nuffnang advert

Wednesday, October 23, 2013

Lima perkara tergesa-gesa termasuk dalam sunah



Hatim al-Asham, seorang ulama sufi yang meninggal dunia pada 237 Hijrah bersamaan 751 Masihi pernah berkata: “Tergesa-gesa itu daripada syaitan selain dalam lima perkara.
Sesungguhnya tergesa-gesa dalam hal itu termasuk sunah Rasulullah SAW, iaitu; memberi makan kepada tetamu ketika mereka datang; mengurus mayat orang mati; mengahwinkan anak perempuan jika sudah baligh; membayar hutang jika sudah sampai tempohnya dan bertaubat daripada dosa jika terlanjur melakukannya.” 

1.Memberi makan kepada tetamu dengan makanan seadanya sebaik tetamu datang. 
Abu Hurairah RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi makanan kepada saudaranya yang Muslim dengan makanan kesukaannya, maka Allah SWT mengharamkan dia ke neraka.” (Riwayat Baihaqi) 
Pada hadis lain, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang memberi roti kepada saudaranya yang Muslim hingga berasa kenyang dan memberi air hingga berasa segar, maka dijauhkan dari neraka yang jarak di antara kedua-duanya tujuh parit. Jarak setiap parit dengan parit yang lain adalah perjalanan tujuh ratus tahun.” (Riwayat Nasai, Thabrani, al-Hakim dan Baihaqi) 


2.Mengurus jenazah iaitu memandikan, mengkafankan, melakukan solat ke atasnya dan menguburkannya. 

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya imbalan orang Mukmin yang diberikan pertama kali selepas dia mati ialah diampunkan dosa seluruh orang yang menghantarkan jenazahnya.” (Riwayat Baihaqi) 

Ad-Dailami meriwayatkan hadis Nabi SAW: “Apabila seorang warga syurga meninggal dunia, maka Allah berasa malu menyeksa orang yang memikul jenazahnya, orang yang menghantar jenazahnya dan orang yang melakukan solat ke atasnya.” 


3.Segera mengahwinkan anak perempuan jika sudah baligh. 

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengahwinkan anak perempuannya, maka Allah memakaikan mahkota kepadanya dengan mahkota raja-raja pada hari kiamat.” (Riwayat Ibn Syahin) 


4.Segera membayar balik hutang jika sudah tiba waktu untuk berbuat demikian. 
Sabda Rasulullah SAW: “Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari) 


5.Segera bertaubat daripada maksiat. 

Dalam satu riwayat, Ibn Umar RA menyatakan bahawa dia pernah menghitung Rasulullah SAW dalam satu majlis mengucapkan seratus kali istighfar seperti berikut: 

“Rabbighfirli watub ‘alayya innaka antattawwabul ghafuur. (Wahai Tuhanku, ampunilah daku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Menerima taubat dan Maha Pengampun).” (Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Abu Daud)



sumber: harian metro

8 comments:

Unknown said...

aku sedih betul kalau orang mintak tunda hutang.. tapi tak sampai hati nak kata tidak..sobss

Suria Amanda said...

so far lom ada yg berhutang ngan aku nok...aku hutang ngan bank ada la..hutang rumah ngan kereta..hihihi...

.:fyzz:. said...

good info...bab hutang tuh mmg seriyau kan..kalu2 kita terlupa...

asyifamustaffa said...

perkongsian yg baik...

Vee said...

susah benar nak kutp balik hutang ... ermmmm

LadyBird said...

salam akak.. lady mohon untuk share di fb yer..

wahida said...

ladybird: sila sila...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

ade setengah tempat tu kan kalau jenazah meninggal semalan sanggup tunggu tengahari esok baru nak kebumi ..kesian Jenazah ....temat saya ..kalau malam meninggal ....malam tu jugak kebumi