nuffnang advert

Thursday, August 30, 2012

Muhdalena pakai topeng Power Rangers elak gambar dirakam

PUTRAJAYA – Wanita yang cedera ditembak dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bulan lalu menarik perhatian ramai apabila memakai topeng Power Rangers sebagai taktik bagi mengelak wajahnya dirakam.


Tertuduh Muhdalena Ahmad, 28, berkelakuan sedemikian ketika hadir bagi mendengar sebutan kali pertama kesnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini semalam.

Dalam prosiding itu, Hakim Mohd. Kafli Che Ali memberi tempoh selama sebulan kepada Muhdalena, 28, untuk melantik peguam bela sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan dalam tempoh 90 hari.

Mohd. Kafli memutuskan demikian untuk memberi peluang kepada tertuduh menyelesaikan semua urusan dokumentasi bagi kes pembelaan secepat mungkin, sekali gus membolehkan pihak pendakwaan memulakan perbicaraan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 12 September depan bagi tarikh sebutan semula kes itu untuk tertuduh melantik peguam.

Muhdalena yang hadir berpakaian baju kurung dan bertudung merah dilihat tenang sambil mengangguk faham ketika mendengar arahan Mohd. Kafli itu.

Ditemani bapanya, Ahmad Adam, 55, ibu kepada dua anak itu dilihat memakai topeng mainan Power Rangers sejurus prosiding selesai bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar di luar mahkamah.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika didakwa kali pertama pada 16 Julai lalu di bilik wad, Hospital Putrajaya atas dua pertuduhan melakukan ugutan jenayah kepada anggota polis, Ridzuan Megat Ahmad dan membawa senjata iaitu sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lepas.

Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki, Khalil Afandi Abd. Hamid, 47, yang menggelar dirinya Imam Mahadi terkorban.

Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan membawa pedang, Muhdalena didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



sumber: kosmo
29/08/2012

31 comments:

Izwa Kamaruddin said...

hurmmm....

Fiza Rahman said...

Alahaiii...tak der topeng lain ker nak pakai ☺☺

Cik Rose said...

bertopeng2 bagai ....

eMMe said...

cam tak betul je dia ni, pakai la topeng cun2 skit, heeee...

emarieys said...

alahai..cari nahas jer

Hudalatip said...

ermm tau malu...

|| NaFiRaa || said...

ooohhh.. dia neh~ urrmm

suwara entertainment said...

mase buat x tau malu. dh buat, baru tau malu. mcm x brp betul je dok pakai topeng cmni. huhu

Qhaifa Nur said...

nampak sihat dah beliau....
yang bersalah tetap bersalah...malu lah pulak yup...

saffiya_aleesya @ echa said...

apa jadah laa cenggitu..pompuan ni macam otak ada wayar putus n skru cabut jer nak pakai2 topeng segala..

♥ Vna ♥ said...

errrr kes ape ni beb?

nampak sgt aku x baca paper/tgk berita huhu...

Fazita Ismail said...

haha mcm2 kan..hmmmmm

Unknown said...

pelik betul la

wahida said...

wina: ni kes amuk kat putrajaya hari tu...tapi geng amuk dia dah meninggal la...

::NureeN:: said...

hahaha, haku x tau pong, nmpk sgt x ikut semasa hahha

Eye_nee said...

Apalah yg ada dlm fikiran seorg Ibu beranak dua ni...Misteri betul..

kurus said...

tulah ada juga tgk dpm berita .. ahha macam2 hal orag nie ;)

Nieda said...

otak bijak ni.

akubiomed said...

Kalau pakai topeng Power Ranger akan menarik tumpuan.

RamRamCute said...

hikhikhik...power rangers lagik...

HeNRieTTa JoSe said...

Hehehe....kiut jerk pkai power rangers...klu pkai hello kitty mungkin lebih sweet....rietta xtaw plak nama dia muhdalena....

Azian Elias said...

pandai lak malu ek..

mamawana said...

disebalik topeng tu nampak mcm dia senyum senyum.. dlm hati dia nyanyi yey yeyyyyy..... (trademark Bandi Amuk)

aliza said...

macam2 orang sekarang... tak dapat nak dinilai dan dibaca apa ada dalam fikiran dia orang, berani x bertempat la tuh..

izz iizza said...

cari la topeng comel sikit..princess ker..ni power rangers..ishh..dh rasa cam power rangers kot dia ni..:)

mama aini said...

ehem..macam2 hal..apa motif sebenar dia ek?..

edane said...

Hahahha kalah anak aku... Hahhaha suka topeng power rangers!!!

Cikgu Ma said...

buat lawak plak...

Shasha Mohamed said...

Mmm pakai topeng power rangers??
Bagus gak tu supaya orang tak dapat tangkap gambar muka dia...
Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan adil.

Bitt (double IS) said...

nasib baik tak pakai topeng spiderman..

Anonymous said...

ni blog adik dia muhdalini http://2selendangkuning.blogspot.com/