana haid dan nifas ketika niat. Niat hendaklah dilakukan ketika air mula sampai ke badan.


Kedua, hilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni’) atau tidak jelas (hukmi). Ketiga, menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Apabila menunaikan tiga perkara itu mandi wajib anda sah.


Antara perkara sunat yang boleh dilakukan ketika mandi wajib termasuklah (1) mengadap kiblat (2) membaca basmalah (3) membasuh dua tapak tangan (4) mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi (5) menggosok seluruh anggota badan dengan tangan (6) berturutan (muwalat) tanpa putus-putus (7) tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan dan (8) membasuh sebanyak tiga kali (Haji Mohamed bin Jusoh, 1990). Perkara sunat ini dilakukan untuk mendapat kesempurnaan dan pahala.


 Keliru sembelihan


APAKAH hukumnya ayam yang disembelih orang yang beragama Islam tetapi yang memegangnya bukan beragama Islam ?
ROSLI,
Melaka



SEMBELIHAN orang Islam tetap halal dimakan walaupun ayam itu dipegang orang bukan Islam. Antara syarat sembelihan ialah penyembelih (saja) mestilah orang Islam atau ahli kitab.



Manfaat cukur rambut bayi

BOLEHKAH saya mencukur rambut bayi saya sendiri, timbang rambutnya dan sedekahkan kepada fakir miskin? Ada pendapat menyatakan timbangan rambut ikut nilai perak dan ada pendapat menyatakan ikut nilai emas.
SYAM,
Kuala Lumpur



ANTARA perkara sunnah yang boleh dilakukan ibu bapa apabila mendapat zuriat adalah anak itu (1) di azan dan diiqamahkan (2) dilakukan aqiqah (3) diberi nama yang baik, (4) dilakukan (tahniq) atau dibelah mulut dengan benda manis seperti kurma dan dibaca doa dan (5) dicukur rambut dan diberi sedekah seberat timbangannya.

Ia boleh dengan nilai emas atau perak mengikut kemampuan masing-masing (6) dikhatankan (7) menindik telinga bagi anak perempuan dan (8) diberi penjagaan dan penyusuan sebaik mungkin.

Apabila memilih untuk tidak mencukur rambut bayi, ibu bapa tidak mendapat pahala sunat seperti di atas. Sebenarnya mencukur rambut ada banyak kelebihannya seperti dapat menjaga kebersihan, menumbuhkan rambut baru yang lebih baik dan anak lebih selesa apabila kepala tidak terhalang daripada menerima oksigen atau angin.



sumber: harian metro

34 comments:

munna said...

INFO YG BAGUS NI

sal-nurbeena said...

bagus2, suke.
kadang2 ada gak perkara yg lupa walaupun dh pernah belajar

Kakzakie Purvit said...

Bab mandi wajib kena faham 100% sebab ia melibatkan ibadah lain dalam kehidupan seharian.

Kakak ajar anak kakak tanpa berselindung sebaik dia kena haid yg pertama... itu tanggungjawab tau wahida

Izwa Kamaruddin said...

ok good entry :)

amirah said...

eh, arini segmen soal jawab agama ek

dear anies said...

benda2 wajib mcm mandi tu nk x nk kena ketepikan rs was2 sbb was2 tu gangguan syaitan

dakcik said...

bagus entry nie..
anw, salam perkenalan..=)
TQ sudi follow..sy dh follow balik..;)

emarieys said...

kadang-kadang banyak benda kita tak sempurna,thanks sharing

Tie HT said...

sama2 kita berkongsi ilmu n perbaiki diri :)
thanks ...

wida said...

teringat masa waiz dulu..rambut dia saya simpan, tp lupa pulak letak kat mana..hehehe

aanie said...

setuju dgn kak zakie...
kalau mandi wajib tak sempurna, ibadah lain pun x sempurna...

TiTi said...

terima kasih share info ni =)

intan_blur said...

tq darling.. ;)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

good info terutama mandi wajib.. nak kongsi jugak, ustaz kat opis aku pernah ckp, bab mandi wajib org selalu taksub dgn yg sunat, sampai terlupa kepentingan yg wajib... kena dahulukan tertib wajib..sunat tu kalau x sempat tak yah buat, kalau sempat buat alhamdulillah tambah pahala..:)

Unknown said...

menarik..tambah ilmu di dada :-)

Anonymous said...

wah bagus ni, nak print ye untuk reference masa akan dtg

intan morsalin said...

tq..tq..tq..ska baca soal jawab agama ni...

LadyBird said...

tq kak atas info ini :D

Ati Masrif said...

kadang2 tu ada juga yang buat
kita was-was... :)

Dee said...

lebih jelas skrg..

Waqheh said...

ustazah norbaiyah takleh cari makan la pasni beb....keh3...

mama aini said...

thanks atas info2 yg begini..

gadisBunga™ said...

informatif. thanks for sharing. :D

Unknown said...

SALAM,
BAGUS TU, TAK TAHU/TAK PASTI TANYA

NzA said...

biasanya di kelantan setiap anak yg lahir akn diadakan majlis brcukur n aqiqah masa brumur 7 hari..rasanya smpai skrg masih diamalkan....

Acik Erna said...

wahida..selepas dah tau..perlu yakin..tidak boleh was2..

Mek Onie said...

kadang-kadang ada was-was gak,tapi kena yakin ... :)

rasp said...

yg kabur dah jelas...thx :)

Cikgu Fonik said...

Salam,

Bagusnya info ni.

Blog GF berpindah: http://toadjitsu.blogspot.com

Unknown said...

TQ Wahida ..bg tazkirah pepagi ni

MLSC by Rina Isa said...

Salam buat semua stylo ladies di sini (:

Blog yang sgt sesuai buat PENCINTA HANDBAGS! Banyak handbags menarik dan tips berguna.

Lawati kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM (:

mummyrinazone beauty said...

MENGINGATI SESAMA MUSLIM.BAGUIH NOO

terokai seni said...

ustaz dulu dan sekarang mengajar ada perbezaan... banyak juga yang tak jelas kini dah makin terang bila ustaz muda ngajo

Run Away said...

sy pun kekadang was2 mandi wajib....selalu wat manyak kali....;d