nuffnang advert

Wednesday, July 6, 2011

soal jwb agama: kuat berkhayal, ghairah lihat seluar dlm & tiru ibadat agama lain

 Gadis kuat berkhayal

SAYA berusia 21 tahun, bertudung dan gemar berpakaian sopan. Saya juga seorang yang sangat pemalu, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kaum lelaki.

Masalahnya, saya mempunyai nafsu berahi yang agak kuat dan sering berkhayal mengenai seks malah kadang kala melakukan onani apabila nafsu membuak-buak terutamanya selepas menonton cerita lucah.


Adakah perbuatan saya beronani itu berdosa kerana jika tidak melakukannya saya bimbang akan terjadinya zina.



NUR
Kemaman, Terengganu 



Memang ada sebahagian wanita mempunyai nafsu berahi yang luar biasa.

Nasihat bagi wanita mengalami masalah ini ialah segera kahwin, apalagi dalam usia saudari yang sudah dewasa.

Melakukan onani dan menonton filem berahi tidak akan menyelesaikan masalah anda dalam jangka waktu panjang, sebaliknya boleh memudaratkan rahim yang masih dara kerana tangan yang digunakan agak kasar pada bahagian tersebut.

Beronani dan berzina adalah ditegah dalam agama walaupun ada pandangan mengatakan dosa onani lebih ringan berbanding berzina.



Ghairah lihat seluar dalam wanita

SAYA ada satu tabiat pelik iaitu menjadi ghairah apabila melihat pakaian dalam wanita. Saya mengambil (mencuri) pakaian dalam wanita di jemuran dan menyimpannya. Kadangkala saya memuaskan nafsu dengan pakaian dalam itu.
Sekarang saya insaf tetapi bagaimana dengan pakaian dalam wanita dalam simpanan saya? Jika saya tidak mengenali pemilik pakaian dalam itu, bagaimana saya mahu memulangkannya?


SALIMAT
Shah Alam




Pada saya, ubat terbaik bagi saudara ialah segera berkahwin kerana dengan cara itu nafsu dapat diboloskan melalui jalan halal.

Berkaitan barang curi berkenaan, saudara mengaku sukar memulangkannya memandangkan saudara tidak tahu pemiliknya, oleh itu buangkan saja supaya tabiat buruk itu tidak kembali.

Banyakkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah serta banyakkan membuat sedekah dengan niat supaya Allah memberi ampun pada saudara dan memberi rahmat pada mangsa curi.


Berdosa tiru ibadat agama lain

APAKAH hukumnya orang Islam menolong membakar kemenyan atau gaharu bagi majikannya yang beragama Buddha.
Saya ragu-ragu dengan perbuatan itu tetapi ketika melakukannya, saya tidak berniat apa-apa sebaliknya hanya mengikut arahan majikan.


ARMASALEHA
Perlis 



Seorang yang beragama Islam mestilah mempunyai pendirian dan pegangan apalagi dalam soal yang berkaitan dengan akidah.

Perbuatan meniru ibadat agama lain adalah salah dan menyimpang daripada Islam walaupun tanpa niat.

Bertaubatlah dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.


sumber: harian metro

51 comments:

Scha406 said...

maceh ustazah..gud info wpun rs nk gelak dgn mslh Gadis Kuat Khayal :)
kawen jela. abis citer.

Jo Qusary said...

Err... aku agak musykil ttg onani, tangan dan rosakkan rahim... camana tu? tak dpt bayangkan....

Dan pelik ke kalo aku kata aku tak pernah dpt bayangkan perilaku onani tu mcmane walaupun aku tak pernah bercinta dan berkahwin sehingga umur dah lebih 30 thn?

Mungkin aku takde nafsu berahi kot?

Err...

Izwa Kamaruddin said...

good entry beb! :)

Zana Adieyza said...

gud info..semoga kita semua dijauhkan dr sebarang sifat yg buruk tu..

pelik2 kan manusia ni..

bujal X said...

agak2 kalau jadi suami gadis kuat khayal tu akan beruntung atau menyesal? sebab lepas kawain mesti akan kuat senggama plak~keh keh keh~~

wahida said...

jo qusary: ko biar betul ni beb...

bujal: hahaha!! lawak la ko ni bujal...

ILA HonEyBuNNy said...

datang baca entry neh...

moga di jauhkan semua ne...amin.

Jo Qusary said...

@wahida
betul la... aku kan manusia sindrom asperger, pikiran aku mcm budak lagi... mana aku tau benda2 berkaitan seks neh... adehh...

wahida said...

jo qusary: kalau camtu, mmg tak dapek la den nak nolong...hehe...

Zaitun said...

Pelajaran dan pengajaran buat semua.

Ena said...

maihhhhh...

yg pertama tu scary plak.. ada jugak gitu.. ena dah kawin baru tahu onani tu apa tu pun melalui pembacaan.. nauzbillah..

Kakzakie Purvit said...

Soalan diberi telah berjawab moga jadi pedoman ada yg belum mengerti....

Sebaik-baik utk menghindarkan diri dari melakukan maksiat ialah solat dan berpuasa...

amirah said...

arini segmen soal jawab agama ek

Unknown said...

bagus wahida..
aku suka entry nie..

untuk komen kak zakie..
aku tambah sikit..
selain puasa..
molek cari pasangan..
kawin

Dr K said...

ko saja aja kan tepek soa jawab agama versi SX...miahahahhaa

chichi said...

dulu aku ngan adik aku nye spender selalu hilang..ni mesti org yg sama kes ni...

wahida said...

daddy ziyyad: ko pun suka kan? ahaks!!

AI said...

- psycho betol curik suar dalam..cehh...

NM02 said...
This comment has been removed by the author.
NM02 said...

kes pertama tu, aku terus teringat adan, dia kan dulu suker gesel jari kat meja. tak senonoh kan..

kes kedua, en. salimat, sila pulangkan suar dalam tu kat chichi balik. kesian dia, banyak cepender dia ilang, kau kot yang curik

syariza09 said...

problem no 2 tu pon, rasa nk tergelak jer la..dh x tau pemilik, spender2 tu buang jer laa, yg tu pon mau tanya ka..kekekekeke =)

chichi said...

kahkahak..kak ina kalau dia pulangkan blik pon dah tak ada makna..saiz dah berubah..tompang komen kat sini jab kak wahida tau..

NM02 said...

jap jap...

salimat tu mcm jujur je kan. ah, kau dah tak ingat sape punya pakaian dalam tu, buang saje lah, bakar ke.. tak pun kau buat hot sale. nnt chichi pegi, silap2 dia perasan kat situ ada dia punyer dulu. hahahaha...

NM02 said...

ala chichi,

sebab dulu kau kecik, skang dah besar kan.... hahaha, ngaku aje la nokss

kalu tak muat pun, kau buat la balut buah nangka, seksi skit nampak buah nangka tu sementara nak tunggu masak..

tak pun kau simpan, bila kau duty kat tempat yg tak best tu, sape warning banyak, kau saut je kat muke dia...

suwara entertainment said...

segeralah bertaubat wahai insan2 yg leka dgn kehidupan duniawi..hehehe..kahwin je la cepat2, abis cerita.. :)

So Shy Lady (SSL) said...

adoi glak guling2 bc komen2 uols nih

sntiasalah ingat mati! pun cara utk elak dr buat maksiat

LiLy @ MaMaQiStInA said...

kes yg pertama tu..ishh..ada gak perempuan mcm tu erk..hmmm..kawinlah cepat2.. ;)

So Shy Lady (SSL) said...

adoi glak guling2 bc komen2 uols nih

sntiasalah ingat mati! pun cara utk elak dr buat maksiat

ZSqueenbee said...

hihihi ade gak kes curi suar dlm..hihi.. itu pon leh wat stim ke..pelik lak haih...

tankz akak berkongsi ilmu..muahhh lebiu..

~aSHa~ said...

gurllppp org kemaman lak tu...

mama aini said...

entry yg hot hari ini !!!...he2x..macam2 perangai ada !!!

mamyharraz said...

dtg singgah baca entry hot :D

sgt pelik perangai manusia..

nurkass said...

uishhh..
penambahan ilmu hari ni..
thanks dear..

NurulHudaResad said...

mekacih......gila lah ada org leh curik suar dalam ek....

cikceriacorner said...

hehhehe..macam2 la...

kurus said...

adoiiii gadis tuu sungguh2 bermasalah .. huuhhu

semoga menjadi renungan dan pengajaran kita bersama .. gud info dik ! :)

eelobor said...

mengenai persoalan yang pertama tuh saya amat suka penjelasan dari ustaz azhar idrus. nak dengar boleh tengok dekat link kat bawah;

http://www.youtube.com/watch?v=ShqG96i5btk&feature=related

wardah @ fie shah said...

kesian aku tk Gadis Kuat Khayal tu noks. hahaha

Softtouch [Hanim] said...

gud info....pngajaran n pelajaran utk ari ni...terima kasih utk ustazah wahida..haaaaaaaaa (gaya mcm sepah semput tu)

NzA said...

utk soalan no 2 tu ustazah cadangkan koleksi2 tu sila buat baja jerrr....opss!!!gurAU JE...

Gieyana said...

gd info nieyh..:)

kasihredha said...

kena cepat2 kahwin lah kan...

suri solehah said...

padah kalau suka layan benda haram..pemalu tp tak malu tgk benda lucah?

Anonymous said...

kira yg onani tu cam x dara dah la kan ustazah??

Salwa said...

good info.moge dijauhkan perkara-perkara begini.amin.. :)

puteri ain said...

terbaek la kak . sesi soal jwb. hehe

[sutera kasih] said...

nice info kak, tq share :)

btw, dulu2 kt hostel..penah jgk kes curik2 pakaian dlm student perempuan..mmg kecoh jgkla dulu huhu

eB said...

tq :)

kayzie said...

good info la kak..tq

Zura Tahir said...

erm..mcm2 perangai kan..mintak d jauhkan dr sifat cm nie..

Bitt (double IS) said...

boleh pinjam isu u nih..hehehehe