nuffnang advert

Wednesday, August 17, 2011

soal jwb agama: mandi jenazah, tipu semasa temuduga & nafkah dari suami

Tipu fakta

SAYA baru mendapat pekerjaan di sektor kerajaan tetapi masih menunggu tarikh melapor diri. Yang merunsingkan, ketika temuduga, saya menipu beberapa fakta mengenai pekerjaan saya sebelum ini.
Saya mengaku bekerja sebagai pekerja kontrak di sebuah kilang swasta, sedangkan ketika itu saya pekerja tetap. Saya menyatakan demikian kerana sering gagal dalam temuduga di sektor kerajaan sebelum ini.
Saya tidak tahu adakah penipuan itu menyebabkan saya mendapat pekerjaan atau sebaliknya. Apa perlu saya lakukan kerana ia berkaitan keberkatan rezeki. Memandangkan zaman sekarang sukar mendapatkan pekerjaan, saya takut akan disenarai hitam jika menolak pekerjaan itu.

SABRI
Cheras, Kuala Lumpur

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ikutlah perkara jahat dengan membuat lebih banyak kebaikan.” Jika dirasakan saudara berdosa, banyakkan bertaubat memohon keampunan Allah SWT. Sesudah memohon keampunan, menjadi tanggungjawab untuk membanyakkan berbuat kebaikan.

Tidak ada manusia terlepas daripada membuat dosa kerana manusia mempunyai kelemahan dalam mengawal diri daripada nafsu dan godaan syaitan. Apa yang terbaik dilakukan ialah mengikut suruhan Rasulullah, “Sebaik-baik orang yang membuat salah ialah mereka yang mahu bertaubat selepasnya.”


Jenazah boleh dimandi sesiapa ikut wasiat


SAYA ingin bertanya mengenai pengurusan jenazah. Apakah hukum jenazah bayi perempuan dimandikan oleh pengurus jenazah lelaki. Sah atau tidak?

MAT KONFIUS
Seremban

Memandikan jenazah adalah fardu kifayah, keutamaan diberi kepada siapa yang diwasiatkan mayat untuk memandikannya.
Seorang lelaki boleh memandikan jenazah isterinya, begitu juga sebaliknya.
Wanita boleh memandikan jenazah anak kecil lelaki berusia tidak sampai tujuh tahun, begitu juga sebaliknya.

Suami perlu utama nafkah keluarga dulu

DAKAH wajar seorang suami memberi wang kepada ahli keluarganya walhal dia belum membayar ansuran kereta yang tertunggak dua bulan (kereta atas nama isteri tetapi digunakan suami untuk bekerja), tunggakan bil air dan elektrik serta hutang lain dan sering memberi alasan tiada duit.
Ibu mentua saya gemar meminta wang daripada anaknya dan akan menyalahkan menantu jika anak tidak beri wang. Adakah suami dikatakan menganiaya isteri apabila membiarkan nama isterinya mempunyai rekod buruk dan disenarai hitam serta melengah-lengahkan membayar saman ekor?

YUSNI
Cheras

Melayari bahtera memerlukan suami isteri bertanggungjawab antara satu sama lain. Apabila berkahwin, keutamaan suami ialah pada rumah tangga dan keperluan asasi.
Jika ada lebihan yang dapat diserahkan untuk membantu keluarga tidak menjadi masalah tetapi tidak sampai membelakangkan yang asasi iaitu nafkah keluarga.

Suami tidak boleh mendatangkan mudarat atau penganiayaan pada isteri dalam apa bentuk sekali pun. Nasihat terbaik ialah isteri perlu mengajak suami berbincang hati ke hati dengan mengambil orang tengah, sama ada keluarga terdekat atau pegawai jabatan agama ketika sesi kaunseling.


sumber: harian metro

27 comments:

Izwa Kamaruddin said...

thank's beb sgt berguna info ni semua!

cheqna said...

terima kasih untuk perkongsian ini =)

amirah said...

mekasih nok..

AI said...

TQ TQ TQ

NOR said...

tq kak....=)

Fazleyatul Aini said...

thanx info =)

Unknown said...

hebat la noks...

kasi refresh sket kepala aku yg dah berabuk ni...

yg ke-3 tu mmg bagus :)

kasihredha said...

saman ekor pun termasuk dlm soal jawab agama kali ni :))

Izzati Liyana Sabri said...

really good info. thanks for sharing. :)

Anonymous said...

salam, thanx info ni..

Mawar said...

kak wahida,

tqvm sbb share psl ni

s a r said...

thanks for sharing.

but, terlebih jujur juga kekadang tidak membuahkan hasil. tapi saya percaya pada rezeki. bukan kerana perkara2 tersebut. tapi apabila ianya sudah menipu, keberkatan rezeki juga agak diragui. :)

Unknown said...

mak mertua gitu ada lagi ke sekarang???

mama aini said...

bagus info ini..thanks wahida !!..

~izan~ said...

t.kasih sudi memberi perkongsian manfaat ni...mujur mak mertua tak mcm yg ke 3 tu ehehe

NzA said...

sharing is caring....

::NureeN:: said...

thanks.. :)

a.samad jaafar said...

melampaunya kalau ada suami yg lebihkan org lain melebihi isteri dan anaknya sendiri..

uncle gedek said...

tipu fakta tu dah jadi budaya kita, kan?

eB said...

yg no 3 tuh la dolo yg wat eB selalu bertegang leher ngan shah... alhamdulillah skang dh ok :)

wida said...

bab2 duit ni mmg selalu bertekak..hehe

rasp said...

info yg sgt berguna nie beb...

Hanis Azla said...

dapat ilmu lagi di sini.. Thanks wahida..

ps : akak dah e-mail wahida utk minta delivery address.. Nnt tolong reply yer utk akak uruskan penghantaran novel tu..

khaifaiz said...

owh... great

NM02 said...

baru la betoiiii

[sutera kasih] said...

thanks share info ni..bagus info ni

Dwyercwle said...

saman ekor pun termasuk dlm soal jawab agama kali ni :))