nuffnang advert

Wednesday, July 20, 2011

soal jwb agama: SMS cerai isteri, bedak selepas wudhuk & wanita uzur ziarah kubur

Hantar SMS cerai isteri


SAYA ada menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada isteri dalam keadaan marah seperti berikut: “Mulai dari aku keluar rumah, kau bukan isteri aku. Aku lepaskan kau.”
Perkara ini terjadi apabila saya mengesyaki isteri ada hubungan dengan suami orang dan menceritakan permasalahan keluarga kepadanya.

Pada 22 Mei lalu saya menghantar satu lagi SMS selepas berada dalam keadaan tenang dengan mesejnya seperti berikut: “Mulai penerimaan SMS ini, aku rujuk kau kembali.”

Sebelum itu saya ada berbincang dengan isteri untuk merujuknya kembali dan sehingga e-mel ini dihantar dia masih berdiam diri dan tidak mahu bercakap atau memaklumkan apa-apa keputusannya terhadap rujuk saya itu.

Dia hanya berkata akan mengisi borang (saya tidak tahu borang apa) dan menghantarnya kepada pejabat agama dan menyuruh saya tunggu keputusan.


Adakah kandungan SMS itu saya sudah menceraikan isteri saya? Adakah SMS awal itu dikira sah walaupun saya menghantarnya dalam keadaan marah, cemburu dan tanpa niat untuk melepaskannya?

Melalui SMS kedua, adakah isteri saya masih isteri saya yang sah walaupun dia masih tidak memberikan jawapan?

FIKRI AHMAD
Pulau Pinang




HUKUM talak melalui SMS adalah sah dan jatuh talak apabila berlaku. Begitu juga sah untuk rujuk kembali melalui SMS.

Seseorang suami boleh rujuk kembali kepada isteri dalam masa idah talak raj’I tanpa akad nikah yang baru.

Rujuk ini tidak memerlukan persetujuan isteri. Ia adalah hak suami sama ada untuk rujuk atau melepaskan isteri ketika dalam idah.

Ini jelas apabila Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan anak yang dijadikan oleh Allah dalam rahim mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.

“Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali isteri-isteri itu semasa idah jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu ada hak yang sama seperti kewajibannya secara yang sepatutnya dan suami mempunyai satu kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Baqarah ayat 228)

Seseorang isteri yang tidak bersetuju dengan rujuk itu boleh merayu di Mahkamah Syariah dengan mengemukakan alasan yang dibenarkan syarak bahawa dia tidak boleh hidup bersama lagi dengan suami.

Ia bagaimanapun akan membabitkan prosedur pengesahan cerai terlebih dahulu kerana berlaku di luar mahkamah. Pengesahan rujuk dan perceraian yang kedua sekiranya perlu.


Bedak selepas wuduk


ADAKAH menggunakan bedak asas di muka boleh membatalkan wuduk kerana air tidak sampai ke kulit ?

AIDA
Kemaman


Jika sudah mengambil wuduk kemudian memakai apa saja bedak asas yang bersifat kalis air atau tidak, wuduk saudari masih sah.

Berbeza jika selepas memakai bedak yang memang dinyatakan kalis air kemudian mengambil wuduk maka tidak sah wuduk kerana syarat sah wuduk ialah sampai air ke kulit. Apa yang penting air sampai ke kulit barulah sah wuduk.


Wanita uzur boleh ziarah kubur


APAKAH hukum bagi seorang wanita yang menziarahi kubur ketika haid.
Ada sesetengah orang mengatakan menziarahi kubur ketika haid adalah haram namun ada yang mengatakan ia tidak berdosa. Saya berasa serba salah hendak menziarahi kubur ketika dalam keadaan haid.

MIZA
Sipitang, Sabah


Wanita yang sedang berada dalam keadaan haid tidak dilarang bagi menziarahi kubur.

Tiada nas Al-Quran dan hadis yang melarang wanita haid pergi ke kubur kerana ia bukanlah tempat suci untuk beribadah.

Bagaimanapun mungkin ketika berziarah dia tidak dapat membaca ayat Al-Quran kecuali berzikir saja


p/s: segala soal jwb agama ini utk pengetahuan aku jugak....sama2 kita menggali ilmu yg luas ni..


sumber: harian metro

36 comments:

dwatyKNY said...

nice info... selalu baca permasalahan sebegini di majalah...

cheqna said...

thanks =)

Anum said...

thanks beb
nice info

NM02 said...

tolong gugel utk aku ape maksud mimpi kena samun




aku mamai lagi ni..

amirah said...

tengkiu ustajah

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Thx utk perkongsian ini.. ^_^

Scha406 said...

haaa...bab ziarah kubur tu aku selalu konpius...

"kini tidak lagi! terima kasih wahida!!"

*ada x gaya mcm iklan dynamo?

mama aini said...

bagus info2 begini..skrg kerap isteri diceraikan melalui sms...tel @ hp disalahgunakan utk kemudahan menceraikan isteri..mcm2 hal..

Dilla Ady said...

thanks kongsi info2 macam ni..permasalahan mudah dan hari2 kita hadapi..

Kakzakie Purvit said...

Bagus walau nampak mudah masih ramai yg keliru....

syariza09 said...

ooooo...dlm sms pon leh rujuk yer

Izwa Kamaruddin said...

good info beb!!!!

Hanis Azla said...

tambah pengetahuan lg di sini.. terima kasih wahida..

qemaishak said...

tenkiu..suka baca soal jawanb agama ko ni kak..teruskan..blh tambah ilmu sesama bloger:)

ajumohit said...

gud info, TQ for sharing, dulu aku ingat klu peot takleh gi kubur..menjwb sudah soalan2 ku

SangRatoo said...

wahh tq for the info Da..sangat² berguna.. :)

uncle gedek said...

TQ kongsi

uncle gedek said...

TQ kongsi

ILA HonEyBuNNy said...

ila suka berbedak lepas ambil wuduk..heheh

mekasih kak...;-)

kurus said...

sgt2 bagus thanx for sharing dear ! :)

[sutera kasih] said...

owhh..bgs info ni..
thanks kak share info ni :)

nurkass said...

dah faham dah..
yg first tu dulu selalu kuar berita..

Unknown said...

ishh..bahaya gak main cerai2 dalam sms ni..:-)

kasihredha said...

makin canggih skg ni yek
waktu bercinta pun ber sms gak
nak cerai pun pakai sms

IMANSHAH said...

peringatan untuk saya juga

ORLANDO AHMAD said...

ADAKAH menggunakan bedak asas di muka boleh membatalkan wuduk kerana air tidak sampai ke kulit ?

bukan batal, tak sah aje huhuhu...

Softtouch [Hanim] said...

thanx wahida...sbb sudi share...

Kamariah Awang said...

Tk kerana info. Sangat berguna!

Bitt (double IS) said...

ok noted...thanks

Bunga said...

oo..baru tau..lau uzur tetap leh melawat kubur..tq sis..

::NureeN:: said...

thanks.. info yg sgt bagus

Mama Gee said...

tq for sharing :)

wani said...

tq ustazah waheeda,singgggah baca ....hehe

Adyla said...

thnks kak..info yang bermakna..

rasp said...

makacih for this useful info...

eB said...

tringat biler eB gi ziarah kubur arwah abah musti tgh haid :)