nuffnang advert

Friday, May 16, 2014

Nasib baik aku reject jadi cikgu

Assalamualaikum semua...


Penghujung tahun 1997
Selepas mendapat keputusan SPM
Dengan berbekalkan keputusan Pangkat 1 Aggregat 17
Gigih apply sana sini
Isi borang nak masuk universiti
Sangat sangat target nak masuk ITM
Dalam masa yang sama isi jugak borang maktab
Standby takut universiti tak panggil
So, aku apply sekali maktab

Tak lama kemudian
Surat menghadiri ujian bertulis maktab sampai
Berjaya melepasi ujian tersebut
Seterusnya dipanggil pulak untuk temuduga maktab

Mei 1998,
Tawaran dari ITM pun tiba
Meloncat kegembiraan
Dapat pulak kursus yang aku suka

Di waktu sesi orientasi ITM
Mak cakap surat tawaran dari maktab pulak sampai
Terkejut gila dapat tawaran maktab
Hahaha
Dapat pulak melanjutkan pelajaran di maktab Terengganu
Terus cakap kat mak
'Tak nak lah maktab, tak minat jadi cikgu'
'Along dah suka ITM'
Mak tanya, dah tak minat jadi cikgu, kenapa apply maktab
Kenapa beriya hadiri ujian bertulis dan interview
Aku dengan selamba jawab, takut ITM tak lepas
Kalau ITM tak panggil, baru pergi maktab tu
Iya, sesungguhnya menjadi cikgu bukan keutamaan aku

Sampai sekarang pun aku rasa aku memang tak layak
Tak layak bergelar seorang guru
Nasib baik aku reject tawaran maktab tu
Kalau tak, memang stress anak murid aku
Nakal sikit, rasa rasanya mesti aku bagi penampar buaya
Kahkah
Sebab aku ni jenis bad temper, garang
Agak agaknya mesti hari hari ada je parents datang serang aku

Dengan anak sendiri pun
Kalau sekali aku ajar anak2 tak faham
Mulalah angin aku naik sampai kepala
Kalau tak boleh nak ajar, aku pass je kat hubby
Memang jenis tak tahan sabar

Tapi aku sangat respek pada sesiapa yang bergelar guru
Tak kira lah anda guru subjek apa sekali pun
Ilmu yang disebarkan itu besar pahalanya



Kepada semua guru, trainer, lecturer, professor, ustaz, ustazah atau apa saja gelaran anda
Teruskan memberi ilmu tanpa jemu
Selamat Hari Guru

Sesungguhnya Allah dan seluruh MalaikatNYa
Serta penghuni langit dan bumi
Sehingga semut yang ada di dalam liangnya
Semuanya memohon kerahmatan 
Ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia

Hadis Riwayat At Tirmizi

18 comments:

NM03 said...

aku penah jadi ajar mengaji budak2... kira cekgu la kan. hehehehe

wahida said...

NM03: haha...aku pun pernah jah...ajar anak org mengaji...tapi budak2 adalah sgt takut dgn aku...hahaha...ada yg belajar sehari je, terus tak datang dah...kahkah...

anyway, selamat hari guru jugak lah utk ko dan aku...ekekek...

nazayiena said...

Memang kerjaya guru tu memerlukan seorang yg byk sabar klu berdepan dgn pelajar2 yg bermasalah....apa2 pun selamat hari guru buat smua insan yg bergelar guru.

eMMe said...

Salam Sis Ida, saya pun penah aply jadi cikgu, tapi gagal pas gi interview cikgu, tak mudah keje sebagai guru...

Selamat Hari Guru... Kak Ida kan Guru di Blog ini... heeee~

Izwa Kamaruddin said...

hahaha..ko sama dgn aku!tak boleh mengajarrr....garang gilaaaa!

CintaZulaikha said...

hohohooh, samalah kitaaa...:)

Eye_nee said...

Ajar Yana kat rumah pun airmta Yana dah melaju jer turunnya..mmg tak lah nak jd guru..Dulu pun akk pernah Apply maktab sis..tak lulus exam...dulu2 jd cikgu org pandang..Mak akk lah berhiya-hiya suh apply...

Umie Nadhirah said...

saya mengajar kawan saya pun saya senang naik angin,
inikan budak2..


selamat hari guru.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sgt respect! sbb diorg buleh b'tahan dgn kerenah students yg macam2.

Mila@Rimbun said...

pernah jadi cikgu ganti kat sekolah rendah.. tobat takmo dah hihihi.. memang mulia tugas seorang guru niii

eima said...

Ai penah guru ganti dulu kat sek rendah abim kuantan....

tp ai is x minat jd guru sbb aku cam ko tak penyabar

HeNRieTTa JoSe said...

Garang erk...tapi tgk rupa sweet aje...hehehe...manis kata org....

akubiomed said...

Kurang berminat menjadi pendidik tetapi ditempat kerja menjadi tenaga pengajar pelatih. Tak boleh hendak tolak. :-)

Amie said...

Adakalanya ketika stres terlintas di kepala.. aku ini salah pilih opsyen! Anak-anak tak seorang pun bercita-cita nak jadi cikgu... kata anak sulung, saya sengsara jadi anak cikgu!

Izzati Amira said...

saya pun rasa saya ni tak layak jadi cikgu.. hehe.. baran katanya.. haha

AzianKhalil said...

4 kali ambil Mtest...failed. .nampak sgt tidak layak menjadi guru...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

aku dapat maktab sri pinang, penang, cikgu sains dan matematik, tak gi sebab dapat ITM jugak.. memang allah tak gerakkan hati aku kesana kot, ajar anak2 pun leh bertukar jd incredible hulk, ni kan nak jadi cikgu yang penuh kelembutan, kesian anak org nanti..

emarieys said...

pernah jadi guru ganti selama dua bulan..mengajar budak sekolah rendah jer...memang peel macam-macam...