nuffnang advert

Wednesday, January 9, 2013

Krisis air sampai bulan depan



PENDUDUK Pangsapuri Ketapang Villa, Taman Nirwana, Ampang terpaksa mengambil air dari salah satu paip utama semalam ekoran gangguan bekalan air di sekitar kawasan tersebut yang berlarutan lebih seminggu lalu.



KUALA LUMPUR - Krisis bekalan air di Lembah Klang terutamanya di kawasan Ampang dan Cheras yang berlaku hampir dua minggu lalu dijangka berterusan sehingga perayaan Tahun Baru Cina pada 10 dan 11 Februari depan berikutan kapasiti bekalan air yang dirawat belum dapat memenuhi permintaan.

Masalah tersebut membabitkan 28,000 pemegang akaun atau kira-kira 100,000 pengguna.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kini membuat pemantauan 24 jam sehari di kedua-dua kawasan tersebut yang membabitkan kira-kira 1,000 kakitangan.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata, Syabas menempatkan petugas teknikal dan bukan teknikal dari pelbagai jabatan untuk membantu penduduk yang terjejas.

"Memandangkan kami tidak boleh menyalurkan air bersih melalui saluran paip, kami akan mengagihkan air menggunakan lori dan tangki," katanya dalam sesi taklimat kepada kakitangan sebelum mereka dihantar bertugas ke kawasan yang telah ditetapkan di sini semalam.

Rozali berkata, krisis tersebut akan berpanjangan kerana terdapat kekurangan air yang dirawat, peningkatan permintaan dari semasa ke semasa dan penangguhan program Perbelanjaan Modal (CAPEX) yang turut merangkumi kerja pembaikan, menaik taraf atau pertukaran aset dan sistem pengagihan air semasa oleh kerajaan negeri Selangor.

Krisis bekalan air itu ketika kemuncaknya minggu lalu menyebabkan kira-kira 500,000 pengguna di Lembah Klang terjejas.

Gangguan bekalan itu berpunca daripada kegagalan sistem pam di dua lokasi berasingan iaitu di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Lee Miang Koi turut menjangkakan tempoh pemulihan bekalan air di 13 kawasan di wilayah Kuala Lumpur akan mengambil masa lebih lama.

Beliau berkata, untuk meringankan beban penduduk, Syabas menghantar bekalan air menggunakan 40 buah lori tangki air bersama 16 bantuan lori tangki air dari negeri lain seperti Johor, Perak dan Melaka.

Menurut beliau, proses pemulihan bekalan air tidak dapat dilakukan sepenuhnya di kawasan seperti Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Pandan Cahaya dan Desa Pandan, yang melibatkan kira-kira 28,000 akaun memandangkan tidak ada kapasiti rizab bekalan air.

Katanya, kadar pengepaman Rumah Pam Wangsa Maju terpaksa dihadkan kepada 180 juta liter sehari (JLH) berbanding kadar pengepaman biasa yang mencecah 210 JLH.

"Keadaan pemulihan bekalan bagi wilayah Kuala Lumpur setakat ini adalah 40 peratus sahaja disebabkan oleh pengurangan kadar pengepaman air terawat dari rumah pam tersebut," katanya.




sumber: kosmo

20 comments:

Anonymous said...

ala sian pulak !

Anum said...

kesiannya

nazayiena said...

Siannya,susah betul bila xde airkan!

anie said...

termasuk la umah mak mertua i..huhuhu..sian diorg kul 2 3 pagi beratur amik air

Izwa Kamaruddin said...

masak la weiii kalo gini!

NM02 said...

kesian aciq, asyik ulang alik dari ampang ke ngumah mak aku pasal air.

amirah said...

apsal depa ni xde solution ke? sebulan? adakah rumah depa2 yg berkaitan pun takde air jugakkk?

Fiza Rahman said...

Kesian dorang kan. Member office aku ni pon rumah dia dah dekat 2 minggu tak der air. Tiap2 malam kena mengangkut air. Dah lah ada anak kecik 2 org.

norhidana said...

senang je aku nengok jawapan dia bg tuh, mmg lah permintaan tinggi, dhtu kan air tu kegunaan harian, lain lah kalu kaler pencil bkn selalu pakai...

nsb lah walau duk kt ampang msh ada lg bekalan air, tp yg pelik nyer ada 1 kawasan kt ukay perdana tuh tiap pg ada air mengalir kuar nth dr paip bocor mana, naper lah bnda2 mcm tu tak diselenggara

Munn Jaafar said...

itu le.sy pun pelik.ape ke lama sgt? something fishy lah!

N i e Z a said...

kesian nye diorg..lma tu nk tggu smpai bln depan

sal-nurbeena said...

Turut simpati pada mereka. akak pun pernah merasa krisis air sekitar 1996-1997. hari2 berbaris hangkut air. Mujur umah tingkat 3, yg duk tingkat 13 lagi la hai....

Suria Amanda said...

kalau baba air sgt2 kesian....hilang semangat kan?

JunAina said...

Kat Kajang pun sesetengah taman dah mula buat catuan air. Aduhhh...nak hangkut air ke tingkat dua hazam tu...:(

Unknown said...

kesian nya..
dah macam musim kemarau lak.padahal tetiap hari hujan.

makchaq said...

Sampai dua2 rumah pam sekali rosak.. coincidence betul..

Carl Lesmana said...

kesiannya. .

suri solehah said...

kesianla,,dah dua tiga blog duk cerita tak dak air...terfikir pulak..apa masalah sebenarnya...sabar lah dengan ujian ni..

lizz said...

lamanyer takder air...

akubiomed said...

Kawan saya bekerja di Syabas pun turun padang membantu operasi pengagihah air dikawasan terlibat.