nuffnang advert

Wednesday, September 14, 2011

soal jwb agama: samak kucing bergaul dgn anjing, org tua suka berhutang & zakat brg kemas

Samak kucing bergaul dengan anjing
KELUARGA saya membela beberapa ekor kucing dan kami juga memberi makan kepada kucing liar yang sering datang ke rumah, malah turut membiarkannya bebas keluar masuk ke dalam rumah. Masalahnya, baru-baru ini kami lihat kucing berkenaan bermain dengan anjing. Adakah kucing itu najis untuk dibawa masuk ke rumah dan dipegang? Jika najis, bagaimana cara menyucikannya?

KIKI
Jasin, Melaka



Kucing adalah haiwan yang suci untuk disentuh dan anjing adalah binatang yang perlu disamak jika tersentuh.

Jika kucing dan anjing bermain bersama dalam keadaan kedua-duanya kering, tidak perlu disamak kucing berkenaan untuk disentuh.

Sebaliknya jika basah satu daripadanya dan saudari melihat kejadian itu, jangan menyentuh kucing itu kerana ia perlu disamak terlebih dulu.



Usah galak sikap suka berhutang orang tua

SAYA berkahwin hampir tujuh tahun. Sepanjang perkahwinan, saya ada masalah dengan sikap mentua yang suka berhutang sehingga anak menjadi mangsa keadaan. Jika menghubungi suami saya, mentua bukan mahu bertanya khabar, sebaliknya meminta wang hinggakan suami saya sejak kecil terpaksa menanggung malu dengan jiran disebabkan ibu bapa suka berhutang.

Walaupun sudah dinasihatkan, mentua gemar bersaing dengan jiran sekeliling dan tidak boleh lihat ada yang lebih daripada mereka hinggakan ada kalanya anak yang terpaksa melangsaikan hutang mereka.

Suami pernah menasihatkan mentua supaya bertaubat, namun emak mentua berkata tidak berkat duit gaji jika tidak beri pada ibu bapa, malah boleh menyumpah bahawa rezeki keluarga kami akan sempit. Saya keliru adakah doa berkenaan boleh dimakbulkan.


AZIAN
Tangkak, Johor


Berhutang pada perkara yang tidak perlu dan tidak mampu adalah tabiat tidak baik. Rasulullah SAW sentiasa berdoa supaya dihindarkan daripada bencana berhutang.

Sebagai suami dan anak, suami puan wajar memberi ihsan kepada ibu bapanya jika ada lebihan daripada tanggungan keluarga. Namun jika diketahui tabiat itu pada perkara tidak elok, jangan digalakkan.

Doa seorang ibu akan dimakbulkan Allah jika dia beriman, solehah dan mendoakan perkara baik untuk anaknya seperti yang wajar dibuat seorang ibu.

Sebaliknya, doa yang tidak baik dengan sumpah seranah kerana keinginannya tidak dipenuhi hanya Allah yang tahu kerana Allah Maha Adil dan Mengetahui.

Berdoalah kepada Allah supaya keluarga puan dilindungi. Keluarkan zakat supaya keluarga puan beroleh keberkatan.


Zakat barang kemas

ADAKAH kita wajib mengeluarkan zakat barang kemas jika barang kemas itu disimpan di bank tetapi dipakai sekali sekala setiap tahun? Jika wajib, bagaimanakah kiraan zakat itu?


PUAN NOR
Kota Bharu


Jika barang kemas disimpan dan tidak pernah dipakai, wajib dikeluarkan zakat. Barang perhiasan emas yang disimpan tetapi dipakai walau sekali sekala dalam setahun tidak wajib dikeluarkan zakat. Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan, nisab emas yang disimpan ialah bagi setiap 85 gram wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 peratus.



sumber: harian metro

35 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

thank's!

sisdee said...

tq..bguna nie...

aimie amalina said...

waaaa
byk info bergune nihh
maceh akak!

ORLANDO AHMAD said...

zakat emas tu ramai orang selalu terlepas pandang

MaMa AiNi said...

wahida..tima kasih atas info2 ini..

NM02 said...

maksudnya barang emas yang dipakai tak payah zakat ke?

kompius...

exora said...

ooo...klu anjing n kucing kedua2nya kering..x yah samak, tp tu la klu kita dh nampak anjing n kucing bermain bersama, x tergamak rsnya nk pegang kucing tu balik kan..was-was

Bidadari Syurga said...

thanks awak.... suka.... kucing tu tpi so far kucing saya tkt anjing.....

misya said...

terlerai jgk segala persoalan

wahida said...

NM02: nok, maksudnya brg kemas yg ko pakai tak yah zakat la nok...brg kemas yg tak pakai je yg kena zakat...

amirah said...

hutang adohai hutang

Lelaki Ini said...

thanx2!

diana said...

orang pompuan kalau bab hutang2 ni mesti hutang sebab nak bergaya je..
heheheh

KhaiRin said...

org kaya2 slalu lupa zakat emas tu

ORLANDO AHMAD said...

Gua sewa rumah kat nilai,paroi gua datang kalo ade game bola n9 main je ngeh3

Ema Razali said...

psl kucing dgn anjing tu, memang tak pernah terfikir pon. bagus2. tengs for info! :)

MamaEma said...

manusia semua akan berhutang..hutang kereta, bank, rumah, dll

Eye_nee said...

Berhutang boleh saja..asal ikut kemampuan kita kan sis...ukur baju badan sendiri kata bidalan...

eelobor said...

paling suka bab zakat tuh.... keluarkanlah zakat bagi mereka yang layak dan selalu mengamalkan bersedekah

Zaitun said...

Terima kasih kongsi info.

[sutera kasih] said...

ohhh..kucing yg bergaul dgn anjing if bulu basah, kena samak rupanya..thanks kak share info..

ieda said...

sgt2 membantu ! thanx dear ... :)

NzA said...

trkdg kita trlepas pndang ttg kucing liar kt luar rumah nie..moga kucing liar kt blakang rumah akak xdelh p brgurau senda dgn anjing...haru tu...

Softtouch [Hanim] said...

kucing pun kene samak yer kalu kita nak main ngan dia...

thanx wahida

n3 ni menambahkan pengetahuan sy ttg agama...

Fatin Mraz said...

thanks for the sharing ya!

Bitt (double IS) said...

yg 1st isu tu...hehhehehe buleh jugak kucing dan anjing tu ber wet world..hehehehhe

rasp said...

soalan 1 tu very gud lah sis...
tak pernah terfikir pun....

dhiera said...

thanx for sharing..
tak pernah terfikir pun those situatian!

Lya Colours said...

nasib saya x suka bela kucing. in fact, tak suka kucing. huhuhu

ieja amieja said...

thanx 4 info..setengah org x amek beratkan..

Run Away said...

betul juga pasal kucing tu...sebelum ni tak pernag terpikir..

sW33tdARLiNG said...

ehh betul ke hal kucing tu? abis, kalau kita bersalam dengan orang cina, camne plak? takkan nak samak?

sW33tdARLiNG said...

errr maksud aku, orang cina yang memegang anjing

intan morsalin said...

emas x cukup 85gm x kena zakat kan...hehee..
lom cukup timbangan agi...bila la nak lebih 85gm ni..

wahida said...

sweetdarling: tu kena tanya yg lebih arif..tapi kalau ko dah tau cina tu pegang anjing, jgn la salam ngan dia...