Beijing: Sebuah bandar di selatan China memberi amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan ancaman piranha selepas ikan itu menyerang dua orang yang masuk ke dalam sungai.
Malah, pihak berkuasa bandar itu menawarkan hadiah wang tunai 1,000 yuan (RM500) setiap seekor ikan bagi sesiapa yang dapat menyerahkannya, hidup atau mati, lapor media di sini, semalam.
Seorang penduduk, Zhang Kaibo, berkata tangannya terpaksa dijahit selepas tiga ikan itu menyerangnya ketika dia membasuh anjing peliharaannya di tepi sungai.
Dia berjaya menangkap seekor ikan itu tetapi ia mati tidak lama kemudian.
“Ibu saya sudah memotongnya dan kami merancang untuk makan tetapi beberapa pegawai tempatan datang dan mengambilnya untuk tujuan kajian,” kata Zhang.
Penduduk diminta buru Piranha
Pihak berkuasa perbandaran Guangxi di Liuzhou meminta penduduk memburu dan menangkap ikan itu yang berasal dari Amerika Selatan.
Ikan itu menggigit dua penduduk awal minggu ini ketika mangsa berada di Sungai Liujiang, lapor China Daily.
“Pihak berkuasa melarang penduduk menggunakan pukat untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang lalu di bandar itu tetapi tidak di tempat lain kerana ada langkah keselamatan diambil.
“Selain itu, lima bot membawa nelayan berpengalaman sudah ditempatkan di sungai itu sejak Isnin lalu,” kata pegawai Liuzhou, Wei Yongwen.
“Selain itu, lebih 40 nelayan lain daripada sebuah persatuan memancing tempatan turut menyertai usaha ini. Mereka menggunakan cebisan kecil khinzir untuk mengumpan ikan itu,” katanya lagi.
Ada juga penduduk berkumpul di tepi tebing sungai membawa joran sendiri untuk membantu, katanya.
“Agak menakutkan ikan seperti itu berada di sungai ini. Saya tidak dapat berenang lagi di situ. Saya harap mereka dapat tangkap semua piranha dalam masa terdekat,” kata seorang penduduk, Liu Junjie.
Kebimbangan tidak berpanjangan
Bagaimanapun, kebimbangan pihak berkuasa dan penduduk tidak dijangka berpanjangan kerana ikan itu mati apabila suhu air turun di bawah 15 darjah Celcius di Guangxi terutama apabila tiba musim sejuk, kata China Daily.
Media China melaporkan, ikan itu mungkin dilepaskan oleh penduduk yang membelinya sebagai haiwan perhiasan dan pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan bagi menyekat jualannya.
Agensi
sumber: berita harian
13/07/2012
17 comments:
sape la yg lepaskan kat sungai tu? bikin bala btul
horror... cam cite piranna lak
aduiii .. takutnya
dengar namanya pun dah takut...
ikan ni mmg menakutkan.
dengar nama dia pun ngeri.minta dijauhkan dgn diri ini huhuu
camner nk tangkap tu..pakai jala pun mau jala tu dia baham..
MQ tengok cite ni pun Dah ngeri... Takut tengok rupa ikan ni... Salam perkenalan... Follow u..
Bila baca entri ini mengingatkan filem Piranha.
Nasib baik kat sungai kita tak ada ikan tu.....:)
hish!!!!dasyat sungguh ikan nie....
tingat citer dulu dulu...seram...dia mkn org smpai tinggal tulang....
Nasib baik ikan tu tak tahan suhu sejuk, kalau tidak mesti beranak pinak pulak..
ikan yang sentiasa ada cerita
gerunnya ikan ni ...
meh tengok sapa yg Glamer dlm latest edition ICEMAG ( VOL 23 ) ..
Click here..http://gilamodified.blogspot.com/2012/07/glamer-lagik.html
akak penah tgk dokumentary pasal pirana ni. slalunya pirana ni kalo dia lapar gila baru dia serang manusia. kalo mmg ada makanan lain kat sg tu, dia takkan serang manusia. tapi dengar nama ikan tu aja dah cukup menakutkan
woohhoo.. sangat menakutkan...
ehem nasib baik kat malaysia takde ikan ni.. :(
Post a Comment