nuffnang advert

Friday, May 2, 2014

KL Engineering Science Fair, Pusat Sains Negara

Assalamualaikum semua...
Sabtu lepas bersamaan 25/04/2014 kami anak beranak pergi ke Pusat Sains Negara kat Bukit Kiara tu...
Pusat Sains ada buat event 'Kuala Lumpur Engineering Science Fair', so moh la kita serbu..

ni kali kedua aku masuk Pusat Sains Negara ni, first time dulu masuk masa ada buat pameran Dinosour kat sini, tahun lepas...
ya ampunnn...Pusat Sains bila buat event besar macam ni, mmg azab la nak carik parking bagai...
tapi demi anak2, bertabah je la mengharungi nak carik parking...

 tengok dulu ikan2 yg ada kat dalam ni...


 ada banyak booth buat pameran sains

 anak2 berinteraksi dengan patung bergerak dlm kubah tu..


 tengok robot pulak


 masuk tengok dorang buat eksperimen pulak

 nak tengok apa jadik bila yis bertindak dengan glucose

 ralit kami anak beranak tengok...
dah lama tak buat eksperimen mcm ni kan...last buat masa zaman sekolah menengah dulu...hahaha...

 nak tengok apa jadi bila yis bercampur dengan air ribena...

 pas tu kami masuk tengok magic sains pulak kat auditorium..

 sambil tunggu magic sains show start, baik aku layan henfon dulu...tengok apa yang patut...ekekek...

 kat luar dengar hujan lebat...kat dalam pusat sains ni pulak sana sini leaking weh...
sabo je la...

pas tu playground dlm pusat sains ni bukan main ramai lagi...
tunggu jugak la anak2 main sekejap kat sini...


honestly speaking, mmg aku ni tak minat masuk tempat macam ni
aku bukan peminat sains, sbb tu aku takde feel nak amek gambo sgt
gambar yg ada ni pun sekadar buat kenangan je la
tapi aku gigih datang sebab nak pupuk cintakan sains pada anak2
tapiiiiii
kami perasan
anak aku si abang tu pun tak minat sains
huwaaaaaaa
aku nampak dia cenderung dengan sejarah
kalau ada subjek sejarah atau cerita tentang sejarah kat tv mmg dia boleh layan
dan dia suka bertanya tentang sejarah lama2 kat daddy dia

hrrrmmmm, takpe la, slow slow
tak nak desak sangat
yang pasti abang mmg cenderung ke arah sejarah
kalau masuk muzium mmg dia minat la
masuk Pusat Sains ni, nampak dia tak hepi sgt
huhu

balik dari Pusat Sains ni, terus serbu Pizza Hut
sbb kat tiket Pusat Sains ni ada voucher Pizza Hut
harus lah serbu...ekekek

8 comments:

Tihara said...

mujur dapat voucher pizza tu
berbaloi jugak walau dia tak minat
btw minat boleh dipupuk lagi tu :)

Bitt (double IS) said...

sekali singgah..
besar dah perut ko kak....dah berapa bulan?

kadang2 anak2 ni macam2 ragam...hehehe entri aku plak anak tak minat tengok ikan...agagaggagaa adoiii la haiiii

wahida said...

bitt: dah 7 bulan setengah dah nok...heheh...

eima said...

haaaaaaaaaaaaaaa sama la kite ..aku pun tak leh lyn ... rasa penat gile wlupun anak2 kemain hepi ..
sedangkan kat sekolah dulu subjek paling aku suka sains ...mmg boleh score la ... dpt 1

Fazleyatul Aini said...

saya pun tak minat sains hehe

*∽ IZAN ∽* said...

alaa dah lepas ehhh.. camne leh termiss ni... langsung tak tau. memang berbaloi bawak budak2 gi tempat2 macam tuu.. seronok depaaa

JunAina said...

Kalau abang minat sejarah kita galakkan je Wahida tak apa sebab Sejarah pun ada bidang2 yang tersendiri boleh diceburi.

Makcik Anak 3 said...

menarik nyer...