nuffnang advert

Wednesday, August 3, 2011

soal jwb agama: penzina jadi imam, khatan bayi perempuan & hukum tanam gigi

Penzina boleh jadi imam


APAKAH hukumnya seseorang penzina menjadi imam dalam solat?

HAMBA KERDIL
Kedah



MELAKUKAN zina termasuk dalam dosa besar. Namun begitu, ia tidak menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam.

Dengan solat setiap Muslim tetap sah dan sah solatnya. Maka sah juga orang yang
mengikutnya. Dengan kata lain hukum seseorang penzina menjadi imam dalam solat tetap sah dan orang yang mengikutnya juga sah solat.

Menurut al-Bukhari pernah terjadi bahawa Ibnu Umar bersolat di belakang al-Hajjaj yang terkenal zalim.

Ada yang menghukum makruh untuk berimam dengan orang fasik dan ahli bid’ah (Sayyid al-Sabiq 2000, I: 169).



Khatan bayi perempuan ikut sunah nabi

SAYA mempunyai seorang bayi perempuan yang berusia satu tahun 9 bulan. Sebelum ini tidak ada siapa yang memberitahu saya bayi perempuan perlu dikhatan sehinggalah satu hari ibu bertanyakan perkara itu. Ketika itu usia bayi saya satu tahun tujuh bulan. Adakah bayi perempuan wajib dikhatankan?

ANA
Tanjung Malim



Bayi perempuan adalah sunat dikhatankan. Walaupun hukumnya cuma sunat tetapi faedahnya banyak dan pahalanya besar kerana mengikut sunah Rasulullah. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengetahui hak anak mereka. Jangan menunggu sehingga diberitahu tapi ambillah langkah belajar menjadi ibu bapa yang soleh dengan mengikuti sunah membesarkan anak-anak. Masih belum terlambat untuk mengkhatankan bayi perempuan kerana sebelum umurnya dua tahun dia masih boleh dikhatankan.



Harus tanam gigi


APAKAH hukum membuat rawatan menanam gigi kerana ada yang mengatakan ia seperti melakukan pembedahan plastik.
Untuk pengetahuan Datuk, saya memakai gigi palsu dan berasa kurang selesa dengan keadaan ini.

Saya merancang untuk menjalani rawatan menanam gigi bagi menggantikan gigi palsu berkenaan tapi saya tidak berniat untuk kecantikan, sebaliknya untuk keyakinan diri.

Bukankah Allah suka pada makhluknya yang kelihatan cantik?


TERTANYA 
 Pasir Puteh


Membuat rawatan gigi seperti tanam gigi atau apa-apa rawatan moden hukumnya adalah harus sama ada tujuannya untuk kesihatan, keselesaan atau kecantikan.

Ia bukan mengubah kejadian Allah kerana jika ada hadis yang melarang pun adalah perbuatan mengasah gigi seperti yang dilakukan masyarakat jahiliyah dulu bagi kelihatan muda untuk menggoda lelaki.


sumber: harian metro

41 comments:

Rinna said...

TQ sharing info.. :)

attyfir said...

gud info..tq..kty suka entry soal jawab agama nie.nanti buat lagi ye entry cenggini

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

good info..:)

cheqna said...

thanks kak =)

NM02 said...

kalu en. salimat tu tya lagi kesah suar dalam yg dia curik tu, dia tak tau nak wat aper, kau tolong reply soh dia tanam je semua stok yg dia ada.

menyusahkan betul la salimat tu..

SangRatoo said...

ada ke org asah gigi utk nampak cantek? pelikk

Lia said...

thank's ye share info yg bagus ini.. :)

Dilla Ady said...

thanks sharing!

syariza09 said...

dh sunat dah :)

Liyana said...

thanks kak sharing info :)

Anonymous said...

tq tuk info yg sgt2 bergune ni

sarah-najwan said...

akak igt pglmn sunatkan sarah..sumpah takut nk tgk..sekali xsapa 5 minit da siap..huhu..

wida said...

good info:)
buka apa hr ni kak?

Izwa Kamaruddin said...

good good :)

Kakzakie Purvit said...

Cuti sekolah akhir tahun lepas anak saudara kakak yg baru 9 tahun accident patah gigi separuh. Pergi dentist sambung gigi.... boleh tak apa...

amirah said...

pasni kalo dpt anak gegirl, terus nak sunatkan la..nnt terlupa lak

kasihredha said...

so jgn nak kikis2 gigi yer.. :)

::NureeN:: said...

tq ;)

qemaishak said...

Thank you:)

uncle gedek said...

Owh...

ingatkan tanam gigi kat dalam tanah...

Fiza Rahman said...

Citer pasal khatan, anak dara ku blum kahatan lagi. Thanks for sharing sis.

Hanis Azla said...

tambah ilmu dan pengetahuan lg di sini.. thanks wahida..

ILA HonEyBuNNy said...

terima kasih akak..

okeh dapat info lagi...;-)

wani said...

timakseh ustazah waheeda,....masak pe ko ptg ni heheh....aku bukaposa kat tempatkeja jee huhu

eelobor said...

banyak info bermanfaat sini. thanx berkongsi....

mama aini said...

thanks wahida..mama kadang2 je beli metro...hu2x...dgn share info ini byk hukum2 agama yg blh dijadikan panduan untuk semua..selamat berbuka buat wahida n family !!..

[sutera kasih] said...

thanks kak wahida kongsi ilmi ni..

NzA said...

soalan ke 2 tu...mcm mana la siibu tu boleh xtahu..agak2nya si ibu pn xkhatam kot...he.he.he...

NzA said...

opppsss!!! bukan khatam ttp khatan...hi..silap taip...

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Betul tukan kak NZA.. :D

btw..Thx for Sharing.. ^_^

Softtouch [Hanim] said...

bagus wahida..soa jwb agama ni kdg2 isu yg ditengahkan ada yg sy xtau n ada yg xpasti..thanx wahida..

ORLANDO AHMAD said...

hmm nak jadi imam ni bukan senang

iPai said...

persoalan yang menarik .. jawapan pon senang paham

kak wahida .. selamat berpuasa ye esok .. heheh

esok masak ape ?

Ena said...

kdg mende tu nampak simple tp banyak org yg abaikan mende2 mcm ni..

thanks 4 sharing..

Unknown said...

bgus utk kasi refresh ilmu ni...

tiba2 rasa nak putihkan gigi lak...hihi

kurus said...

ya tuhan insaf sekejap dengan perkataan imam berzina tuu dik ...

ada org di kg akak .. dia bekas imam tapi ada skandal dgn isteri org .. dia berkawan sbb isteri org tuu dah nak bercerai sbb hubby dia penagih dadah .. dlm erti kata lain imam tuu nak jaga lah kan .. tapi org kg x suke dan pulau kan dia dari jadi imam ..

terbaru akak dgr imam tuu dah di halau dari madrasah surau kg akak tuu .. sedih akak dgr .. salah kah dia ??

Zura Tahir said...

ape pun asalkan niat ikhlas dan x menyimpang jauh...

Noor Fatin said...

terima kasih kak share info ni :)

Yumida said...

oic..amat berguna info ni..

Anonymous said...

cmne plak klu asah gigi utk klihtan cntik pd suami...

Unknown said...

Jadi orang yg pernah berzina itu layak menjadi imam shalat?