nuffnang advert

Tuesday, October 1, 2013

Restoran Char Kuew Teow milik Serina Redzuwan

Assalamualaikum semua...
hari tu teringin giler nak makan char kuew teow...so, tanya hubby nak tak mkn kat restoran Serina Redzuwan tu, hubby kata ok, terus siapkan anak2 zassss terus pergi ke Kota Damansara...

 ni lah Restoran Char Kuew Tiow milik artis Serina Redzuwan...tak susah sebenarnya nak cari kedai dia ni...

 deco dalaman dia serba pink pepel gitu...simple but nice, i think
masa mula2 kami sampai, mcm takde org je kedai ni, sekali kami dah order bagai, penuh ko kedai ni...mana yg duduk luar lagi...
kalau nak order, sila order di kaunter dan bayar terus...nnt dorang akan hantar pesanan korang...

disebabkan kedai ni serba pink pepel, kami pun order la air yg bertemakan pink dan pepel...kahkah...
takde lah, kebetulan pulak nak minum air sirap bandung, pastu pulak aku order ribena laici...oh sedapnyaaaaaa ribena laici...so refreshing...
tapi gambar air ni blur pulak...gambar anak aku yg kat belakang pulak yg clear...ekekekek...

aku, hubby dan  abang order charkuew tiow special punya...special sbb mee lebih + telur mata + udang lebih...udang dia kecik2 je...huhu...
rasa dia? ok lah...so so je...disebabkan dia claim char kuew tiow dia 'Penang Mai', so, aku expect mcm kat Penang la sedap dia...tapi biasa2 je...bukan lah tak sedap langsung, boleh je kami mkn sampai habis, (sbb lapar time tu) tapi tu lah, tak kick sangat...susah nak ckp, korang rasa lah sendiri...eh, tapi aku tak ckp char kuew tiow dia tak sedap langsung tau, mungkin boleh improve lagi kot...wah...kelas komen aku kan, mcm komen Chef Adu pulak :)
sepinggan char kuew tiow special ni harga dia rm8.50

 yg ni adik punya, nasi goreng cina...nasi goreng dia sedap!!
sepinggan ni harga dia rm6

 abang nak jugakkkk yg special punya...

 nasi goreng ni takde maknanya adik habis makan sensorang...ada balance, kami tapau la bwk balik, sambung mkn kat rumah... :)

pastu kami add on dengan mertabak...hrmmm...boleh la...sedap lagi mertabak kat pasar malam...hahaha....
matikla statement, fans Serina sila jgn marah...aku ckp yg benar...huahuahua...
sepinggan mertabak ni rm5


so, kalau korang nak rasa Char Kuew Tiow milik Serina Redzuwan, ni details dia:

13-G, Encorp Stand, Jalan PJU 5/20A
Dataran Sunway,
Kota Damansara,
Petaling Jaya.
03-6151 4112
012-620 4112
(sebelah dgn butik Ariani, sebaris dengan Subway dan berhadapan dgn Tune Hotel)
dibuka dari pukul 10 pagi hingga 2 pagi


korang kalau nak jumpa Serina boleh la dtg mlm sikit sbb kata staf dia, Serina selalu dtg waktu pagi dan malam...takde rezeki aku jumpa Serina...ekekek...

42 comments:

Unknown said...

hehehe..adui..takkan dia sebagai anak chef tak boleh nak hire tukang masak yg bagi kick sikit rasanya..

dear anies said...

rs2 nyer dkt dgn giant kn? merah nyer kuah char kuew teaw dia...

zmarl (ibu) said...

ada gak baca review yang kata tak sedap..nampak pon cam biasa jer..hehe

RamRamCute said...

kena tingkatkan lagi mutu rasa makanan dia...coz biasanya as selebriti orang mesti nak yang terbaik dan sedap kan wahida..tambahan father dan abg dia chef terkenal....

p/s: dh try makan dekat restoran Chef Zubir di Wangsa Melawati?

Anum said...

nampak sedap

wahida said...

ram ram cute: tak pernah try lagi kak, tapi ada jugak saya baca review restoran tu tak berapa sedap...ye ke kak?

nuyui a.k.a miss YUI said...

huhu..ok2 je ea..oklah..jnji leh telan..muahah

Adriannasyaz said...

Sya suka mkn char udang..udang je..kuewtiaw xde.hehe..

Mahal tu sepinggan..tnggu binus la bru leh g mkn..ngee

Dee said...

thanks bagi review yang jujur..saya akan cuba perbaiki..

eh..perasan pulak sarina ni kan..kahkahkah..

apapun..flavours bangsar milik abangnya Chef Riz tidak mengecewakan..cubalah nok...

sudipVSsenduk said...

merahnya warna cuka bawang utk murtabak tu.. takut mak!

attyfir said...

tengok pun mcm biasa je ..udang nya kecik..patutnya letak ler udang sederhana size ke.

tp nasi goreng adik tu ..terliur nengok..nmpk sedap..

lizz said...

semuanyer dah nampak sedap ni...tapi biasa2 jer ek..

emy said...

ada aku lalu hari tu restoren ni..ingatkan restoren orang cina..ehehhe...kalau ko cakap so so itu..meaning tak sedap sgt lah tu..heheh

norhidana said...

kalu kebetulan lalu boleh la try tp nk beria cari idak lah... sbb ko dh kata so so kan kak... heheheh

Eye_nee said...

Murtabak pasar malam lebih sedap?..Serina kena baca ni dan ambil satu step pembaharuan...tp bak kata ko kan sis...boleh lah makan sampai abis..tp time ni ko lapar sis..kalau tak lapar makne nyer tiada makne lah nak repeat lagi kan...hehehe...lain org lain tekak ek sis...

Nieda Ramly said...

ramai berniaga ...anak chef pula

amirah said...

ni yg ada masuk dalam JJCM ke..

wahida said...

amirah: ada masuk MELETOPP, JJCM aku tak sure, mcm ada jer...

Qhaifa Nur said...

ini salah tukang masak wahida....haa..
apa-apapun menarik juga..

MrJocko said...

nak pegi cuba la kalau cam ni,,,

Izwa Kamaruddin said...

Aaaaa....terliur !!

Cho Zila said...

nampak CKTtu memang tak macam CKT penang yang selalu kita makan gak.. nampak cam bandungpun ada... nak buat camnerkan... sebab kita gi nak expectation tinggi gituler jadinyer...
harap2 serina baca ni dan bolehler diperbaiki...

JunAina said...

Pelik pulak tengok Char Kueateow kaler merah biasanya warna dia cam nak gelap2 berkicap sikit.

Unknown said...

kalo udang dia besar2 mungkin nampak lagi menggiurkan kan!

tapi nasi goreng adik makan tuh aku terliur.. hehehe

Mummydearie said...

Review tak berbayar, komen pun seikhlas hatilah kan. Dah nmpk restoren ni masa akak jjcm kat kota damansara hari tu. Tak tau lak restoran Serina. Disebabkan review yg ikhlas ni, akak tak jadi try lah :D

akubiomed said...

Dekat bangat restoran ini.

azieazah said...

Thanks info. Sepelaung jer dari opis saya!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Boleh tahan jugak harga nya wahidah... perghhh ayat tak boleh tahan wahidah.. "sedap lagi murtabak kat pasar malam tu" :p

Rinna said...

Tengok dlm gambar nampak cam sedap jerk.. :))

Bunda_nora said...

assalam, kuah kuey tiow tu merah ..tak pedas ke?

eMMe said...

boleh la Me try rasa lak kan Sis... huhu... tunggu anak Me dah pandai makan sendiri cam anak Sis Ida, heee~

Munn Jaafar said...

sy rasa chef wan pn tak pernah rasa lg mknan kat kedai anak dia ni..kalo tak, berjela la kena bebel si serina..hahahha

wahida said...

bunda: nampak je merah, tapi tak pedas pun, sbb saya ni hantu pedas...ekekek...

.:fyzz:. said...

tudia noh...mmg menyelerakan aku tgk..tambah2 si abang ...rmabut tu ..skema..suka aunty tgk..hehe..
nok....cantik deco restoran dia.aku ada gak follow instgrm serina nih..:)

emarieys said...

bolehlah try nanti....

Hazmin Hamudin said...

Mungkin guna populariti sebagai artis untuk promote kedai makan dia. Saya char kuew tiaw ni tak berapa sangat. Tapi yang special tu nampak la jugak biasa je rupa. Ke banyak sebenarnya tu kak?

wahida said...

hazmin: eh, banyak tu portion dia, cuma mungkin dlm gambar nampak sikit...

CaDLyNN said...

tak kick sgt ek kak..
takmo cubela..haha

Fazleyatul Aini said...

kene suruh chef wan datang makan situ, mau menggunung komen nanti hehe

♥ Vna ♥ said...

aku dah lama tak jejak kaki kat kota damansara sana..paling jauh pun makan kat uptown dsara je...kalau sebelum kahwin dulu sinilah port kami laki bini makan hari²huhu..

telur mata tu mengancam!

Nastyna said...

Boleh tahan jugak harga dia kan, rasanya kalau kat edai ala warung separuh jer harga tu kan, lagi sedap pulak tu. Opssss (komen tak agak, bila nak merasanya pun tak tau).

Cik Rose said...

akka dah pergi dah, bestnya.. ada jugak tengok dalam tv.. nampak memang sedap ..