nuffnang advert

Saturday, July 21, 2012

Lelaki hilang semua jari kena jangkitan tikus

Portland: Seorang lelaki dari Oregon yang dijangkiti penyakit jangkitan tikus yang jarang berlaku, kehilangan semua jari tangan dan kaki, dibenarkan keluar dari hospital, kata pihak berkuasa pusat perubatan berkenaan semalam.

Paul Gaylord, 59, menghabiskan masa kira-kira sebulan di unit rawatan rapi dan bergantung kepada alat sokongan hayat selepas dijangkiti penyakit dikenali Bubonic Plague ketika cuba mengeluarkan tikus dari mulut kucing miliknya 2 Jun lalu.
Kucing yang tercekik itu menggigit tangan dan mencakar Gaylord, menyebabkan bakteria pada bangkai tikus terbabit menjangkitinya.

Penyakit itu menyebabkan kelenjar limfa membengkak dan anggota dijangkiti menjadi busuk dalam tempoh singkat. Jika tidak mendapat rawatan segera, pesakit boleh mati dalam tempoh empat hari. - Reuters


sumber: berita harian
20/07/2012 

14 comments:

Cinta Misteri said...

Seb baik kat Portland bukan Port Klang. Kalau tak, raya tak berjarilah....org lain jari putus sbb main mercun,ni sbb tikus. Macam2 skang nie...

Salam Ramadhan :)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

takutnya.. macam2 penyakit sekarang ni..

selamat menunaikan ibadah puasa :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

bahaya tikus ni yea..
tikus ok pula..
kene manusai terus jadi lain..
sama2 menjaga kebersihan..
tgok tikus2 kat bandar2 takut..huhuhu..

Azian Elias said...

Nauzubillahhh...menakutkan kan..

khairul said...

smlm bru dpt tangkap sekor tikus...ingat nk bakkar jer...kesian la plak ...so lepas kan dia balik

ciknor said...

dulu2 tak de plak, mungkin masa tu ilmu perubatan blm maju.

Nizam said...

Sini putus jari sebab mercun

jeBateja said...

Mcm tu punya kuat kuman pada tikus....pehhh....seram mak nyahhhh

L said...

takutnye baca berita ni... hurm. semoga kita sentiasa aware..=0

jom baca sat..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/07/panjatkan-kesyukuran.html

Angah said...

ngeri jugak noo,..patotla tikus memang tkleh wat kawan...

Goa pindul said...

Hayoo.. berlibur ke sini.

SURIA AMANDA said...

erk...menakutkan la...

William Hilzer said...

ngeri jugak noo,..patotla tikus memang tkleh wat kawan...

Hilzerhcah said...

Sini putus jari sebab mercun