nuffnang advert

Wednesday, March 14, 2012

soal jwb agama: pelihara adab mimpi, harus jaga kebajikan binatang & pinang kinayah

Pelihara adab mimpi



SAYA memerlukan nasihat daripada Datuk mengenai roh arwah mak saya. Baru-baru ini, ayah mendakwa ternampak arwah mak datang duduk di sebelahnya dalam keadaan separuh sedar. Dia juga mendakwa arwah tidak bersuara atau bercakap walaupun sepatah, sebaliknya hanya duduk dan melihat ke arah lain.

Kejadian itu berulang, apabila ayah terlihat sekali lagi roh arwah mak yang menghulur salam dan mencium tangan ayah. Apakah makna kejadian itu? Adakah roh arwah mak tenang atau sebaliknya?


ABDUL

Raub, Pahang
 
 
Ibn Qayyim menceritakan bahawa orang yang sudah mati boleh berkomunikasi dengan orang hidup melalui mimpi. Alam itu adalah alam yang mana mereka dapat berkongsi, wallahuaklam.
 
Dalam hal ini, hadis menjelaskan bahawa mimpi bukan satu hujah untuk kita berpegang dan mempercayainya. Hadis Nabi SAW bermaksud; “Mimpi yang baik itu adalah daripada Allah dan mimpi yang buruk itu gangguan syaitan.”


Oleh itu jangan terpengaruh dengan mimpi itu. Adab dalam menghadapi mimpi ialah apabila mendapat mimpi yang baik, berdoalah kepada Allah minta kebaikan.
 
Jika memperoleh mimpi buruk pula, mohon perlindungan daripada Allah supaya menghindari keburukan mimpi itu. Berdoalah kepada Allah, semoga roh arwah akan terus tenang dan bersama para solihin.




Harus jaga kebajikan binatang



SAYA ingin membuka perniagaan menjual makanan haiwan seperti kucing, anjing dan arnab, ubatan dan berkemungkinan menjual haiwan peliharaan atau tempat ‘grooming’ haiwan. Masalahnya, ia membabitkan anjing dan sebagai orang Islam, saya tahu anjing adalah najis mughallazah

Apakah hukum menjual anjing dan makanannya kepada pelanggan? Apakah hukum anjing masuk dalam kedai? Bagaimanakah dengan proses menyamak, perlukan ia dilakukan di seluruh kedai atau mungkin bilik khas untuk anjing disediakan?
 
Selain itu, sekiranya ada anjing di dalam kedai saya, benarkah malaikat rahmat tidak akan masuk dalam kedai?
 
 
RIZAL

Teluk Bakong, Perak



Menjadi veterinar, membuka kedai haiwan, menyelenggara kebajikan dan keperluan haiwan serta menjual haiwan adalah harus sekalipun ia anjing. Anjing termasuk dalam haiwan yang membawa najis yang perlu disamak saja. Jika memegang anjing dan perkara yang berkaitan najisnya maka samaklah anggota dan diri saudara.


Sebaiknya, jika mampu, sediakan bilik khas untuk haiwan yang membawa najis ini.
 
Ini memudahkan saudara sendiri mengawal keadaan. Tidak ada kaitan malaikat rahmat tidak bersama saudara kerana anjing. Pekerjaan yang saudara lakukan ialah menjaga kebajikan makhluk lain.
 
Hukum fiqah menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan berkenaan. Sedangkan seorang pelacur yang memberi minum anjing yang kehausan diberi ganjaran syurga, Allah SWT akan merahmati hambanya yang menyayangi makhluk lain atas muka bumi ini.




Pinang wanita edah secara sindiran


APAKAH yang dimaksudkan dengan ‘pinang kinayah’ dan adakah ia sah? Selain itu, apakah hukum menganggap seseorang lelaki sebagai suami dan wanita itu isteri, sedangkan kedua-duanya belum bernikah?


RAZALI

Jerteh, Terengganu



Kinayah bermaksud isyarat atau sindiran yang tidak jelas dan lawannya ialah soreh atau jelas. Meminang secara kinayah bermaksud seorang lelaki berhasrat meminang seorang perempuan yang di dalam edah dan tidak boleh berkahwin.
 
Haram lelaki meminang wanita dalam edah namun harus hukumnya memaklumkan secara kinayah atau tidak langsung kepada wanita terbabit supaya dia tahu ada lelaki berhajat kepadanya dan bersedia menunggu sehingga dia habis edah.
 
Sebarang anggapan hubungan suami isteri tanpa ikatan sah di sisi agama melalui perkahwinan adalah tidak sah dan diiktiraf oleh agama atau perundangan.
 
 
 
sumber: harian metro

18 comments:

SangRatoo said...

tq Da..for the info.. :)

Izwa Kamaruddin said...

tq for the info beb!

Eye_nee said...

gud info...byk yg terjawab....

Anum said...

terima kasih atas perkongsian ini beb

Munn Jaafar said...

sy suka apa pun yg bkaitan anjing... ada anjing kat opis ni comel sgt! belum smpai nk pegang je.. =)

Salwa said...

time kasih for the info. :)

suwara entertainment said...

thanks for sharing kak :)

rasp said...

sgt suka dgn info no. 1 tu sbb ada 2, 3 org staff nie slalu sgt suka nak tafsir mimpi dorang...and kkdg siap asyik tanya org lain maksud mimpi dorang...

slalu i jwb..."jgn caya lah pada mimpi2 nie...mainan tidor jer tu" now i have a better answer! tq...

+ e.z + said...

yg no 3 tuh eB x phm. ader eh gitu?

Neeza.Areef said...

mimpi pn ada adabnya...Islam itu indah

qemaishak said...

Terima kasih:)

CaDLyNN said...

tq :)
good info

Cho Zila said...

rasa macam kita dah taukan tapi ada soalan gini eh banyaknyer aku tak tahu..
thanks kongsi info ini...

kurus said...

gud info dikk
nak2 tang binatang yg kita nak jaga tuu .. kalau cerita pasal pelacur dan anjing yg kehausan itu sgt2 lah popular .. meruntun jiwa ..

fatin said...

ic..ic.. baru tahu jer nih

Mulan said...

takut jgk kalo mimpi2 yg menakutkan kan..

tapi yg paling tension kalo mimpi amik spm.. rasa berdebar gila & rasa nyesal tak belajar rajin2..

Softtouch [Hanim] said...

tq info tu....sgt berguna

mama aini said...

thanks atas info2 begini..