nuffnang advert

Wednesday, August 29, 2012

soal jwb agama: Islam tuntut kebersihan, syarat jamak dan qasar & daki x dikira najis

Islam tuntut umat pelihara kebersihan

SAYA masih lagi berpantang selepas melahirkan bayi. Baru-baru ini, saya memotong kuku kerana sudah terlalu panjang sehingga kotoran dapat dilihat di celah kuku.

Malah saya juga sukar menguruskan bayi disebabkan kuku yang panjang itu. Kemudiannya saya memotong kuku itu dan menyimpannya di dalam sampul surat untuk memudahkan saya mandi hadas besar selepas tamat tempoh berpantang nanti.

Bagaimanapun anak saya secara tidak sengaja sudah membuang sampul surat berisi kuku itu.

AZURA,
Negeri Sembilan        


ISLAM sangat mementingkan kebersihan dan kesihatan diri dan keluarga. Islam membenarkan memotong kuku ketika dalam pantang atau dalam hadas besar apabila ada keperluan untuk berbuat demikian.

Seterusnya, Islam menghendaki supaya kebersihan sekeliling dijaga. Seperti kuku tadi, selepas dipotong sebaiknya ia dikumpul dan ditanam. Bagaimanapun, apabila tersalah membuangnya, ia dimaafkan.

Sekiranya mampu, ia boleh dicari. Secara umum, pertanyaan puan itu timbul kerana ada pendapat yang menghukum makruh memotong kuku dalam hadas besar.

Perkara itu sudah lama berkembang dan diamalkan dalam masyarakat Melayu. Ini berdasarkan pendapat Imam al-Ghazali dengan beberapa alasan bersifat kerohanian dan penuh dengan kewarakan.

Ia pula boleh diamalkan sekadar yang termampu dan menurut keadaan seseorang. Al-Ghazali menyatakan: "Tidak sepatutnya mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluan, mengeluarkan darah (berbekam) dan membuang sesuatu dari badannya semasa berjunub.
     
Syarat jamak dan qasar

SAYA berasal dari Pahang, tetapi sudah bekerja di Kuala Lumpur hampir lima tahun. Jarak rumah sewa saya di Kuala Lumpur dengan kampung melebihi dua marhalah.

Bolehkah jika saya pulang ke kampung tiga hari dua malam dan melakukan solat jamak dan qasar di kampung kerana saya tidak lagi menetap di sana secara tetap buat masa ini?


Din,
Pahang


SOLAT jamak dan qasar dalam musafir adalah harus. Ia rukhsah daripada Allah kepada umat Islam. Antara syarat melakukan solat jamak dan qasar ialah (1) apabila seseorang yang bermusafir sampai ke satu destinasi yang dia tidak berniat untuk tinggal menetap (mastautin) di situ. (2) Seseorang itu juga tidak berniat untuk menetap di tempat itu selama empat hari.

Kiraan hari tidak termasuk hari tiba dan hari beredar keluar. Dalam kes anda di atas, solat jamak dan qasar diharuskan apabila tempat menetap anda di Kuala Lumpur dan bukan lagi di kampung dengan memenuhi syarat-syarat di atas.
   
Daki tidak dikira najis

SAYA ingin mengetahui cara mandi wajib dengan lebih lanjut. Adakah daki di seluruh badan perlu dibersihkan dahulu sebelum memulakan mandi wajib?


MAN,
Pulau Pinang



DAKI adalah kotoran yang melekat pada anggota badan, pakaian dan lain-lain.

Bagaimanapun, ia masih suci kerana tidak terkena najis. Ia kotoran bukan berasal daripada najis dan masih dianggap suci walaupun nampak tidak bersih. Jika kita membersihkan dan menghilangkan daki dan segala kotoran, itu dikira sunat dalam menjaga kebersihan.

Begitu juga dalam mandi wajib dan wuduk. Terdapat tiga peringkat dalam mandi wajib iaitu (1) berniat (2) menghilangkan najis di badan sama ada najis aini (yang boleh dilihat) atau hukmi (tidak nampak zatnya tetapi kesan atau bekas saja) dan (3) menyampaikan air ke seluruh badan termasuk bulu dan celah lipatan kulit badan.


sumber: harian metro

16 comments:

Izwa Kamaruddin said...

good sharing babe :)

Fiza Rahman said...

Mekasih.

Anum said...

terima kasih di atas perkongsian ilmu

Munn Jaafar said...

seperti selalu...tq!

Cik Nor said...

saling ingat mengingati

Unknown said...

b'tambah pengetahuan..;)

::NureeN:: said...

thx wahida :)

dwatyKNY said...

ok... saya selalu mushkil pasal solat jamak dan qasar...

thanx 4 the info... ada sedikit pengetahuan...

Rasp said...

beraya nie mmg byk jenjalan kan...
soklan jawab on jamak and qasar tu very useful ...
thx!

Angah said...

timakseh nook beerkongsii

emarieys said...

tq

nur anis said...

thanks kak..:)

Anonymous said...

tq berkongsi yek !

Unknown said...

masa aku pantang dulu jenuh berdebat gak dengan kaum kaum mak sebab aku tak tahan dengan kuku panjang nak potong..diorang tak bagi.. siap mak aku pesan suh simpan kuku tu nanti nak mandi wajib mandi sama dengan kuku..haha..

♥ Vna ♥ said...

thanks for sharing beb..

mama aini said...

thanks..