nuffnang advert

Wednesday, August 10, 2011

soal jwb agama: hukum titis mata, perlu jaga nafsu & masa sesuai bertakbir

Hukum titis mata

SAYA mempunyai masalah rabun dan terpaksa memakai cermin mata, namun kadangkala ketika bekerja saya memakai kanta lekap.
Apakah hukumnya memakai kanta lekap dan adakah puasa saya terbatal jika saya menitiskan cecair ke mata saya?

LILY
Masai, Johor


Puasa menjadi batal jika memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Mata tidak termasuk rongga yang terbuka seperti hidung, telinga dan mulut. Justeru, menitiskan cecair atau ubat titis pada mata tidak membatalkan puasa, dan begitu juga wanita yang memakai celak.


Lelaki perlu jaga nafsu


ISTERI kepada kawan saya gemar memakai tudung pendek dan baju yang mengikut bentuk badan. Saya sangat bernafsu apabila melihatnya, tambahan pula dia cantik, ayu dan lemah lembut. Saya pernah memberitahu kawan saya supaya menasihati isterinya memakai tudung labuh serta longgar. Isterinya menjawab ia fesyen zaman kini dan mengatakan ada golongan cerdik pandai turut berpakaian begitu. Kawan saya juga buntu bagaimana untuk menasihatkan isterinya. Mohon nasihat Datuk.
ABDUL GHAFFAR
Senawang




Apabila mahu menyelesaikan masalah, elok diteliti terlebih dulu puncanya. Dalam hal ini, yang bermasalah ialah saudara.

Islam bukan saja menetapkan wanita perlu menutup aurat, tetapi ayat sebelum arahan menutup aurat wanita mengarahkan supaya lelaki juga menundukkan pandangan daripada melihat aurat wanita dan menjaga nafsu mereka.

Rujuklah ayat 30 Surah An-Nur, di mana cara ini lebih baik dan bersih bagi menjaga keharmonian umat dan jangan mengkhianati kawan dengan melihat aurat isterinya.

Sepatutnya saudara lebih memelihara diri dan mengawal nafsu daripada menjadikan hal orang lain sebagai masalah saudara.

Biar kawan saudara menjaga hal ehwal isterinya kerana itu tanggungjawabnya. Saudara pula bertanggung jawab menjaga pandangan mata dan nafsu.


Masa sesuai takbir, tahmid, tahlil


MENGAPA umat Islam ditegah mengalunkan takbir raya selain pada waktu dibolehkan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, sedangkan ia satu daripada kaedah kita memuji kebesaran Allah.
MEGAT
Klang




Menyambut Hari Raya dengan bertakbir adalah satu ibadah. Syariat dalam ibadah ialah sesuatu yang ditentukan secara wahyu daripada Allah kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan pada umatnya. Pada Aidilfitri, takbir dilaungkan memuji kebesaran Allah sempena meraikan kejayaan umat Islam menunaikan ibadat sebulan puasa ketika Syawal dan juga meraikan perhimpunan agung umat Islam ketika Aidiladha.

Takbir, tahmid dan tahlil sebagai memuji kebesaran Allah pada waktu lain adalah dalam bentuk zikir yang diharuskan.


sumber: harian metro

29 comments:

|| NaFiRaa || said...

ilmu jugak nih!!

mamyharraz said...

info menarik :D tq sharing

kurus said...

setuju sgt2 dgn soklan ke 2 tuu dik .. malunyaa kalau akak yg bertanye tuu huhuhu :)

thanx sharing dik :))

NM02 said...

tak sabar nak dengar takbir raya

wida said...

good info:)
tq sis

amirah said...

soklan yg pertama tu melegakan mata aku ni nok..dah brape ari dh rasa mcm masuk abuk..hehe

Liyana said...

kak, copy je, tade hal la.. chatbox xleh bukak kat opis :)

Izwa Kamaruddin said...

good info beb :)

Kakzakie Purvit said...

Jawapan soalan no. 2 bagus jugakan. Mata tu kenapa dok sibuk nak tengok bini org yg cantik aje....

Puan Kutu said...

hehe bagus2..jg nafsu sikit org lelaki yer..:)

Fiza Rahman said...

Mekasih sharing info.

~izan~ said...

thanks kongsi ilmu ini..sedikit sebanyak dpt dibuat panduan...

btul jugak tu,jaga mata sndiri tu huhu

mama aini said...

thanks sudi kongsi info2 begini..

mummysyafie said...

thanks for sharing dear..

sahromnasrudin said...

trime kasih kerana berkongsi ilmu...

Kak Amy said...

nice sharing dear..

ILA HonEyBuNNy said...

datang baca ilmu tok di hayati...

keraguan dapat terjawap..ehhe

thanks kak..

Teratak Hami said...

Tak kuasa nak layan soklan no 2 tu .. Memang ler perempuan tu salah, ni lelaki pun syok dok tengok!!

[sutera kasih] said...

owhh..boleh ekk pakai eyeliner & eyemo time pose..baru tau..thanks kak share

Jo Qusary said...

Soklan No.2 tu menampakkan betapa poyonya lelaki tu...

a.samad jaafar said...

untuk soalan no2.. kalau aku yg menjawab, tentu lagi teruk yg tanya soalan tu aku hentam.. bodo piang !!!

kayzie said...

bnyk dh dgr lagu raya..kl ad psng takbir raya dh lepas smnggu puasa ni mmg melampau rr...huhu

kasihredha said...

thanks wahida...info yg bagus :)

ORLANDO AHMAD said...

bab nafsu tu memang tak bley blaa... haha

rasp said...

info menariks..thx!

::NureeN:: said...

tq.. ;)

Zura Tahir said...

kena sebijik...masalah kedua tue seolah2 nk salahkan org ppuan je...hehe..

dhiera zainudin said...

nice sharing~ thanx ya!

Dilla Ady said...

menarik ilmu nih..baru bercaadng nk pakai contact lense..