nuffnang advert

Friday, November 13, 2015

Tersinggung


Assalamualaikum semua...


It is funny how kids are way mature to understand sometimes people hurt you unintentionally and how easy it is to start over in friendship.

Betapa bertuahnya anak anak kecil yang masih tidak mengerti makna dengki dan tersinggung hati,
Tidak peduli perlunya cemburu dan iri.

Kita?

Orang tersalah cakap dengan kita, sampai dia ada anak tiga pun kita ingat.
Orang kecilkan hati kita, sampai dia dah meninggal pun, nak maafkan tak larat.

Anak anak lebih tahu betapa ruginya bermusuh.
Tak dapat main main,
Tak dapat ketawa ketawa,
Tak dapat buat semua benda yang kita biasa buat masa kita bersama.

Padanlah anak anak kita ada fast lane masuk syurga.
Kita ni, makin tua, makin banyak dosa.
Kita rasa makin lama hidup, makin banyak tahu.

Kita selalu lupa,
Banyak tak menjanjikan apa melainkan kuantiti.
Hidup seribu tahun tak jadi apa kalau tak ada kualiti.


Kredit: Instagram Fynn Jamal.


#muhasabahdiri

9 comments:

akubiomed said...

Budak-budak tidak cepat melatah dan mudah berbaik. Berbanding orang dewasa ambil masa untuk kendurkan semula dan ada yang langsung tidak mahu beralah langsung atau memaafkan langsung.

Kakzakie said...

Itulah hakikatnya. Yg belum matang tapi lebih beruntung berbanding kita yg matang ni tapi selalu rugi..

Nurzakiah Hanum said...

ini la hakikat kan

tiga lalat said...

salam jumat ., insaf mak kanns

norhidana miswan said...

aah kan kak... bdk2 mana reti nk tersinggung terasa bagai... gaduh la mcmne time main ok je.... kite nih sentap trs jd musuh huhuhu

Lea Ismail said...

kita org tua ni simpan dalam. dah lama-lama simpan takut meletup je tu

Hanis Azla said...

As-salam wahida..

Betullah.. walaupun dah berumur, kita sendiri masih tidak matang dalam kehidupan.. Benarlah, umur bukan ukuran kematangan.. TQ untuk perkongsian yg baik ni..

idzwa kamaruddin said...

thanks for sharing ni

Eye_nee said...

utk diri akk ni sis...yg selalu sgt susah nak memaafkan...