nuffnang advert

Wednesday, September 7, 2011

soal jwb agama: musykil gaji kerja bank, kekasih mengaku berzina & haram minta ampun bg org musyrik

Musykil gaji kerja bank


SAYA berminat menceburi kerjaya dalam sektor perbankan. Di sini saya ada kemusykilan mengenai status halal atau berkat gaji yang diterima pekerja bank khususnya di Malaysia.
Seperti yang kita ketahui, salah satu pendapatan bank adalah melalui bunga dari skim pinjaman. Apakah pendapat Dr?


FAHMI,
Perak




MENCEBURI kerjaya dalam sektor perbankan dibenarkan. Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya memilih untuk bekerja di sektor perbankan Islam dan skim perbankan Islam (SPI) berbanding perbankan konvensional.

Ini kerana ia dapat mengelak daripada terbabit dalam perkara syubahat dan haram seperti riba dan sebagainya. Sekarang ini ada banyak bank di Malaysia yang menjalankan sistem perbankan Islam antaranya Bank Islam, Bank Muamalat dan AmIslamic Bank.

Dengan itu, anda boleh berkhidmat dengan bank terbabit tanpa ada rasa keraguan.


Kekasih mengaku pernah berzina


SAYA mempunyai teman wanita dan kami sudah kenal lebih daripada dua tahun. Pernah kami bergaduh teruk dan dia terus mengaku berzina sekali di hotel dengan suami orang.
Dia juga selalu mengulangi cerita bahawa tidak semua anak dara apabila bersetubuh buat kali pertama akan keluar darah. Dia kata kakaknya tidak keluar darah pada malam pertama.

Selepas kami berbaik dia membuat pengakuan berzina itu hanya rekaan untuk sakitkan hati saya. Macam mana keadaan saya sekarang?

Adakah saya perlu mempercayai perlakuan zina itu benar atau tidak?


RAHMAN, 
Johor


ZINA adalah dosa besar dan perbuatan jenayah dalam Islam. Pelakunya pula boleh dikenakan hukum hudud apabila ia sabit sama ada dengan keterangan saksi dan pengakuan penzina sendiri.

Pengakuan zina tidak boleh sekadar rekaan dan main-main kerana membabitkan hukum Islam dan maruah dan kehormatan seseorang. Islam melarang untuk berbuat demikian kerana ia juga membabitkan tuduhan zina (qazaf) kepada orang lain.

Semuanya mempunyai implikasi dan akibat sendiri dalam hukum Islam. Dalam kes pengakuan zina, seseorang itu dibenarkan menarik balik pengakuan itu selepas diberi peluang untuk menarik balik sebanyak empat kali menurut sebahagian ulama (Paizah Haji Ismail 1996: 189-91).

Sekiranya dia tidak menarik balik pengakuan itu, hukum zina dilaksanakan atasnya. Atas alasan ini, saudara boleh menerima penarikan balik pengakuan zina berkenaan.

Islam melihat bahawa maruah dan kehormatan diri perlu dijaga supaya tidak timbul fitnah dan sebagai kepada individu Muslim.


Haram minta ampun bagi orang musyrik


SEBELUM ini saya ada seorang kekasih bukan Islam. Dia beragama kristian dan pada 4 Jun lalu dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Saya terlalu terkejut dan pergi ke rumah keluarganya. Saya hanya berdiri di luar rumah sampai upacara ‘prayer’ tamat.

Saya pergi ke sana kerana perasaan saya tidak tenang sebab tidak dapat tunaikan permintaannya untuk jumpa saya buat kali terakhir.

Saya bercadang ke kuburnya. Adakah itu menjadi satu kesalahan bagi umat Islam dan salahkah jika saya juga hadir bersama ketika upacara ‘prayer’ tetapi hanya melihat dari luar rumah?


Adakah salah jika saya berdoa untuknya kerana saya terlalu sayangkan dia? Saya sering berdoa supaya dia aman di sana dan berharap dapat berjumpa dia di syurga walaupun ia tidak berlaku kerana dia bukan Islam.


FAHMI,
Selangor



ISLAM mengajar supaya menghormati sesama manusia termasuk dengan bukan Islam. Mengucapkan takziah dan menyatakan simpati atas kematian bukan Islam dibenarkan.

Bagaimanapun, Islam tidak membenarkan penganutnya menyertai upacara keagamaan agama lain termasuk ritus atau doa. Dengan kata lain, menziarahi jenazah dibenarkan atas dasar hubungan sesama manusia.

Begitu juga dengan berdoa kepada bukan Islam, ada bentuk dan kandungan doa yang dibenarkan dan ada yang haram. Doa kepada bukan Islam supaya mendapat hidayah dan kebaikan duniawi seperti kesihatan dan kaya dibenarkan.

Apa yang diharamkan ialah berdoa supaya bukan Islam beroleh ganjaran syurga, keampunan Allah dan kejayaan di akhirat. Ini kerana sudah pasti bukan Islam menerima azab Allah kerana gagal mengenal, mengakui dan menyembah Allah, Tuhan yang Esa dan Tuhan seluruh alam.

Dengan sebab itu, saya menasihatkan saudara supaya tidak berdoa kepada orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia seperti anda nyatakan.

Saudara hendaklah tabah menghadapi ketentuan dan dugaan Allah seterusnya. Terdapat ayat al-Quran yang melarang Nabi dan orang mukmin berdoa kepada bukan Islam.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” (Surah al-Taubah (9): 113)

Ini kerana terdapat riwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w mencuba untuk memohon keampunan Allah kepada bapa saudara Baginda, Abu Talib kerana jasanya kepada Islam walaupun dia meninggal dunia tanpa memeluk agama Islam.

Ia tidak dibenarkan Allah dengan turunnya ayat di atas (Ibn Kathir, II: 393).


sumber: harian metro

26 comments:

Izwa Kamaruddin said...

TQ beb..lagi lagi bab HARAM minta ampun bagi org musyrik tu..

Diana @ BKKC said...

yg kedua tu..marahsampai mengaku berzina? nauzubillah

NM02 said...

kazen aku pun ramai yang nak tukar ke bank islamik jah.. ish... bila pk bab gaji halal atau haram... seram kan

ish.. buleh pulak dia reka citer dia penah berzina? ape punye manusia daaa

ish... sesat dah ke si fahmi tu sampai boleh nak doa moga jumpa di syurga? kuat betul cinta dia ngan si mati tu ek...

|| NaFiRaa || said...

ilmu di bulan syawal..tq2

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

tenks info..:)

Umie Nadhirah said...

boleh jadi ustazah pilihan :P

attyfir said...

good info..thanks

Cik Ecah said...

tengkiu sharing sis!

Bidadari Syurga said...

thanks share info ni... berguna untuk pengetahuan....

AI said...

- bagus perkongsian ustazah wahida...hehe

mama aini said...

good info dr ustazah wahida...teruskan..

Kakzakie Purvit said...

Kadang soal yg remeh masih ramai yg masih musykil kan wahida. Bagus juga N3 apa lagi pada yg belum tahu.

qemaishak said...

selalu gak cakap kat bos (bkn islam), moga rezeki bos lbh byk lps ni, xpe ke ek? dgn niat dpt naikkan gaji staf melayu ni huhu..tq kak.

Fiza Rahman said...

Mekasih ustajah. Payah gak nak keja bank nih yer, kena cari bank islam.

Unknown said...

terima kasih syer ttg hal jawab ttg kemusyikilan..
terfikir ttg soalan pertama.. aduh..
sedihnya..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Thx for sharing..terutamanye soalan yg pertama tu..Dh lah hubby keja bank International..nk minta keja perbankan islam tp x dpt2 lg..aduh..

Unknown said...

alhamdulillah..dapat tmbah ilmu :-)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?5e6c9c14a31a20127779c6039afebdd9

NzA said...

apa lg budak sekor tu buat cerita prnah brzina...pelik sungguh.

[sutera kasih] said...

thanks share info ni kak..info baru ni..

~izan~ said...

oo yg isu keje bank tu mesti ramai yg nak tahu sgt2 kan..

apa kehalnya dok reka cerita memalukan dan menjatuhkan maruah ek..ish3

Softtouch [Hanim] said...

pasla bank tu..xsnagka plak yer..nasib tak kerja bank..xsemua org tau pasla ni...kalu dha tau tu jenuhlah nk tukar ke islamic bank plak...thanx wahida..

Rina Rahamat said...

baca soal-jawab agama best juga sbb boleh tambah pengetahuan..tp kat paper kengkadang jawapannya meleret-leret smpi malas nk baca..

Bunga said...

:)

rasp said...

mmg bagus info nie sis..
thx for sharing...

rasp said...

mmg bagus info nie sis..
thx for sharing...

Izzati Liyana Sabri said...

info yg sangat berguna. thanks.