nuffnang advert

Thursday, April 24, 2014

Abang Jebat penipu!!

Assalamualaikum semua...

Pada peminat drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta mesti semua dah tahu kan
Yang drama kegilaan ramai tu dah pun tamat Selasa lepas
Boring sebab malam2 ku kini dah tak dpt tgk lagi aksi2 gedik Mastura pada Jebat

Ok, bukan itu yang aku nak cerita
Nak cerita aku kena tipu dengan Abang Jebat tu
Mati2 aku ingat dia dah mati
Aku ni dah la tak baca novel dia
Cuma dengar mek jah ckp Jebat tak mati
Ok, aku pun set lah mind aku yg Jebat tak mati
Tapi bila si Iqram Dinzly yg hensem tu siap mintak maaf kat Jebat
Pasal dia sibuk rebutkan Mastura dan akhirnya itu cuma bayangan dia sahaja
Aku mula terdetik, entah entah memang Jebat mati
Aku fikir cerita ni mungkin diolah dari novel asal
Kemungkinan Jebat mati makin dikuatkan bila Mastura baca diari Jebat

Masa Mastura baca diari Jebat tu
Sumpah aku nangis teresak esak
Huwaaaaaa sedih okayyyyy
Mula2 tahan je tak nak nangis
Sebab hubby ada kat sebelah masa tu
Tapi makin lama Mastura baca diari yang panjang lebar tu
Aku memang tak boleh control dah
Berjurai jurai jugak air mata aku sudahnya
Korang tahu je lah aku ni
Nampak je perangai giler aku ni
Tapi dalam hati ada taman
Hati aku ni 'fragile' sangat, huhu
Dalam pada aku beriya menangis bagai nak rak tu
Siap kesat air mata dengan baju
Laki aku gelakkan aku weh
Cisssssss
Dia tengah sibuk main Candy Crush boleh berhenti main game
Sebab sibuk nak gelakkan bini dia yang tengah nangis ni
Grrrrrrrrr
Menyampahhhhhhhhhhh
Daddy jahatttt!!

Tengah menangis beriya tu, sekali Jebat pun datang peluk Mastura
Aku mula bengang,
Eh, Jebat ni mati ke tak???
Lepas tu Jebat boleh pulak cakap kat Mastura
'Kan abang dah cakap, baca diari tu bila abang dah takde nanti...'

Masa tu ko tahu apa perasaan aku??
Aku rasa nak hempuk tv aku tu
Aku siap jerit 'Cilaka ko Jebat!! Ko mainkan perasaan aku!! Buat rugi air mata aku je!!

Masa tu laki aku bertambah tambah gelakkan aku
Grrrrrrrrr, sakitnya hati aku!!

Sentap dengan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Festaim kena main macam ni dengan drama Melayu
Mentang2 la aku tak baca novel dia, huh!!

abang jebat yang halussss...
hensem dengan misai, janggut dan jambang dia tu
aku ni cair sikit dengan lelaki ada misai ngan janggut ni
rasa macho habisssss...heheh...

tapi sebab dia dah mainkan perasaan aku,
aku nak boikot Abang Jebat, muahahaha....
tapi kan
tapi kan
tapi kan

sedih kan masa Abang Jebat nak sarungkan cincin kat jari Mastura tu
tengah sakit kena tembak mcm tu, gigih Abang Jebat bertahan demi Mastura
oh man, romantik habissss




Hrmmmm, aku tunggu bila la abang jebat malaya aku tu nak sarungkan cincin utk aku pulak, ekekek...

23 comments:

Anonymous said...

hahahah .. saya pun tertipu jugak dengan si jebat .. sabor jelah ..

NM03 said...

kalu abang jebat nak kat aku... sejuta kali aku mahukan dia

halusssss!!!

norhidana said...

hahahhaah aku pun hampir tertipu kak... kt novel tulis dia tak mati tp naper time kt drama mati lak... ish2 tp nsb lah itu cume propa saja... aku siap dh nk msk tido pastu dgr edy jerit tak mati lah... sambung tgk balik hahahha

AYuNG said...

dah abis pun..
huhu...


sakit ati tgk ending cmtuh..
hehe

Alin Marlini said...

hehehehe...jebat derhaka...

Unknown said...

hahaha..
hebat sungguh penangan abg jebat nie.
pandai director buat cerita.
bikin gempak je g kubur,baca diari,
bijak permainan direktor.

Unknown said...

xpernah tgok cerita ni, baca novel pun idok..tapi budak office hari2 cerita sal ni

Fazleyatul Aini said...

cairrrrrrrrrrrrrrrrrrr tengok abang jebat !

lieyalatif said...

aku tak tgk cite ni noks...sbb waktu siaran die aku dah elok membuta kakaakakak...tapi ari tu aku layan gak episod ulangan2 yg ade...best...mmg real dieorg belakon sampai qi tu sentap makwe romantik sgt dgn jebat....

Suria Amanda said...

sib baik aku x follow...kalau x sure aku pun sakit hati nok...

Umie Nadhirah said...

semua dok update pasal jebat.. kawan laki2 pun layan citer ni.. ni yang rasa nak tgok ni hahahahaha... dah habis baru nak tgok,


kbai~

PetakBunga said...

x berapa fhm sebenarnya, sebab novel x bc..drma pun x tengok

mama maman aka yana said...

Aduh.. sy tak tgk cite tuh wahida.. tp bab nangis tuh sukar nak tolak kann.. bg kita yg jiwa sensitif nih.. kiki

Hanis Azla said...

As-salam wahida..

Ala.. akak tak tengok episod yg terakhir tu.. rugi..rugi..

Yunus Badawi said...

cakap kat abang jebat malaya awak tu jangan kedekut sangat dgn isteri ….. hehehe

JunAina said...

Ahahahaa...ko kan nok overlah tapi akka pon sama sejak dah tua2 ni air mata murah sangat.

Puan Eka said...

Masa cite tu tayang, eka kursus kat ipon. Nonhadolah esteronyer.

Sambil tu suami kat umah tengok, wasap ngan dia. Sekali dia wasap,

Jebat dah mati la yang.

sedih sangat katanya part mastura baca diari. Eka nak gelak pun tak tahu nak gelak sebab jauh kan. Hahaha tah2 suami eka nanges kot tgok cite tu

kikikiki...

Eray Majid said...

habis dah ke citer nie? suka gak tengok cerita nie. suka dah tau ending citer nie.

ain.ya.nun. said...

Thank you lah wahida, ko selalu cerita pasal cerita ni. Aku tak tengok, cuma terkadang, tengok bila time mak mentua aku layan. Tapi jalan cerita semua aku dah tau sebab kau selalu cerita. Ending pun tahu dah ni. Haha.

eima said...

seklai pun aku tak penah tgk hahahha
ko mmg lawak ..drama punya kes pun nangis .... emosi baby dlm peyut tu ..hihi

Unknown said...

wakaka.. feeling gila ko tengok ya.. sure berdekah laki ko gelakkan ko.. aku dah lama tak tengok tv.. tak tau perkembangan semasa weh.. haha

Dee said...

halussssss sgt perasaan kau nok..hahaha..tp aku tetap yakin abg jebat aku masih hidup..sbb tu aku tak nanges..hehehe..

Anonymous said...

hehehe penangan abang jebat ni !