Mereka membuat kenyataan itu kerana Kareena yang mengamalkan ajaran Hindu tidak memeluk agama Islam sebelum dia berkahwin dengan Saif.
"Mengikut undang-undang Islam, perkahwinan itu dianggap sebagai anti-Islam kerana Kareena tidak menukar agamanya kepada Islam," kata seorang ulama di sekolah tersebut, Habibur Rahman kepada agensi berita Press Trust of India.
Status akad nikah pasangan artis berkenaan masih lagi menjadi tanda tanya sama ada dilakukan mengikut ajaran Islam atau tidak.
Pasangan berkenaan pada mulanya mendaftarkan pernikahan mereka di Mumbai pada 16 Oktober lalu.
Majlis resepsi perkahwinan mereka kemudiannya diadakan di sini.
Menurut beberapa pihak yang rapat dengan pasangan tersebut, tiada majlis akad nikah seperti yang dilaporkan oleh pihak media.
Mereka menyatakan pasangan itu hanya sekadar melafazkan ikrar perkahwinan.
Sebelum ini, bapa Kareena, Randhir Kapoor menafikan anak perempuannya itu akan memeluk Islam.
"Tidak ada sesiapa yang menukar agama di sini, seorang insan berkahwin dengan insan yang lain dan mereka tidak kisah mengenai kasta, kepercayaan atau keturunan, " kata Randhir. - Agensi
sumber: kosmo
27 comments:
agama dah tak bermakna pd mereka..
Cam sahberuk khan pun bini dia x peluk.Islam kan..apa la...truk betui..huh
Agama Ditolk Tepi..Kah3
jangan ada masalah kemudian hari nanti udah....
as salam,
menyedihkan, moga terbuka pintu hidayah
Islam hanya pada nama..
hm...
Ayoyo
rasanya shah rukh khan pun cenggitu jugak
masalah akn berlaku di kemudian hari nnt...
macam2 dierang ni...
dah byk berlaku di negara lain spt indonesia..
mahzab lain2..
Hukum Allah ditolak, yg penting bahagia. "Bahagia didunia"
nanti dapat anak..anak agama apa pulak?
dunia akhir zaman........
mcm2 kat india ni.mcm kes SRK juga.
bollywood ni asal boleh jek.. atas kertas jek islam, tapi dah tak islam pun tu..huhuu
bukan ke diaorg mmg kawen campur...xkisah kalau xtukar agama pun...erm
dah selalu jadi kat sana kes cenggini.. astaghfirullah, moga darah daging kita tidak terjebak, nauzubillah...
ehem..tak tahu nak kata apa?..singapore & indonesia juga byk terjadi perkahwinan begini..dunia dah akhir zaman.. :(
terpegun dengan komen disini :)
bila agama islam bkn agama rasmi sesebuah negara mcmni lah akan jd, lgpun org islam kt sana selalu ditindas...
SubahanaAllah...
dunia hamoir kiamat kan... islam hanya pada nama~
Bila Ugama hanya sebagai pelengkap didlm kertas sahaja....
agama keturunan je..
Post a Comment