DUA wanita bekerja di sebuah bengkel yang mengumpulkan rambut manusia di Kampung Binh An pada 15 Jun lalu. - AFP
BINH AN, Vietnam - Seorang penduduk kampung di sini, Do Van Thu menjadi kaya selepas dia menjual rambut manusia.
Thu menjadi jutawan dalam tempoh 13 tahun selepas dia memulakan perniagaan menjual rambut manusia sehingga dieksport ke luar negara.
"Pada setiap tahun, keluarga saya mengeksport 50 tan hingga 60 tan rambut ke China.
"Kami membeli rambut di seluruh Vietnam termasuk dari Laos dan Kemboja," katanya yang berusia 50 tahun.
Permintaan untuk mendapatkan rambut itu telah meningkat sejak sepuluh tahun lalu terutamanya daripada golongan wanita muda.
Thu mempunyai sebuah bengkel yang digunakan untuk membersih dan mengumpulkan rambut itu di sini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung.
"Setiap pekerja saya memperoleh pendapatan AS$140 (RM427) sebulan," katanya.
Jumlah itu tiga kali ganda daripada purata pendapatan penduduk luar bandar di negara ini.
Menurut seorang penduduk kampung ini, Nguyen Van Tam, harga rambut itu adalah antara AS$45 (RM137) hingga AS$250 (RM763) bagi setiap satu kilogram.
Menurutnya, harga tersebut adalah bergantung kepada kualiti rambut. - AFP
sumber: kosmo
05/10/2012
13 comments:
Mana tak kaya jual beberpa kilo rambut dah boleh bayar sebulan gaji pekerjanya...
macam-macam...
ada baca somewhere benda nieh. blog tu penuh cerita rambut. aritu dia update sal budak makan rambut.
hmmm...ni tak brapa baik utk kita. kan kita digalakkan mandi wajib dulu sebelum potong rambut/kuku?
betul ke?
juei rambut je yerk :)
omg sgttt...tu lah org kta, punca rezeki blh dtg dlm apa jua cara ek....
tengok rambut tu rasa geli geleman..mcm terbayang ada kutu hehehhe
usha tangga kejayaan...
ish..mcm2 la..selagi ade menda yg boleh dijual,di jual saje.termasukla organ manusia..ish2..
geli la noks tgk rambut byk2 tu...
dengan rambut je dia jd jutawan
macam-macam sekarang ni.. Rambut pun boleh eksport kan..
rasa geli lak..=)
ehem..macam2 cara bisnes diaorg ek..
mcm2 ler..
Post a Comment