nuffnang advert

Sunday, October 7, 2012

soal jwb sakit puan: ibu hamil suntik insulin & bisul lembut bernanah

Ibu hamil suntik insulin

SAYA berusia 32 tahun dan kini hamil lima minggu. Pada masa sama, saya penghidap diabetes yang perlu mengambil suntikan insulin dan ubat setiap hari. 
Setakat ini saya masih belum ke klinik kesihatan untuk pendaftaran pemeriksaan kehamilan.

Bilakah masa yang sesuai atau saya perlu segera untuk mendaftar? Saya juga ingin tahu kesan ubat yang saya ambil terhadap kandungan.

INA,
Cheras.



ANDA perlu segera mendaftar untuk pemeriksaan. Keperluan dos insulin anda mungkin berubah sewaktu hamil.

Perubahan paras gula di dalam darah anda (terutama penurunan) yang mendadak boleh memberikan kesan negatif terhadap janin. Kita sedia maklum bahawa pembentukan organ janin berlaku dalam trimester pertama, paras gula yang tidak dikawal elok (tinggi) boleh memberi kesan kepada pembentukan organ ini contohnya jantung dan seumpamanya.

Doktor di klinik kesihatan berkenaan akan merujuk anda ke hospital berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan doktor pakar perbidanan dan doktor pakar perubatan endokrinologi.


Bisul lembut bernanah

SAYA mengalami masalah pada permukaan kulit di bahagian kemaluan (atas daerah V) iaitu terdapat bisul lembut dan mengandungi nanah seakan-akan benjolan yang wujud apabila tapak kaki melecet.
Saya juga kerap berasa seperti ketulan kecil di bahagian yang sama apabila saya datang haid. Apakah punca yang menyebabkan berlaku–nya keadaan seperti ini? Bagaimana caranya untuk saya menghilangkan bisul itu?


LYNN,
Johor




SEELOKNYA anda mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengetahui lebih tepat jenis penyakit itu. Lazimnya bengkak yang lebih nyata pada waktu kedatangan haid mungkin ada kaitan dengan penyakit endometriosis bahagian berkenaan walaupun ia jarang berlaku.

Jika ia bisul (bengkak bernanah akibat jangkitan kuman), ia perlu dipotong, cecair kandungannya dikeluarkan (dan dihantar ke ujian makmal), sisa kantungnya dibersihkan dan anda diberikan antibiotik serta ubat penahan sakit.



sumber: harian metro

7 comments:

khairul said...

takut klu kena bisoi


jom p autoshow Gomak .http://gilamodified.blogspot.com/2012/10/autoshow-uptown-sri-gombak-oct-14.html

Aishah Jahirah said...

info yg berguna...:)

TiranaAduka said...

sumber yg bgus.
Pekabar?
Menantikan kehadiran di blog ta

cHeRyNa PiReS said...

nice kak!!! simple tp puas hati baca nieh...mana dapat?

NM02 said...

insulin?






troooommmmaaa!!!!

kayyana said...

erk.. takutnye.. time kite ngndung mmg takut nak amek ubat pape.. takut effect kt baby.. ish... semoga tkde papelah.

mama aini said...

thanks kongsi info ni.. :)