nuffnang advert

Wednesday, September 14, 2011

soal jwb agama: samak kucing bergaul dgn anjing, org tua suka berhutang & zakat brg kemas

Samak kucing bergaul dengan anjing
KELUARGA saya membela beberapa ekor kucing dan kami juga memberi makan kepada kucing liar yang sering datang ke rumah, malah turut membiarkannya bebas keluar masuk ke dalam rumah. Masalahnya, baru-baru ini kami lihat kucing berkenaan bermain dengan anjing. Adakah kucing itu najis untuk dibawa masuk ke rumah dan dipegang? Jika najis, bagaimana cara menyucikannya?

KIKI
Jasin, Melaka



Kucing adalah haiwan yang suci untuk disentuh dan anjing adalah binatang yang perlu disamak jika tersentuh.

Jika kucing dan anjing bermain bersama dalam keadaan kedua-duanya kering, tidak perlu disamak kucing berkenaan untuk disentuh.

Sebaliknya jika basah satu daripadanya dan saudari melihat kejadian itu, jangan menyentuh kucing itu kerana ia perlu disamak terlebih dulu.



Usah galak sikap suka berhutang orang tua

SAYA berkahwin hampir tujuh tahun. Sepanjang perkahwinan, saya ada masalah dengan sikap mentua yang suka berhutang sehingga anak menjadi mangsa keadaan. Jika menghubungi suami saya, mentua bukan mahu bertanya khabar, sebaliknya meminta wang hinggakan suami saya sejak kecil terpaksa menanggung malu dengan jiran disebabkan ibu bapa suka berhutang.

Walaupun sudah dinasihatkan, mentua gemar bersaing dengan jiran sekeliling dan tidak boleh lihat ada yang lebih daripada mereka hinggakan ada kalanya anak yang terpaksa melangsaikan hutang mereka.

Suami pernah menasihatkan mentua supaya bertaubat, namun emak mentua berkata tidak berkat duit gaji jika tidak beri pada ibu bapa, malah boleh menyumpah bahawa rezeki keluarga kami akan sempit. Saya keliru adakah doa berkenaan boleh dimakbulkan.


AZIAN
Tangkak, Johor


Berhutang pada perkara yang tidak perlu dan tidak mampu adalah tabiat tidak baik. Rasulullah SAW sentiasa berdoa supaya dihindarkan daripada bencana berhutang.

Sebagai suami dan anak, suami puan wajar memberi ihsan kepada ibu bapanya jika ada lebihan daripada tanggungan keluarga. Namun jika diketahui tabiat itu pada perkara tidak elok, jangan digalakkan.

Doa seorang ibu akan dimakbulkan Allah jika dia beriman, solehah dan mendoakan perkara baik untuk anaknya seperti yang wajar dibuat seorang ibu.

Sebaliknya, doa yang tidak baik dengan sumpah seranah kerana keinginannya tidak dipenuhi hanya Allah yang tahu kerana Allah Maha Adil dan Mengetahui.

Berdoalah kepada Allah supaya keluarga puan dilindungi. Keluarkan zakat supaya keluarga puan beroleh keberkatan.


Zakat barang kemas

ADAKAH kita wajib mengeluarkan zakat barang kemas jika barang kemas itu disimpan di bank tetapi dipakai sekali sekala setiap tahun? Jika wajib, bagaimanakah kiraan zakat itu?


PUAN NOR
Kota Bharu


Jika barang kemas disimpan dan tidak pernah dipakai, wajib dikeluarkan zakat. Barang perhiasan emas yang disimpan tetapi dipakai walau sekali sekala dalam setahun tidak wajib dikeluarkan zakat. Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan, nisab emas yang disimpan ialah bagi setiap 85 gram wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus.



sumber: harian metro

34 comments:

sisdee said...

tq..bguna nie...

aamalinaazman said...

waaaa
byk info bergune nihh
maceh akak!

ORLANDO AHMAD said...

zakat emas tu ramai orang selalu terlepas pandang

mama aini said...

wahida..tima kasih atas info2 ini..

NM02 said...

maksudnya barang emas yang dipakai tak payah zakat ke?

kompius...

exora said...

ooo...klu anjing n kucing kedua2nya kering..x yah samak, tp tu la klu kita dh nampak anjing n kucing bermain bersama, x tergamak rsnya nk pegang kucing tu balik kan..was-was

Bidadari Syurga said...

thanks awak.... suka.... kucing tu tpi so far kucing saya tkt anjing.....

misya said...

terlerai jgk segala persoalan

wahida said...

NM02: nok, maksudnya brg kemas yg ko pakai tak yah zakat la nok...brg kemas yg tak pakai je yg kena zakat...

amirah said...

hutang adohai hutang

Anonymous said...

thanx2!

dear anies said...

org kaya2 slalu lupa zakat emas tu

ORLANDO AHMAD said...

Gua sewa rumah kat nilai,paroi gua datang kalo ade game bola n9 main je ngeh3

Ema Razali said...

psl kucing dgn anjing tu, memang tak pernah terfikir pon. bagus2. tengs for info! :)

emarieys said...

manusia semua akan berhutang..hutang kereta, bank, rumah, dll

Eye_nee said...

Berhutang boleh saja..asal ikut kemampuan kita kan sis...ukur baju badan sendiri kata bidalan...

eelobor said...

paling suka bab zakat tuh.... keluarkanlah zakat bagi mereka yang layak dan selalu mengamalkan bersedekah

Zaitun said...

Terima kasih kongsi info.

[sutera kasih] said...

ohhh..kucing yg bergaul dgn anjing if bulu basah, kena samak rupanya..thanks kak share info..

kurus said...

sgt2 membantu ! thanx dear ... :)

NzA said...

trkdg kita trlepas pndang ttg kucing liar kt luar rumah nie..moga kucing liar kt blakang rumah akak xdelh p brgurau senda dgn anjing...haru tu...

Softtouch [Hanim] said...

kucing pun kene samak yer kalu kita nak main ngan dia...

thanx wahida

n3 ni menambahkan pengetahuan sy ttg agama...

fatin said...

thanks for the sharing ya!

Bitt (double IS) said...

yg 1st isu tu...hehhehehe buleh jugak kucing dan anjing tu ber wet world..hehehehhe

rasp said...

soalan 1 tu very gud lah sis...
tak pernah terfikir pun....

dhiera zainudin said...

thanx for sharing..
tak pernah terfikir pun those situatian!

Fazleyatul Aini said...

nasib saya x suka bela kucing. in fact, tak suka kucing. huhuhu

ieja amieja said...

thanx 4 info..setengah org x amek beratkan..

Run Away said...

betul juga pasal kucing tu...sebelum ni tak pernag terpikir..

sW33tdARLiNG said...

ehh betul ke hal kucing tu? abis, kalau kita bersalam dengan orang cina, camne plak? takkan nak samak?

sW33tdARLiNG said...

errr maksud aku, orang cina yang memegang anjing

intan morsalin said...

emas x cukup 85gm x kena zakat kan...hehee..
lom cukup timbangan agi...bila la nak lebih 85gm ni..

wahida said...

sweetdarling: tu kena tanya yg lebih arif..tapi kalau ko dah tau cina tu pegang anjing, jgn la salam ngan dia...

mzultech said...

Kucing, anjing kering tidak najis

KHAMIS, 10 NOVEMBER 2016
@ 12:06 AM

? Saya membela kucing dan di kawasan rumah ada seekor anjing yang diberi makan seperti mana saya memberi kucing makan. Kucing saya juga kerap bermain dengan anjing itu dan kerap kali saya melihat kucing dijilat ketika bermain bersama anjing di luar rumah. Adakah saya perlu menyamak kucing saya.

! Seperti dimaklumi, kucing adalah haiwan suci dan tidak menajiskan kecuali setelah didapati padanya najis ain yang jelas seperti tahi atau sebagainya. Jika tiada sebarang tanda meyakinkan bahawa ia membawa najis, maka hukum mendekati kucing berkenaan adalah suci dan tidak menajiskan.

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: "Wahai Anas, sesungguhnya kucing adalah haiwan yang akan sentiasa berkeliaran di dalam rumah, ia tidak kotor dan tidak pula menajiskan."

Namun, perkara ini menjadi sedikit rumit apabila haiwan yang suci bergaul dan bermain dengan haiwan najis seperti anjing atau khinzir. Berhubung isu ini, ulama Mazhab Syafie seperti Imam al-Nawawi, Ibn al-Hajar al-Haithami dan yang lain telah menegaskan kucing berkenaan terikat dengan dua hukum berasaskan kepada dua keadaan.

Pertama, keadaan kucing adalah suci jika ketika bermain dengan anjing masing-masing dalam keadaan kering. Tetapi, jika didapati salah satu daripada haiwan itu basah atau berlaku jilat-menjilat antara satu dengan lain, maka kucing berkenaan dikira bernajis dan perlu disamak (mandikan ia dengan air tanah kemudian dibilas dengan air suci).

Itu pun jika kucing itu berada di hadapan kita dan tidak pergi jauh dari pandangan selepas bermain. Jika ia berlari jauh maka kucing berkenaan telah suci dengan sendirinya tanpa perlu proses samak kerana antara fitrah kucing akan berguling atas tanah kemudian menjilat tubuhnya sendiri sebagai tanda samak semula jadi.

Kedua, jika pemilik hanya bersangka tanpa yakin kucing peliharaannya itu bermain dengan anjing dalam keadaan basah dan sebagainya, maka hukum kucing itu kembali kepada asal iaitu suci dan bersih kerana asal haiwan berkenaan (kucing) adalah suci dan bersih. Ia tidak boleh disifatkan sebagai najis hinggalah terdapat bukti yang kukuh menunjukkan ia telah bernajis dan kotor.

Penulis ialah ialah pensyarah Fiqh Kepenggunaan Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

https://www.bharian.com.my/node/211156/amp

☪ Tanyalah Ustaz Tv9
Http://t.me/TanyalahUstazTv9