nuffnang advert

Friday, January 23, 2015

Rambut Zamani Slam

Assalamualaikum semua...

rasanya satu Malaysia dah tahu pasal penangkapan Zamani Slam,
aku tak nak komen pasal tersebarnya video dia menyanyi dalam keadaan bergari,
aku cuma nak bagitau aku minat giler kat dia!!

sumpah sedih bila dia end up life dia dengan najis dadah ni,
dulu lagi sebenarnya aku dah syak dia ni ada amek barang sebab tengok dari fizikal dia,
dan kegagalannya dalam memberi komitmen dalam banyak event,
sampai reporters pun merajuk dengan dia ni,
dan bila betul urine test dia positive dadah,
huwaaaaa sedihnya...

dulu masa zaman aku sekolah sampai lah ke zaman UiTM,
sungguh aku minat giler dengan dia ni,
siap bergaduh dengan sorang roommate UiTM,
bergaduh rebutkan si Zamani ni..wakakaka...
sebab dia pun sibuk minat jugak kat Zamani,
apalagi peperangan pun dilancarkan lah...
sampai baling2 bantal berebutkan mamat sorang ni...muahahaha...
hadoiii, kenangan sungguh...

lagu2 dia semua killer song,
banyak lagu2 dia yang aku minat dan aku hafal,
aku siap beli kaset dia dulu tau,
dan paling terkesan dalam hati aku sampai sekarang lagu 'Kembali Terjalin',
aku minat giler dengan lagu tu.

lagi satu aku ni dulu masa zaman muda remaja,
aku punya taste minat kat lelaki rambut panjang,
tapi rambut panjang yg cecah bahu je la,
lebih dari tu, aku tak minat...
dan yang penting aku minat rambut panjang lurus kemas macam Zamani ni,
rambut panjang kerinting aku tak layan ye...ekekek...
aku tak minat rambut panjang macam rockers lain tu,
dorang tu kadang aku rasa macam rambut tak bersyampoo je..hahaha..
pastu bertambah jatuh cinta bila Zamani ikat rambut dia,
hadoiiii, sumpah admire dengan rambut dia ni...
dan lagi satu kalau korang perasan,
Zamani ni kalau menyanyi dia suka main gigi dia kan...
alahai...aura Zamani ni sampai sekarang takde siapa boleh lawan...

dan sampai sekarang pun dia masih mengekalkan imej rambut cantik dia tu,
sampai sekarang pun suara dia maintain sedap dan lemak merdu gitu.

dia sangat berbakat, suaranya sedap,
lagu2 yang dia nyanyi semuanya meletup,
tapi sayang seribu kali sayang,
dia pilih jalan ni,
takpelah, kita doakan je yang baik2 untuk dia,
semoga ada sinar harapan untuk dia..

Zamani, saya akan tetap minat awak sampai bila2!!
I am your big fan, Zamani!
Be strong.

29 comments:

Fiza Rahman said...

Tak tau pon pasal video tu. Tapi aku suka lagi2 Slam...best. Sayang kan sebab amik benda tu.

Anonymous said...

Tak minat Slam or Zamani tapi jatuh cinta dgn lagu Kurnia.

Banyak jalan lain, kenapalah jalan ni juga yang dipilih. Kalau dia pilih jalan yang betul, mesti dia famous sampai skrg sbb suara dia memang sedap didengar.

-Dakpink-

Liyana said...

kesian kan... suara sedap2 tp end up mcm nih sob sob

.:Yana:. said...

sayang seribu kali sayang..
suara sedap tp pilih jalan yg tak berapa bijak..
hhmm..

wahida said...

dakpink: lagu Kurnia pun aku minat..tu lagu dari first album dia tu...eh, semua lagu dia aku minat la heh...hehe...

fatin said...

peminat zamani ye..

AnneRaini said...

tu lah nok.. sygkan. aku pun sedih tgk die mcm tu. WAlaupun sbnrnya dah lama tau die amik dadah.

Izwa Kamaruddin said...

err...tak pernah minat dia..ntah kenapa ntah..

SangRatoo said...

noks..huhuh aku pon minat dgn dia noks..siap ada buku lagu..semua gambar² dia dgn slam..mungkin kite akan baling bantal bertiga dgn kawan ko masa tu..hihihi..tapi tula..salah tetap salah.kite pun bukan manusia sempurna.moga dia berubah.insyaAllah.

eima said...

X penah minat ..haha sbb aku ni kan pelik sikit ..x minat lagu2 ni tp aku die mmg top dulu2..lagu jiwang abis .....haha

Tp aku doakan yg terbaik utk die ....semoga dpt bebas dr najis dadah dan trskan kehidupan spt biasa ...lg pun zaman 80 -90 an mmg aetis byk terlibat dgn dadah..mungkin time tu kesedaran terhadap bahaya dadah xde lg

wahida said...

sangratoo: kahkah...kau pun minat kat dia eh? ko tunggu aku naik tingkat 13 jap lagi, aku baling bantal kat ko...hahaha...

JunAina said...

Peminat tegar nih...Akak tengok semalm gila kurus dia. Lengan kecik je tinggal tulang, kata adik berat badan dia cuma 40kg. Apapun moga dia insaf dan berubah.

safurara said...

salah dia sbb bergelumang, tp salah polis sbb buat video tu.mmg sedih.sedih gila.dan kesian.tapiiii~ hmm xtau nk ckp cane.

amirah said...

kan...suara sedap tp sayangnya dia pilih jalan cenggini pulak...

akubiomed said...

Baru tahu video aib beliau. Simpati apa yang berlaku kepada beliau.

sw33tdarling said...

kau boleh join cousin aku pun minat giler2 kat zamani. semua kaset zamani dia ada (dulu kan zaman kaset). skang dah kawen dah ada anak pun duk sebut zamani2 sampai kena marah dengan laki dlm group wassap hahaha

eMMe said...

Kak Ida, saya ni seorang yg sentiasa positif, saya fikir Zamani ni ada penyakit, mmg tak syak pun dia ni terjebak dgn najis Dadah... huhuu.. saya pun minat Zamani kak, zaman slam dulu, lagi la... suke dgr lagu2 dia..best kan kak..tapi frust juga bile terbukti dia ketagih dadah, kurus bebenor kan kak..huhuhuhu...

Siti Sharini said...

kesian..saya tak suka betul orang yg suka viralkan benda2 yg mengaibkan..hari ni hari dia..entah esok lusa Allah buka aib kita pula..semoga dia kembali pulih

Dr K said...

Aku rasa lah kan, artis2 di Malaysia ni mmg perlu di bantu secara professional...dah jadi serupa macam artis Hollywood...ramai yg kawin cerai berai, ramai yang ambik dadah...Lepas sorang, sorang media dedahkan..

Ye lah...kita doakan moga zamani dan mana mana retis yg terjebak tu, kembali ke pangkal jalan...jadi manusia yg bermanfaat

aLyNnZ said...

sama lar kite minat sgt ngan zamani slam..harap dia cepat pulih dari terus amik benda alah tuu..sedih tgk video yg jadi viral skrg nie..mmg tak patut dia pun ada perasaan jugak..

Nieda Ramly said...

kesian dia, tak patut betul buat mcm tu.
pernah terjumpa dgn zamani di pesta penang 3,4 tahun dulu. makan di gerai yg sama.....

Nieda Ramly said...

kesian dia, tak patut betul buat mcm tu.
pernah terjumpa dgn zamani di pesta penang 3,4 tahun dulu. makan di gerai yg sama.....

Hudalatip said...

Aku pun big fan dia ok...Sangat..sangat..Kita geng la

Unknown said...

kaknoor pun sedih jugak baca kisah zamani ni, kesian lah dia di malu kan macam tu, mudahan lepas ni dia akan sedar dan tak mau lagi benda2 tu semua..

:: CIKVIVA :: said...

kami pun peminat zamani..sama lah siap gaduh ng mber skolah. Sedih bila tengok org dah viralkan vdeo aritu tu...dia pun nak berubah pun dah susah kot, sebab dah sebati ng diri..huhu

NM03 said...

setakat ni, aku tak penah dgr lagi suara yang seakan zamani... betul tak?

Anonymous said...

Siti perampas suami org tu tak layak dgn Zamani si baik hati....

Anonymous said...

Zamani mmg istimewa terutama dikalangan wanita...lawaknya sampai kena marah ngan suami..mungkin perwatakan yg lembut...

roszana said...

zamani ni nampak baik org nye..masa persembahan klu bercakap ngan fans lembut je