nuffnang advert

Wednesday, June 1, 2011

rambut berwarna, solat zuhur dan upah kerja....

Ragu wuduk rambut berwarna


Beberapa bulan lalu, saya mewarnakan rambut di sebuah salun. Kini rambut saya masih berwarna kuning tetapi sudah memotongnya.
Saya mahu melakukan solat tetapi musykil kerana rakan saya mengatakan pewarna digunakan itu menghalang air wuduk daripada membasahinya.
Minta pendapat Datuk dalam masalah ini supaya saya lebih yakin mengerjakan solat.





Jawapan:
Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan daripada kecantikan dan ia selaras dengan sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan.”

Ulama sudah berbincang dan mengatakan, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna itu tidak mengandungi bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Sebaik-baiknya, guna pewarna jenis inai kerana ia adalah sunnah. Jika selain inai, ia harus dan boleh dibawa solat dengan syarat ia pewarna suci dan halal serta bukan daripada jenis kekal.

Tujuannya juga jelas kerana ia menjurus kepada perkara yang harus dan bukan membawa maksiat selain tidak menggunakan bahan yang boleh memudaratkan.



Wanita solat Zuhur ketika Jumaat



Bilakah waktu sesuai bagi golongan wanita mengerjakan solat Zuhur pada Jumaat?
Ada kemusykilan yang mana sesetengah pihak mengatakan, wanita hanya boleh menunaikan solat Zuhur selepas selesai solat Jumaat.
Adakah mereka benar? 





Jawapan:
Solat Jumaat diwajibkan bagi golongan lelaki manakala wanita boleh menunaikan solat Zuhur pada Jumaat apabila masuk waktu Zuhur.

Bagaimanapun, jika rumahnya atau dia berada berhampiran masjid, eloklah menghormati khutbah dan mendengarnya terlebih dulu, kemudian tunaikan solat selepas khutbah selesai.



Upah kerja bersama ayah



Saya bekerja sebagai juruwang di restoran milik ayah tetapi sepanjang bekerja, saya tidak diberi gaji atas alasan perniagaan itu milik keluarga dan segala makan minum sudah dikira upah.
Tanpa pengetahuan ayah, setiap hari saya mengambil sedikit wang dengan niat ingin membuat sedikit simpanan dan bukan untuk mencuri. Adakah perbuatan saya dikira mencuri dan apakah hukumnya? Saya juga ingin membeli barang keperluan dan menyimpan untuk masa depan. Mohon penjelasan.





Jawapan:
Seorang ayah wajib memberi nafkah kepada anaknya sehingga dewasa dan mampu berdikari. Bila seorang anak bekerja dengan ayahnya, dia juga adalah pekerja yang wajib menerima layanan dan hak sebagai pekerja.

Antara hak pekerja yang digariskan Islam ialah membayar gaji sebelum peluhnya kering iaitu memberikan hak dan ganjaran kerjanya.

Ayah wajib membayar gaji walaupun yang bekerja itu anaknya. Anak pula tidak boleh mencuri dan mengambil wang milik ayah tanpa pengetahuan atau izin beliau. Sebaiknya dalam hal ini, ayah perlu memahami garis panduan pekerja dan anak.



p/s: mulai hari ini, setiap hari Rabu, sumber email akan dihentikan...setiap hari Rabu saja yer...ini utk memberi laluan soal jawab agama lak...tak nak la asyik email merapu je kan, aku pun dah makin tua...hahaha....sesekali, letak soal jawab bersama Dato Masyitah apa salahnya kan...peringatan utk aku jugak tu....harap korang pun okey la...


sumber: harian metro

37 comments:

NM02 said...

aku ok je... nnt kau pilih la hari yang sesuai, selit gosip artis plak. ahakssss

wida said...

ok i likeee...

bonda dadif aka akish said...

vaviiii....kelasss...

=)

::FAIZ FARISH:: said...

nice n good info

cheqna said...

bagus gak kak macam ni..thanks ye
sharing is caring

♥Mrs.Eady♥ said...

okies..ku tggu tiap hari rabu tau :)

ainhany said...

bguslah utk direnung dan jadikan iktibar...

cuma jawapan tentang mewarnakan rambut tu masih kurang jelas..kenapa dia tak mngatakan haram sahja kecuali inai dan beberapa jenis yang ketentuan halalnya..Moralnya tak perlu mewrnakan rambut kerana ia mndatangkan mudharat untuk mandi wajib khususnya..kunci ibadat adalah kesuciann....nauzubillah..:(

Kakzakie said...

Carilah jalan untuk sentiasa menjadi yg terbaik buat diri kita....

redza said...

alhamdulillah

kasihredha said...

semoga bermanafaat unk semua...tq wahida...love you

sha a.s said...

gud info..kalau dah ko ade idea cmtu,boleh dimanfaatkan utk semua..gud job!

sarah-najwan said...

wow..mcm ada segmen pulak..bagus2..
sekurang2nya boleh dpt info kat sini..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

bagus gaklah kongsi info yg bermanfaat utk semua..TQ..

fazilzura said...

thanks for info

chichi said...

terima kasih kak wahida..sudi share info berguna..

Muslimah Kota Cinta said...

aku sokong!!
sharing is caring

Maya Mayana said...

Emm bagus la tu...yana pun semakin tua jugak ni..sharing is caring..kita ni perlukan mknan rohani jugak kan wida?

qemaishak said...

Okey je kak sekurang-kurangnya dapat pahala kongsi ilmu agama kan..good job:)

Ija Zambry said...

beb, leh tengok my entri baru on how to follow memfollow tanpa kotak follower ;-)

http://ijazambry.blogspot.com/2011/06/nak-follow-tapi-kotak-follower-takde.html

Mamamya said...

terbaekkkk.... biarlah hal dunia n akhirat kita seimbangkan....

sharing is caring....

ieda said...

ok je dik ..
thanx sudi share info2 menarik nie :)

lydzar said...

bagus gak idea ni. sesekali mmg nk kena jamu minda dan diri kita dgn makanan ibadah macam ni :)

Cikgu Nurin said...

Great idea dik....sesekali jiwa kena cuci dengan benda benda macam ni...teruskan, teruskan.....:D

miss Fyqa said...

nice kak , at least boleh kongsi ilmu bersama-sama :)

hani@debumelukut said...

good information

sya hassan said...

tenks 4 sharing.. bru taw hukum mewarna rambut tue harus :)

munna said...

bagus juga segmen ni.....

MindaMalay said...

info yang bagus.... terima kasih...

mrsharis said...

wahidah..ko tolong g blog aku baca & komen kt blog makcik sial tuh..aku marah giler ni..

gedek! said...

Tengkiu sharing...!

rasp said...

very very gud info nie...thx for sharing!

My Little Diary said...

bagus2... satu usaha yang begitu murni wida... teruskan... :)

bunga said...

bagus entri ni..banyak yang bunga apat ilmu..tq cym//hehe

nurkass said...

thanks dear..
n3 yg sgt bagus nih..kredit tuk ko..

mummysyafie said...

thanks for sharing dear..

amirah said...

kalau seminggu tu tulis mcm2 pun best gak kan..sehari pasal mkanan, sehari lagi agama, sehari lagi email merapu..hehe

Dilla Ady said...

ohhh..bagus perkongsian nih..thanks wahida!