nuffnang advert

Monday, May 19, 2014

Snowflake, Kota Damansara

Assalamualaikum semua...
cuti Labour Day 1 May lepas aku ajak family pekena Snowflake
macam biasa lah, pekena dah lama baru nak update....ekekek...

sebenarnya sumpah aku tak tahu pun Snowflake ni menatang apa...
tapi bila ada antara Geng Pelangi up kat group whatsapp pasal kehebatan Snowflake ni, aku pun teruja la nak tahu, teruja jugak nak try
macam aku cakap sebelum ni lah, aku ni mana boleh orang cakap sedap, harus lah nak terjah jugak
aku tanya ngan Ieda Pepel dan Ayumie yang selalu terjah snowflake ni, tanya snowflake ni menatang apa... oh rupanya dia adalah dessert...
aku ni serba ketinggalan ke hapa ni, semua serba tak tahu...kahkah...
macam duduk kat gua mana je...

antara menu femes di Snowflake
nampak tak ada menu kat situ yang tulis best seller tu
hubby try yang tu, nnt aku tunjuk gambar ye
Snowflake ni adalah dessert dari Taiwan ye kawan2...
knowing me, aku ni bukan lah penggemar makanan Jepun, Korea atau Taiwan
memang tahap tak boleh telan makanan dorang ni
tapi kalau setakat nak makan dessert dorang, aku boleh cuba la...

 dah order kat kaunter, dah bayar, dorang akan bagi korang benda alah ni
bila menu korang dah siap, benda alah ni akan vibrate dan flashing
so, korang kena amek menu korang tu kat kaunter

 ni sementara tunggu menu siap

 yeayyyyy, menu dah siap
ni menu anak2
anak2 order Mango Sensation, rm12.90
sedap, aku suka, abang pun suka
dessert Taiwan ni senang cakap macam ABC kita lah...

yang ni lah menu best seller tu
nama dia Black Silk, rm8.90
datang dengan hot atau cold, hubby pilih cold
tapi serius aku cakap menu ni TAK sedap
tapi sebab dia tulis best seller, kami teruja lah nak rasa
tapi aku tengok si adik suka lak menu yang ni daripada mango sensation tadi

ha...yang ni menu aku
nama dia Japan Combo, rm6.90
sebelum masuk Snowflake ni gigih aku call si Ieda Pepel, tanya menu apa yang dia selalu order 
dia cakap dia selalu makan Japan Combo, so, aku pun try la yang ni
sedappppppppp, aku suka sangatttttt
sedap sebab dia ada rasa soya, i is penggemar soya tegar, so, memang best la
kalau hubby dan abang, dorang tak minum soya, so dorang ckp menu aku ni tak best...hahaha...

 3 hero, InsyaAllah awal Julai nanti menyusul lagi sorang hero, hehe...

 wow, teruja akhirnya dapat merasai Snowflake setelah sekian lama Geng Pelangi duk citer pasal Snowflake
ni...

 ni lah menu best seller tadi
bila dah gaul2 mcm ni, laki aku cakap dah macam makan lumpur pulak...muahahaha
kami pun pelik kenapa menu ni boleh jadi best seller, padahal kami rasa tak sedap pun...
mungkin orang2 Taiwan suka kot...

 tengs to hubby yang sanggup layan bini dia ni yg kuat makan, kehkeh
padahal hubby tak gemar dengan Snowflake ni

penghibur hati mama...
abang dengan adik minggu ni ada exam
harap2 abang dengan adik boleh jawab la ye sayang
mama dengan daddy sentiasa doakan yang terbaik utk anak2 mama...
terima kasih temankan mama makan Snowflake



pada korang yang nak terjah Snowflake ni, ni details dia:

Isnin - Jumaat : dibuka dari jam 2ptg - 11 mlm
Sabtu - Ahad : dibuka dari jam 1ptg - 12 mlm


korang boleh klik website dia utk tahu kat mana branch dia, yang aku pegi ni kat Kota Damansara tau...
eiiii, rasa nak pekena balik Japan Combo tu, sedapnya la hai...

21 comments:

Fazleyatul Aini said...

kalau kat melaka, lebih kurang Justberry la

MsBabble said...

da nampak ketembaman ibu mengandung..

masa mengandung ni la boleh makan memacam tanpa perasaan bersalah takut gemuk kan

Tie HT said...

akak nampak yang mangga tu macam sedap kan..
:)

NM03 said...

belanja aku jah!

eima said...

mkn puas2 b4 branak .... pas branak nk kena pantang setahun ais ye ....

Izwa Kamaruddin said...

err...cendol tepi jln ke batu caves tu lagi sedap kot..kekekke..kata orgyg x gemarrr mkn benda nie..cisss..

MummyAyu said...

yummm...yummm....lamanya xmkn snowflakes....harus kena pi mkn weekend ni....

Dee said...

Soya? X minat gak..tp nak cuba mango sensation tu..

Umie Nadhirah said...

last makan dekat bukit bintang tahun 2012.. lama tak? hehe

Hudalatip said...

Kau nampak cantik dan flawless laa

Anonymous said...

a ah yang best seller tu memang macam mud pie dah kikiki.. masker muka pun ya..

Izzati Amira said...

wahhh. sedapnyaaa... harga pun macam berpatutan aje... omnomnom

Suria Amanda said...

snowflakes ni kalau pandai pilih memang sedap..kalau pilih yang pelik2 memang payah

HeNRieTTa JoSe said...

Matik matik rietta igtkan salji ke hujan ke...hehee....rietta piwn tekak melayu hehehe.....btu gak mcm lumour gmbarnya...err best seller erk..tapi rietta piwn suka soya cam akak jugak...

norhidana said...

mcm teruja je nk cube walaupun aku nih bukan peminat sgt ais2 gini... maklum lah jenis sejuk sikit batuk2...

tp tgk terliur gk, ko makin berseri2 lah kak...

NzA said...

lama xsinggah sini. tup2 dah nk keluar org baru. TAHNIAH wahida...moga dipermudahkan.

CaDLyNN said...

Awal july kak? Kite middle july...hehehe
sedap ek snowflake..xpenah try...

syahassan said...

akak mmg sengaja kasi sy terliur.. glurpp..sdap oii.. eh jap.. akak bertambah berseri yaa ampunn.. :D

Chot said...

alamak,mcm pelik je bendanya..bole ke lalu kat tekak melayu den ni haa...huhuh

Eye_nee said...

Akk bende2 pelik ni...mcm lebih kurang TAK PAYAH lah nk try...susah naa nak pujuk tekak melayu asli akk ko ni beb...

pB said...

sorry ..

nak tanya ...

halal ker?