nuffnang advert

Wednesday, July 13, 2011

soal jwb agama: bersuci sebelum bersetubuh, wali tak sah & mohon fasakh kerana dimaki

Mesti suci sebelum bersetubuh


ADAKAH berdosa jika saya melakukan hubungan seks dengan suami selepas kering darah haid tetapi masih belum mandi wajib?


IZA
Kuantan


Ayat 222 surah Al-Baqarah jelas memberi panduan bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad mengenai haid, katakan haid itu kotor dan mendatangkan mudarat, oleh itu janganlah kamu bersetubuh dengan isterimu dalam masa darah haid dan janganlah kamu hampiri mereka untuk bersetubuh sebelum mereka suci.”


Jelas di sini, saudari hendaklah bersuci dulu sebelum bersama suami walaupun darah kering. Tidak perlu menjimatkan air sehingga menghimpunkan dua fardu untuk mandi.

Allah sayang pada orang yang suka bersuci. Bertaubatlah kerana bersetubuh sebelum mandi haid adalah satu dosa.


Guna wali tak sah


IBU bapa saya berkahwin menggunakan seorang lelaki yang mengaku dirinya wali sah walaupun sebaliknya dan ibu memang tidak tahu hal ini.
Apabila mengetahui perkara ini, ibu dan bapa merujuk kepada pejabat agama dan mereka dinasihatkan berpisah sementara sebelum dinikahkan semula. Saya mempunyai tiga beradik dan pegawai menasihati jika kami berkahwin hendaklah menggunakan wali hakim.


Bagaimanapun, ketika saya berkahwin, kami tidak menggunakan wali hakim, sebaliknya ayah jadi wali. Adakah sah pernikahan saya dan perlukah saya bernikah semula menggunakan wali hakim?

MAYA

Kluang


Sebarang permasalahan yang dirujuk kepada pejabat agama kemudian menerima nasihat mereka, sebaik-baiknya hendaklah akur. Jika sudah dinasihati supaya ibu dan bapa puan mufarakah sementara dan dinikahkan semula, eloklah dituruti nasihat itu.

Ada hikmahnya pejabat agama meminta digunakan wali hakim untuk perkahwinan puan supaya tidak berulang masalah ibu puan.

Saya hairan kenapa sesudah meminta nasihat dan dinasihati, puan masih ingkar, sebaliknya masih menggunakan ayah yang menunggu dinikahkan semula dengan ibu.

Jelas, jika arahan dikeluarkan menggunakan wali hakim, sewajarnya bukan bapa yang jadi wali. Isu wali perlu diteliti kerana perkahwinan akan terbatal jika wali tidak sah.



Fasakh kerana dimaki


SUAMI selalu memaki saya dan anak-anak dengan kata-kata kesat walaupun hanya kesalahan yang kecil, kadang kala oleh kerana tidak mahu terjadi pergaduhan lebih besar, saya hanya diam dan menelan kata-katanya.
Baru-baru ini, saya menjawab kata-kata suami apabila dia memaki dan berlakulah pergaduhan besar. Sejak hari itu, kami tidak bertegur sapa dan saya langsung tidak memasak, malah membasuh bajunya.


Saya hanya menyiapkan makanan untuk anak saya dan menyelenggarakan anak-anak saja. Bolehkah saya menuntut fasakh disebabkan perkara ini walaupun saya tidak ada bukti untuk dibawa ke mahkamah.

RAIHANA

Sungai Petani


Seseorang suami, selain bertanggungjawab memberi nafkah, juga harus mendidik isteri dan berbuat makruf kepadanya serta tidak memudaratkannya. Jika suami sering menyakiti isteri dengan kata-kata kesat, dia mendatangkan mudarat kepadanya.

Mudarat ada ketikanya dengan penderaan fizikal dan ada juga tidak bersifat fizikal sebaliknya membabitkan emosi dan mental seperti maki hamun.

Puan boleh mengumpulkan bukti seperti merakam dan juga mendapatkan saksi ketika peristiwa berlaku dan buatlah aduan supaya tidak terus terseksa. Pihak pejabat agama akan menasihati puan untuk tindakan selanjutnya.


sumber: harian metro

40 comments:

Scha406 said...

macehh ustajahhh~~~

AI said...

- mandi dulu tauu...

SangRatoo said...

sabunnnnnn di bilik mandiii..sabunnnnnnn~

amirah said...

nak jimat air betul namanya tu..

Anum said...

cuci kasi bersih dulu ok
hahhahhaha

Bunga said...

Alhamdulillah..dapat ilmu dicini..

NurulHudaResad said...

bahek ostajah......

kayzie said...

bgus la kak..gali lg n share k..sama2 kita beringat

Myra Jay said...

betul, wajib mandi dulu sebelum nak ke langkah seterusnya..
Katakan anak lahir hasil dari sebelum mandi tu, camne kan..

Angah said...

aslm ustazah..
wahhh seronokla bca blog kau,aktip betui,mcm2 ada....jom ikot ku balik kedah hehehehe..kami nak balik kedah besok huhuhuuu tp tkpila langkawi macam kooo ku balik kg jee..,bajet tk lepas nk p langkewiii hehehehehehe

qemaishak said...

Terima kasih...bagus info ni kak:)

Izwa Kamaruddin said...

good entry beb!

Hanis Azla said...

tambah ilmu di sini... tq..

Adyla said...

bagus la kak..thnks for the info..

kak sy dah follow blog akak, akak follow r sy lak..he3:)

nurkass said...

sib baik ada abang..boleh jadi wali aku nanti..

GREENJADE said...

ten-Q behbeh.useful info.

NM02 said...

aku tak fokus baca semua ni sbb bali punyer pasal.





pening kite

Kakzakie Purvit said...

Kadang-kadang kita rasa remeh soalan yg ditanya tapi nyata masih ada lagi yg tidak tahu....

Bagus wahida....

ejaMaria said...

nice info... kdg-kdg bila kita leka... bagus bila ada org ingatkan...

cheqna said...

tq 4 sharing..bertmbh ilmu..=)

Ena said...

sharing is caring

kan wahida.. :)

Unknown said...

bagus wahida..

ko berkongsi sesuatu yang berguna..
ramai y google tentang nie tau

[sutera kasih] said...

thanks kongsi info ni kak..blh jadi panduan di masa akan dtg kalo nak or dah kawen nnti..

Fiza Rahman said...

Good info, thanks for sharing ☺☺

sarah-najwan said...

dpt info hari ni..tapi hak no 1 tu..seme patut tahu kan..ehheeheh..mandi dulu deh..kene sabarrrr..

NzA said...

xsuka mandi ke?????he..

ajumohit said...

gud info terutama no 1 tu...sib bek la tak terfikir nk buat cmntuh

Acik Erna said...

wahida..terkejut..ada jugak yang tak ambil berat.

rasp said...

mana butang like hehehehehe

Kak Aya said...

satu perkongsian yagn bermanfaat

Ermayum said...

thanks for sharing :)

kurus said...

aduhh banyak info2 berguna nie .. thanx dikk .. kdg2 tuu x sedar ada kesilapan dlm menjalani ibadah di muka bumi nie .. sib baik ada yg saling ingat mengigati kan .. alhamdulillahh :)

puteri ain said...

soal jawab yang bagus! :)

kasihredha said...

jangan malas mandi tau..:)

Softtouch [Hanim] said...

thanx wahida...

asiklah teringat lawak sepah pasal ustzah tu...
"manisnya kurma ini"

Anonymous said...

syukran ustajah

jeBateja said...

errr....terasa macam nak nikah lagik je ni...ahakz

jeBateja said...

errr....masalah2 mcm ni...kadang2 kita pun tak taw erk....sebab may be tak berlaku kat kita or org sekeliling kita....

mama aini said...

Thanks wahida...apasallah mama senyum baca entry ni?..

ZSqueenbee said...

lumrah dunia..mcm²...