nuffnang advert

Wednesday, November 14, 2012

soal jwb agama: jatuh talak ketika hamil & talak kerana facebook

Jatuh talak ketika hamil


SAYA pernah berkahwin dan bercerai semasa mengandung empat bulan. Dalam tempoh kehamilan saya itu, suami pernah bersama dengan saya.

Apakah berdosa sedangkan talak sudah jatuh? Sekarang saya sudah berkahwin dengan lelaki lain, adakah sah perkahwinan saya yang kedua itu?


Suami banyak kali melafazkan cerai, tapi apabila dirujuk di pejabat agama, dia mengatakan melafazkan cerai kerana saya mengugut mencederakan diri.

Pejabat agama mengesahkan perceraian itu tidak sah kemudian barulah saya hamil.

Bukankah perceraian sah walau dalam keadaan apa pun? Bagaimana jika seandainya saya salah dan adakah anak yang saya kandungkan itu anak tidak sah?

RUHANI,
Selangor


PERCERAIAN ketika mengandung adalah sah. Tempoh iddah bagi perempuan mengandung yang diceraikan ialah sampai melahirkan anak. Apabila suami rujuk dalam tempoh itu, rujuknya sah dan kedua-duanya menjadi suami isteri.

Rujuk boleh berlaku dengan kata-kata dan juga perbuatan menurut sebahagian mazhab. Manakala mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh perkahwinan yang sah dinasabkan kepada suami. Rasulullah sa.wa bersabda; “Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah batu (al-Hajr).” (Bukhari dan Muslim)

Dalam kes di atas, puan sudah menyatakan bahawa perceraian yang didakwa tidak sah menurut pejabat agama. Ia hendaklah diterima dan sekiranya puan tidak berpuas hati ia perlu dirayu dan dibicarakan kembali.

Bagaimanapun, rayuan mungkin tidak dibuat, maka keputusan pejabat agama perlu diterima. Seterusnya apabila lahir anak dalam tempoh perkahwinan yang sah, anak hendaklah dinasabkan kepada suami puan sebagai bapa kepada anak berkenaan.

Perkahwinan kedua boleh berlaku apabila puan sudah diceraikan dan habis tempoh iddah dengan suami pertama. Bagaimanapun, apabila masih menjadi isteri orang atau dalam iddah, perkahwinan kedua menjadi tidak sah. Itu yang perlu dipastikan.



Talak kerana ‘facebook’


SEPASANG suami isteri berkahwin 12 tahun. Si suami panas baran tetapi mujur si isteri bersikap penyabar, perkahwinan mereka bertahan sehingga kini.

Gara-gara si isteri tidak berpuas hati kerana suami membuka pelbagai akaun facebook dan ‘add friend’ di kalangan kawan lain tetapi tidak mahu isteri tersenarai, timbul perbalahan sehingga si suami mengharamkan si isteri aktif dengan facebook dan talak akan jatuh jikalau engkar.


Kini, si suami menyesal dan ingin tahu adakah beliau boleh menarik balik kenyataan itu dengan mengizinkan semula isterinya melayari facebook?

UMMI
Damansara


Talak dijatuhkan suami ialah talak bersyarat, yakni jatuh jika isteri engkar. Jika berbaik semula, suami boleh menarik balik kata-kata atau syarat itu supaya mereka boleh hidup tenang.

Jangan bermain dengan talak. Ia adalah kuasa diberikan Allah SWT kepada suami. Gunakan sebaik mungkin pada perkara penting. Jangan menjatuhkan talak hanya kerana akaun facebook.




sumber: harian metro

14 comments:

atty's said...

soal talak, penceraian ni mmg tak boleh dibuat main2..kan ..

tq for gud entry nie..

Ema Blog said...

itulah kalau terlepas cakap..

Rinna said...

Good info.. perkara Talaq nie jgn laa dibuat main2..jgn dicabar suami utk menjatuhkan talaq..

Anum said...

bagus entry

Kakzakie said...

Biasa yg mudah mengikut nafsu perempuan itulah sebab talak diberikan atas tangan lelaki. Tapi sekarang ramai lelaki yg suka bermain talak/cerai sewenang-wenangnya.

eima said...

hmmm klu dah bercerai buat pe nk bersama lagi ... hmm mcm2 la ... cam main2 kan agama je

abah khalisha said...

jangan bermaian dengan perkataan "cerai"

Fesyen janggut Yang Sangat Cool

Munnafendy said...

takut den. pasal fb pun bleh jadi...hurrrmmmmm

ieja amieja said...

takut sekarang ni..nikah cerai dah jd mcm mainan je..talak pula suka2 dijd kan ugutan..

~MommyAida~ said...

Thank u kak Ida for the very gud info..at least ade knowledge pasal menda yang kadang2 kita pandang remeh je..

mama aini said...

assalam & slm maal hijrah dr mama..ehem FB ni pun ada byk keburukannya.. :(
thanks..

Che Rosliza Che mat said...

soal talak, penceraian ni mmg tak boleh dibuat main2..kan ..

tq for gud entry nie..

Anonymous said...

Nk tye..

Anonymous said...

As salam.. sy nk tya mcm mna nk hndle kes perkthailand & blsprtperkwinanthailandi mlysia ttpi talak sudah jatuh iaitu talak tiga & dlm keadaan isteri tgh hamil 4 bulan... buntu ap patut sy lakukan..