nuffnang advert

Wednesday, January 9, 2013

soal jwb agama: hilang sabar didik anak nakal & kedudukan imam, makmum solat berjemaah


Hilang sabar didik anak nakal


MINTA nasihat Dr cadangan terbaik bagi saya mendidik serta mendisiplinkan anak saya yang dilihat agak nakal. Perbuatannya kadang kala menyebabkan saya rasa hilang sabar.

IBU MUSLIM,
Selangor




SETIAP ibu bapa pastinya menghadapi pelbagai cabaran dan kerenah dalam membesarkan anak mereka. Anak adalah anugerah yang tidak ternilai harganya.

Anak menjadi permata hati bagi ibu bapa. Cabaran mendidik anak adalah asam garam yang perlu dihadapi ibu bapa.

Ibu bapa perlu sentiasa berdoa kepada Allah semoga anak isteri dan keturunan mereka tetap dalam iman dan amal soleh setiap kali selepas solat.

Antara doa yang boleh diamalkan ialah: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh isteri dan zuriat keturunan kami, perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikan kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.”

Dalam mendisiplin anak ada seninya tersendiri. Antaranya ibu bapa mesti tegas kerana kurangnya ketegasan menyebab­kan anak berani melawan ibu bapanya.

Ia bukan hanya berkaitan hukuman, tetapi menggabungkan antara penghargaan dan hukuman yang dibuat berdasarkan fikiran dan syariat, bukan emosi.

Ibu bapa mesti mempamerkan akh­lak dan contoh yang baik kepada anak seperti bercakap lemah-lembut ketika mengajak mereka makan, bermain dan gerak mereka daripada tidur.

Semoga gabungan usaha itu kita mampu mendidik anak menjadi soleh dan solehah.



Kedudukan imam, makmum solat berjemaah


SAYA mempunyai kemusykilan berkaitan posisi sembahyang berjemaah antara pasangan suami isteri. Harap Dr boleh jelaskan kedudukan sebenar?

FAROUK,
Kuala Lumpur




KEDUDUKAN imam dan makmum dalam solat jemaah seperti yang dipraktikkan dan menurut sunnah Nabi Muhammad ialah imam ke hadapan sementara makmum sama ada lelaki atau perempuan di belakang imam.

Menurut hadis, apabila baginda bangun untuk bersolat, kalangan sahabat bangun di belakangnya. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud)

Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Anas: “Bahawa Nabi s.a.w bersolat di rumah Umm Sulaim lalu aku dan Yatim berdiri di belakangnya sementara Umm Sulaim di belakang kami.” (al-Zuhayli, 1985: II: 245; trj. II: 261-63)

Itulah kedudukan suami sebagai imam dan isteri sebagai makmum dalam solat berjemaah. Kedudukan imam dan makmum juga ditentukan berdasarkan bilangan makmum dan jantinanya. Antaranya:

1) Apabila terdapat hanya seorang makmum lelaki, lebih mustahab (sunat) berada di sebelah kanan imam dengan membelakangkan sedikit tumitnya.

2) Jika makmum hanya se­orang lelaki dan perempuan, lelaki hendaklah berdiri di sebelah kanan imam sementara perempuan pula di belakang lelaki itu.

3) Jika terdapat dua makmum lelaki, kedua-dua hendaklah berada di belakang imam.

4) Jika hanya terdapat seorang perempuan atau beberapa orang perempuan, dia atau mereka hendaklah berdiri di belakang imam dengan tidak diselangi
antara mereka jarak tiga hasta.



sumber: harian metro

16 comments:

Unknown said...

jelas sudah..

azi said...

TQ wahida sudi kongsi ilmu yang sangat berguna ni...memang jelas macam kata diana kat atas tu..:)

Izwa Kamaruddin said...

okey, thanx :)

Anum said...

nice sharing

N i e Z a said...

tq sgt..mmg kdg2 ati cepat ilang sbr nak didik anak..tambah2 bila masa nakal dia sampai tu...huhuhu..mmg berasap je dibuatnye

Unknown said...

info bagus..;)

Lynn Huraiza said...

Tq for sharing...

attyfir said...

gud info..tq

Suria Amanda said...

Nice info dear..

Tie HT said...

bagus pencerahan ni..tq wahida :)

amirah said...

memang menuntut kesabaran betul dgn anak2

Kakzakie Purvit said...

Pencerahan yg baik nuat semua.

Buat kita boleh amalkan doa "robbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yunin waja'alna lil muttaqina imama". Sebelum tidur pegang dada anak baca alam-nashroh sampai akhir dan hembus di ubun-ubun anak biar dia dengar kata dan tidak nakal. Wallahu'alam..

Anonymous said...

gd sharing ni tq

Fiza Rahman said...

Mekasih. Good info.

wahida said...

kakzakie: terima kasih byk2 kak...sudi berkongsi doa ini utk semua...saya sgt2 hargai...

Alhamdulillah...

suwara entertainment said...

nice sharing kak. kdg2 ibu bapa ada yg cepat melenting dlm didik anak2 yg nakal.