Sembilan hari tak buang air besar
Saya seorang wanita berumur 38 tahun. Masalah saya sejak melahirkan anak yang keempat lapan tahun lalu adalah kesukaran membuang air besar hingga adakalanya membuatkan saya sembelit.
Paling lama saya tidak membuang air besar selama tujuh hingga sembilan hari sehingga saya mengalami pening kepala, loya dan perut senak. Malah saya terpaksa mengambil pil kurus hanya untuk melawaskan masalah buang air besar.
Saya sudah beberapa kali ke klinik tetapi ubat (cecair jernih) yang diberikan tidak berkesan. Nasihat doktor supaya banyakkan minum air dan makan makanan seimbang juga sudah saya ikuti tetapi tidak berhasil. Saya juga cuba makan betik dengan banyak setiap hari selama seminggu tetapi gagal.
Untuk pengetahuan doktor, keturunan saya ada mengalami sakit barah usus dan ini membuatkan saya takut.
Saya ada bertanya soalan kepada doktor di klinik yang pernah saya kunjungi, ada yang mengatakan mungkin usus saya sempit. Apakah pandangan doktor mengenai masalah saya ini? Apakah rawatan terbaik untuk mencegahnya daripada merebak dengan lebih teruk?
LIN,
Shah Alam Selangor
KESUKARAN membuang air besar sering dikaitkan dengan kurang meminum air dan mengambil makanan berserat (buah-buahan dan sayur-sayuran).
Lazimnya keinginan membuang air besar dirasai setelah makan. Anda mungkin perlu meluangkan lebih masa seperti melatih anak kecil membuang air besar. Meminum lapan hingga 10 gelas air setiap hari, mengelakkan meminum teh serta membiasakan
diri ke tandas sejurus terasa ingin membuang air besar dapat membantu. Jika diabaikan keinginan awal itu (lazimnya kerana sibuk di tempat kerja ataupun ingin menangguhkannya), ia boleh menyebabkan tanda ingin membuang air besar terbantut.
Pada masa sama, anda juga boleh menjalani pemeriksaan usus oleh doktor pakar pembedahan am contohnya menjalani pemeriksaan kolonoskopi.
Jangkitan selepas hubungan kelamin
Ini kerana saya berasa sangat gatal sehingga saya perlu ke bilik air untuk mencuci faraj.
Adakah perbuatan mencuci faraj selepas melakukan seks akan mengurangkan peluang untuk hamil?
Selepas melakukan hubungan kelamin, adakah benar perempuan harus baring sekurang-kurangnya 20 minit untuk meningkatkan peluang kehamilan?
MAI,
Kuala Lumpur
GESELAN sewaktu hubungan seks boleh mengundang jangkitan kuman yang sedia ada pada permukaan kulit kita ataupun pasangan seksual kita, lebih-lebih lagi jika permukaan kulit kemaluan kita kering dan tiada cecair syahwat keluar.
Lazimnya sperma tidak dapat bertahan melebihi setengah jam di dalam faraj. Itulah sebabnya ada pandangan yang menggalakkan wanita berbaring selama setengah jam bagi menambah peluang sperma yang masih ada di dalam faraj (yang masih hidup) untuk berenang memasuki pintu rahim (serviks) dan hidup dengan lebih lama lagi selepas itu.
Setelah itu, bolehlah anda ke tandas untuk mencuci kemaluan. Namun, perbuatan mencuci kemaluan berlebihan juga boleh menukar pH dalam faraj dan ini boleh menyebabkan kuman mudah membiak sehingga menyebabkan kesan jangkitan.
sumber: harian metro
8 comments:
thanks for the share....
kita masalah #1.. mmg dalam family gitu.. pastu amik teh orang kampung sbb nka kurus konon.. rupanya sangat kasi lawas.. maka cerita nya minum j ela teh orang kampung tu.. alhamdulillah.. biiznillah... hilang pening, hilang angin..
As salam Wahida,
Info no 1 tu mmg bagus bg org mcm aku ni ha... tp skrg ni dah makin pulih... nikmat tu kan...hehehe ;)
eh baguslah ade ni.. agak2 sembelit jek baca sini:)
Bagus....ko suka kongsi info yg ada pekdah ni.Bermanafaat utk yg lain. Ni akak nk kasi komen sikit, jangan sentap tau. tulisan oren sebelah kanan tu mintak tukar kaler lain la Wahida. mungkin lebih manis dan kiut untuk dipandang n d baca. :)
9 hari x buang air besar..mak oii...takut plak aku dgr...yg no 2 tu...dh lama x mengalami..so no comment..
ehem kesiannya dah 9 hari tak buang air.. :)
eh baguslah ade ni.. agak2 sembelit jek baca sini:)
Post a Comment