nuffnang advert

Wednesday, June 15, 2011

soal jawab agama ( zina, cegah hamil, pinjam wang tunai haji )

 HINDARI MUKADIMAH ZINA

SAYA pernah tidur dengan bekas kekasih saya. Pada ketika itu saya ada menyentuh kemaluannya dengan jari.
Sekarang saya sudah berubah dan bertaubat daripada kesilapan lalu.

Adakah perbuatan saya dikira berzina?

Saya amat takutkan azab yang bakal saya terima daripada Allah.


FADZLI,
Kuala Lumpur



ZINA adalah persetubuhan haram dan hukuman had (jamak, hudud) dikenakan bagi persetubuhan haram yang secara fizikalnya membabitkan ‘perbuatan memasukkan hasyafah (kepala zakar) lelaki ke dalam faraj perempuan.’

Menurut as-Shirazi, zina ialah ‘persetubuhan yang dilakukan seorang lelaki Islam yang hidup di dalam negara Islam dengan seorang wanita yang dianggap haram disetubuhi tanpa akad atau seumpamanya dan tanpa hak milik atau seumpamanya sedang dia seorang yang waras, baligh, bebas memilih dan tahu perbuatannya adalah haram.’

Ibnu Qudama menyatakan, zina ialah ‘menyetubuhi pada kemaluan secara haram tanpa syubhah’ (Paizah Haji Ismail, 1996: 174).

Perbuatan lain tidak termasuk dalam zina yang dikenakan hukum had termasuk menyentuh kemaluan kekasih menggunakan jari, bercium, berpeluk, berkhalwat atau tidur bersama atas katil.

Perbuatan itu dikira perbuatan maksiat dan dikira percubaan melakukan zina atau mukadimah zina.

Walaupun tidak dikenakan had, mereka boleh dikenakan hukum takzir (menurut bahasa, pencegahan).

Memandangkan anda sudah terlanjur berbuat demikian maka anda perlu bertaubat kepada Allah dengan disematkan azam tidak mengulangi perbuatan keji itu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan boleh membawa kepada jenayah zina.



Diizin cegah hamil demi kesihatan ibu

KAMI sudah mempunyai empat anak dan kini isteri saya hamil anak kelima.

Isteri berusia 34 tahun dan kini mengadu dia tidak larat lagi mengandung.

Adakah Islam membenarkan seseorang itu mengikat saluran peranakan?



SUAMI PENYAYANG,
Perak



ISLAM membenarkan pencegahan kehamilan dalam keadaan tertentu antaranya apabila kehamilan mendatangkan kemudaratan kepada ibu atau ibu ada penyakit terutama membabitkan rahim.

Menjarakkan kehamilan juga dibenarkan bagi memulihkan kesihatan ibu, biasanya antara dua tahun.

Mengikat saluran peranakan (tiub falopio) menerusi kaedah ‘tubal ligation’ dibenarkan apabila ia benar-benar perlu dan mendapat nasihat daripada doktor Muslim.

Ini kerana ia berkemungkinan mendatangkan keburukan kepada ibu pada masa akan datang.

Selain itu, boleh juga difikirkan kemungkinan menggunakan kaedah lain bagi menjarakkan kehamilan.

Nasihat saya buat temu janji dengan doktor pakar bagi mendapat nasihat mengenai perkara terbabit.


Pinjam wang tunai haji

BOLEHKAH saya membuat pinjaman daripada mana- mana institusi kewangan dan melaburkannya dalam akaun Tabung Haji ibu dan bapa saya? Saya mahu menunaikan hasrat kedua-duanya yang ingin menunaikan ibadat haji.


Memenuhi hasrat mereka adalah lebih penting untuk saya lakukan kerana sebelum ini hasrat mereka berkali-kali ‘terbantut’ kerana masalah kewangan yang dihadapi. Adakah menjadi kesalahan mengikut pandangan agama?

ASRI
Puchong





Pada dasarnya tidak ada kewajipan bagi seorang yang berhutang untuk pergi menunaikan ibadat haji sebelum dia membayar hutangnya terlebih dulu, sebagaimana firman Allah yang bererti: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Abi Aufa berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah mengenai seorang yang belum menunaikan haji atau berhutang untuk haji?” Baginda bersabda: “Tidak.”

Bagaimanapun, jika dengan niat untuk menyempurnakan hajat ibu bapa dan saudara sendiri dalam perkiraan saudara akan mampu membayar hutang itu, teruskanlah niat.

Semoga Allah memberi kemudahan kepada seorang anak yang berhasrat menunaikan hasrat orang tuanya.


sumber: harian metro

41 comments:

Anum said...

nice info beb

Scha406 said...

gud n3... :)

tp kalau ade yg pinjam duit x reti nk pulang balik, then belagak mcm dia kaya-raya dgn hasil pinjaman duit dia tu, cmne pulak tu uztazah wahida??? ekeke

belom lg hal yg mana tggl serumah mcm laki bini sedangkan tiada ikatan perkahwinan.....

tu la 2 bnda yg kerap jd di sekeliling kita zaman ni....

renung-renungkan dan selamat beramal~~~~

eheh

Anonymous said...

tq for this info

Zana Adieyza said...

nice info.. thanks for sharing sis!!

NM02 said...

ustazah,

saya ada sorang kawan, dia suker salah tafsir akan sesuatu hal.. ape hukumnya ye..

gadis gebu dari keyell

Izwa Kamaruddin said...

good info :)

nurkass said...

i like info nih..
beshhh..mana coklat aku..

Unknown said...

thanks share info nih......aku skrg sedang menjarakkan kehamilan....^_____^

AI said...

- ari ni jd ostazah...hehe

- ape2 pon bagus info ni kan...utk yg mahu mengambil iktibar...

Unknown said...

thanks info :)

Maya Mayana said...

thanks sharing info moga anak2 kita terjauh dr yang nombor satu tu...bw laju2 ni...br sempat ke sini..wah ambo jeles dgn hasil shoppingmu ini...

sarah-najwan said...

molek wat soal jwb agama gini
boleh tmbh penegetahuan

::FAIZ:: said...

thanks 4 share

kasihredha said...

info yg berguna unk semua :)

Noor Fatin said...

info yg sgt berguna ;) suka2!

yang penting niat..

Dilla Ady said...

thanks wahida share info nih...menambah ilmu lagi..

miloaiskurangmanis said...

good info beb!
thanks...

tambah 3 ilmu iols dipetang hari...

Raji and Yeen said...

owh bgus info nih..
berguna nnti nak tnyer gak boleh tak? hohoho tapi sgn lak kalau tlis nama =.="

NzA said...

info yg bagus....nmpk remeh ttp trkdg kita xpasti hukumnya...

gadisBunga™ said...

nice sharing. tengs!

Unknown said...

nice 1 la sys..lama x baca bnda2 bagos cmni..duk bgelak ktwa je bnyk..hahaha

mama aini said...

info yg sgt bagus !!!..thanks wahida..

James Alexander said...

ok...

faham...

terima kasih...

ok bye...

Granny Hani said...

akak sedang benggang dgn org yg pinjam duit tak reti bayar balik ni..tak kira lah untuk apa, tapi mesti bayar lah kalau pinjam kann..sorry, tak pasal2 membebel kat lot tanah org ...hehehe

Azian Elias said...

tq for sharing.

uncle gedek said...

TQ sharing

Cik Ecah said...

sharing is loving~~~~

Alhamdulillah peringatan..w/pun dah bc kat harian metro..;p

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Thx for sharing..

kurus said...

gud info dik .. thanx sharing :)

jeBateja said...

ooo...kita ada masalah gak ni....kita berhutang bayar saman speed trap....wajip ke saya bayar,...?


ahakz

puteri ain said...

great entry kak :)

Softtouch [Hanim] said...

gud info wahida..skrg ni maksiat n znia makin berleluasa..moga anak2 kita n keturunan kita hindarlah zina ini...

Bunga said...

bagus kak..bunga suka entri cam ni..cz leh tambah ilmu..:)

syufaa said...

suka baca info ni..
sgt3 berguna..
mekacehh! ^_^

rasp said...

thanx for sharing this info....

mummysyafie said...

thanks for sharing wai..

SangRatoo said...

i "LIKE" this entry :)

intan morsalin said...

good n3....sonok baca soal jawab agama ni...

Anonymous said...

suke info ni

Blogger said...

Bagus entri ni terutama soalan pertama tu. Zaman sekarang ni macam susah nak cari manusia yang suci dari mukaddimah zina ni. Kebanyakannya hanya hipokrit semata-mata. Semoga semua kita diberi hidayah oleh Allah.

qemaishak said...

Baca sambil angguk2..bagus info ni kak..