nuffnang advert

Monday, April 28, 2014

!!!

Assalamualaikum semua...


Pagi ni mood tak berapa best
Takde kena mengena dengan monday blues
Masuk je keje dah ada staff buat hal
Benda basic, benda simple pun tak boleh nak fikir
Benda yang sepatutnya mudah, dirumitkan
Grrrrrr
Nak marah dah tua, dah veteran pun
Nak bebel, kang sentap pulak
Bawak bersabar je la
Tapi dalam pada nak bawak bersabar tu
Ter'sound' jugak staff tu
Tertinggi suara, terkasar bahasa
Aku ni pulak kalau dah datang kepala angin, baran aku
Aku bukan kira ada orang sekeliling ke tak
Huhu
Dah lepas marah, baru menyesal
Rasa aku, aku dah lama tak moody macam ni
Sepanjang preggy kali ni, aku rasa aku lebih cool
Tapi entah la pagi ni
Hati mudah benar terbakar

Hadap pulak dengan security guard sebelah aku ni yang semacam perangai
Hadoi
Nak cerita banyak pun, buat sakit hati jer
Memang kena bawak bertabah je la
Muka kelat kena jugak la bawak2 senyum
Kang visitors meluat tengok aku, huhu

Macam tu lah keje berhadapan dengan pelanggan
Muka kena sentiasa senyum
Walau hati sebenarnya tengah sakit
Walau dalam otak macam2 tengah fikir
Kadang2 aku rasa macam hipokrit pun ada, kehkeh
Takpe, kang tengahari ada kelas mengaji
Harap2 lepas baca Quran boleh turn down kan mood aku yg spoil ni

Fuhhh....
Dah lepas geram dalam blog sendiri
Lega sikit
Hehe
Ok lah, nak gi baca gosip artis jap, muahahaha

15 comments:

Puan Awin said...

wahai ibu mengandung, sila kawal kemarahan anda ;)

Fiza Rahman said...

Sabar...istighfar bebanyak ☺

Mummydearie said...

At least, 'angin' dah redha oklah. Pergilah baca gosip artis tu dulu :)

Cik Lily Putih said...

ermm bersabo sket... pi baca gossip tu ek

Kniedaz said...

bila dah lepas mesti rasa lega tp rasa bersalah plak termarah...

Fazleyatul Aini said...

sabo sabo

Eye_nee said...

Dah tak tahan sabar yer..tertinggi suara sekali...harap2 dia faham kamu tak berniat pun nak buat begitu...

Unknown said...

aku pun sama..jarang marah marah..tapi kalau dah ngamuk tu mmg takde toleh kiri kanan.. lepas tu baru nyesal..huhu..

eima said...

hari ni ni mulakan dgn ceria dah ptg mandom huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

norhidana said...

tarik napas lepas... tarik napas lepas... istigfar banyak2 kak

che mid said...

Lain kali kalau tengah marah, jangan meletop dulu, buka blog dan tulis... lepas tu baru marah semula..kalau masih marah lagi le..buleh gitu? take care dear...

JunAina said...

Tak pe dah baca gossip2 tu mesti cool...

Izwa Kamaruddin said...

senyummmmmmmmmmmmm!!

GREENJADE said...

takut nye...dia marah...hope dah cool ya Wahida..

biase le tu kdg2 angin ni dtg x tentu masa..tgh2 elok pun boleh dtg puting beliung nye..hehe

AzianKhalil said...

Emosi dipengaruhi hormon tu. ...