Pendarahan ketika hamil
Selepas seminggu saya kembali pulih, tiada pendarahan lagi tetapi pada usia kandungan 13 minggu, saya mengalami pendarahan sekali lagi iaitu darah keluar seperti darah haid.
Apabila dilakukan imbasan di hospital kerajaan, doktor memberitahu bayi saya
masih dalam keadaan baik dan jantung masih berfungsi. Doktor membuat imbasan
faraj dan mendapati rahim masih tertutup dan tiada bukaan. Keadaan ini membimbangkan saya.
Adakah ini tanda saya akan mengalami keguguran? Adakah saya perlu membuat suntikan bagi menguatkan rahim? Adakah suntikan ini memberi kesan negatif kepada perkembangan bayi?
ROHAIDA,
Kuala Lumpur
PADA usia kandungan 13 minggu, doktor dapat memberikan beberapa maklumat penting bagi kandungan kembar:
Jenis kembar iaitu sama ada ia berkongsi kantung, berkongsi uri atau tidak.
Kedudukan uri.
Sekiranya berkongsi kantung dan uri - sama ada janin bercantum pada bahagian tertentu atau terpisah.
Maklumat lain termasuk aktiviti jantung, saiz janin, sama ada terdapat bonjolan (funnelling) terowong pintu rahim dari pangkalnya, tanda pengumpulan ketulan atau darah pada mana-mana bahagian dinding dalam rahim dan seumpamanya.
Suntikan ‘menguatkan’ rahim sebenarnya mengandungi hormon progestin (menyerupai hormon progesteron badan), sama seperti ubat progestin dalam bentuk kapsul, gel atau peluru yang dimasukkan ke dalam faraj atau bentuk pil yang dimakan.
Jika anda diberikan salah satu ubat faraj terbabit, anda tidak perlu mengambil suntikan kerana keberkesanannya adalah sama dalam menjayakan kehamilan. Jika anda diberikan ubat pil, berkemungkinan doktor akan mencadangkan anda mengambil suntikan pula sebagai tambahan.
Kesannya bukanlah dengan menjadikan rahim lebih kuat tetapi sebenarnya ‘melemahkan’ aktiviti rahim secara merehatkannya daripada pengecutan otot yang boleh menjurus kepada keguguran.
Anda juga seeloknya berehat dan tenang secukupnya. Hormon progesteron secara semula jadinya dihasilkan bekas kantung telur di dalam ovari kita, kadangkala penghasilannya tidak mencukupi. Kelak apabila uri sudah aktif menghasilkan hormon terbabit, masalah yang anda alami akan berhenti kecuali jika sebenarnya uri berada pada lokasi dinding rahim bawah.
Terlalu sakit sebelum haid
Tempoh sakitnya sekitar 10 hingga 15 minit yang berulang-ulang selepas satu atau dua jam selama tempoh dua minggu itu. Saya sudah berjumpa doktor tapi mereka hanya memberi ubat tahan sakit.
Sakit ini berlarutan hingga sekarang dan pada usia ini saya rasa sakitnya lebih teruk sehingga saya mengalirkan air mata menahan kesakitan. Saya harap doktor dapat memberikan langkah yang sepatutnya saya lakukan.
MARIA,
ELOKLAH anda berjumpa doktor pakar pula. Pemeriksaan yang dilakukan mungkin dapat mengesan jika ada sebarang ketulan manakala imbasan ultrabunyi juga dapat membantu.
Lazimnya pada usia anda, ultrabunyi kawasan pelvis dilakukan secara kaedah TVS (melalui faraj) bagi melihat dengan lebih jelas organ pelvis. Pada masa sama, anda juga eloklah menjalani pemeriksaan dan ujian saringan kesihatan, termasuk ujian Pap smear dan mamogram.
Sekiranya tiada sebarang kelainan dikesan walaupun setelah menjalani ujian imbasan tambahan yang lebih canggih, doktor mungkin akan memberi anda pilihan untuk untuk menjalani pemeriksaan secara penglihatan langsung menggunakan kaedah pembedahan laparoskopi terus ke dalam ruang abdomen. Tidak perlulah menanggung kesakitan dengan lebih lama.
sumber: harian metro
6 comments:
gud info waa .. LIKE !
nice sharing wahida..tq :)
assalam..thanks berkongsi.. :) hepi weekend wahida !!..
kene amik info. sbb xlama lagi nk jadi laki orang.. =P
info yg baik...:)
bagusnya...tapi "aku masih dara "..heheheehehehee
Post a Comment