Pada suatu masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka.
Tiada seorang pun yang malas. Suatu hari rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang MALAS.
Pada hari pengumuman tersebut muncullah seorang lelaki lantas mengaku… “Sayalah orang yang paling malas di kampung ini tuanku”.
Raja pun bertanya,
“kalau begitu sila beritahu beta apa tahap kemalasan kamu?” . Jawab lelaki itu: “kalau saya nak makan kena ada orang suapkan.
Haa…macam tulah teruknya tahap kemalasan saya tuanku”.
Tiba-tiba datang lelaki ke 2 berkata : “ Saya lebih malas dari dia tuanku”.
Raja pun bertanya: “Sampai mana pulak tahap kemalasan kamu tu?. Jawab lelaki itu: “kalau saya nak makan kena ada orang tolong kunyahkan tuanku”.
Raja geleng kepala.
“Isy,isy, isy… teruk betul tahap kemalasan kamu, ni dah sampai tahap maksimum, jadi kamulah yang paling ma..….”. Belum sempat raja menghabiskan kata-kata untuk mengumumkan lelaki tersebutlah yang paling malas di kampung itu, tiba-tiba bersuara seorang lagi lelaki lain dari belakang.
Lelaki ini kelihatan kurus dan amat lemah sekali berkata: “ Bukan dia …. tapi sayalah yang paling malas tuanku”. Raja bertanya : “Hah.. cuba nyatakan tahap kemalasan kamu tu”.
Jawab lelaki kurus dengan suara lembik: “ Isyh… nak citer pun malas…….”
sumber: cari.com
27 comments:
huhu..lawak la..hiburan time petang-petang macam ni..
:-D lawak pepetg gini mmg best..
mls nak komenn..hehehe
memang paling pemalas yg last tu haha
hahah....adey terkekeh kecik aku ketawa nok..
alahai smpai tera tuh...
haha
unta pdg pasir pn x mls mcm kamu!
:D
malas pulak aku nak komen...hahahaha.
haha yang last tu mmg pemalas tegar! hahaa
malas betul ni hehehee!
hehehe...malasnya..
hehehehe...terhibur ptg ni...
hiks...
macam2 jenis org malas ni yer
ahahahhaa....
hahahaha..malasnye si pemalas yg tahap kemalasannye melampau2..haha
hahaha, betol la tu.. nak citer pon malas...
raja tak sedar dia pun malas..:)
hahahahaha...nak cite pun malas..
ah malas la nak komen! haha
Asalkan jangan malas nak update blog ye...
adehhhhh macam2 malas nie ..
niehh akak tgh malas gak nie ;)
ya ampun pmalas btul nye dia haisyh
akk pon kdg2 malas gak huhuhu
Moral of the story...malaslah berpada pada..hahaha
kui kui kui
sy lagi mls nk buka mulut pn mls..haha (tpi dh taip dh pon..hihi )
malas nak baca!tak kosa nyah..hahahaa...
hihihi..malas sungguh!
pemalas nak hapdet la nie..copy paste email..hhahahahahaha
malaslah nk gelak skrg nih..kemudianlah ye hehe
ha2x..memang paling malas pun yg last tu.. :)
Post a Comment