nuffnang advert

Wednesday, February 29, 2012

soal jwb agama: hak penjagaan anak, isteri enggan mengandung lagi & anjing kencing depan rumah

Nenek terkilan cucu diambil


MERUJUK Harian Metro pada 30 Disember 2011, kelayakan penjagaan anak jatuh kepada ibu apabila berlaku perceraian. Bagaimanapun ibu akan hilang hak penjagaan apabila berkahwin lain, berkelakuan buruk secara keterlaluan, menganiayai anak dan murtad.
 
Hak penjagaan anak jatuh pada:


1. Nenek sebelah ibu,

2. Bapa

3. Nenek sebelah bapa.
 
Bagi kes saya, anak perempuan saya meninggal dunia selepas melahirkan anak lelaki sulungnya. Lebih setahun saya menjaga cucu dan selepas itu bekas menantu saya berkahwin dan membawa cucu saya bersamanya.
 
Untuk pengetahuan Dr, arwah adalah satu-satunya anak perempuan saya dan itu jugalah satu-satunya cucu yang saya masih ada. Saya ingin bertanya apakah kelayakan saya sebagai nenek sebelah ibu pada anak (cucu) itu?
 
NENEK,

Kuala Lumpur
 
 
ISLAM amat menitikberatkan penjagaan anak (hadanah) untuk kebaikan mereka terutama kasih sayang dan pendidikan sempurna. Islam sudah menggariskan hak penjagaan seperti di atas.
 
Puan lebih layak menjaga cucu itu berbanding dengan bapa sehingga anak itu mencapai umur tujuh atau sembilan tahun. Setelah itu, bapa boleh mengambil anaknya dengan diberi pilihan kepada anak itu.
 
Tidak salah untuk berbincang dengan menantu untuk kebaikan bersama. Dengan kata lain, bawalah berbincang secara baik dan terangkan kesediaan puan untuk menjaga cucu.
 
 

Isteri enggan mengandung lagi


ISTERI saya berusia 38 tahun dan kami sudah dikurniakan empat anak dan kini isteri sedang hamil anak kelima. Isteri pernah mengadu kepada saya dia tidak mahu lagi mengandung selepas ini.
 
Bolehkah di dalam Islam isteri mengikat saluran peranakan bagi mengelaknya daripada mengandung lagi?




JALIL,
Kuala Lumpur
 
 
ISLAM membenarkan pencegahan kehamilan dalam keadaan tertentu, antaranya apabila kehamilan mendatangkan kemudaratan kepada ibu atau ibu ada penyakit terutama membabitkan bahagian rahim
 
Menjarakkan kehamilan dibenarkan bagi memulihkan kesihatan ibu iaitu biasanya antara dua tahun. Mengikat saluran peranakan (tiub fallopio) menerusi kaedah `tubal ligation’ pula juga dibenarkan apabila ia benar-benar perlu dan mendapat nasihat daripada doktor Muslim.
 
Ia ada kemungkinan mendatangkan keburukan kepada ibu pada masa akan datang.

Sebaiknya, berjumpa doktor pakar bagi mendapatkan nasihat mengenai perkara berkaitan.
 
 
 

Anjing kencing depan rumah


SAYA ingin kepastian berkenaan kencing anjing liar yang berada di hadapan rumah saya. Saya terlupa membersihkannya dan keesokan harinya ia hilang selepas terkena air hujan.
 
Adakah saya tetap perlu menyamak kawasan yang terkena najis itu? Sekiranya saya was-was jika sebelum ini pernah terpijak air kencing itu, perlukah saya menyamak lagi kaki dan kasut yang saya gunakan sedangkan ia sudah lama?
 
Atau ada cara yang lebih mudah untuk mengelakkan perasaan was-was sebegitu?




NASEHAH,
Sabah
 
 
SECARA umumnya, mana-mana kawasan halaman rumah yang terkena kencing anjing liar dikira suci apabila tersiram dengan air hujan. Lebih-lebih lagi apabila najisnya sudah tiada.
 
Dengan itu anda tidak perlu menyamak kawasan berkenaan. Terdapat riwayat daripada Rasulullah s.a.w yang menyatakan bahawa ada seorang badwi terkencing dalam masjid.
 
Rasulullah s.a.w hanya mengarahkan supaya disiram air untuk membersihkannya. Menurut Rasulullah s.a.w ajaran Islam datang untuk memudahkan dan bukan untuk menyusahkan (Sabiq 2000: I: 20)
 
Suruhan itu adalah untuk memudahkan orang Islam dalam membersihkan sesuatu kawasan dan anda tidak perlu was-was dengan kebersihan kawasan rumah anda tersebut.
 
 
 
sumber: harian metro

18 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

yup yup..diberi pada ibu..

kakchik@ella said...

thanks for sharing this, wahida.

fiza said...

Mekasih ustajah, good info.

Diana @ bilakukatacinta said...

ada hikmah kenapa baby/budak diberikan hak penjagaan (keutamaan pd waris sebelah ibu). Ada ustaz kata, sebab seseorg bayi itu dibesarkan oleh ibunya dengan cara tersendiri (kebiasaannya adalah cara yg sama dahulu digunakan oleh si nenek utk membesarkan si ibu). So, cara didikan..dan layanan biasanya lebih kurang sama.So, anak yg baru mengenal dunia ni..insyaallah x akan mengalami krisis emosi/confuse sepanjang proses membesar...

Kakzakie said...

Bagus utk dijadikan panduan...

mama aini said...

thanks share.. :)

Neeza.Areef said...

mekasehh..good info

kayyana said...

info yang sgt baik.. persoalan dan jawapan yang bernas..

qemaishak said...

Thank for sharing kak:)

intan_blur said...

thx beb..take note

NzA said...

tqsm 4 sharing....

m.u.l.a.n said...

pagi tadi kat surau pon kami ada bincang pasal hak penjagaan anak..

ieja amieja said...

thanx wahida sharing info tuh..lbh2 lg berkenaan ngan anjing tuh..sebab akk pun kadang2 was2 jg ngan anjing jiran nun sana,,suka kencing merata..kadang2 lak lepak jap dpn umah ni, x pun nmpak dia kencing kat pasu bunga akk kat dpn tuh..

Anonymous said...

Thanks..
Moga2 jd rujukan buat kita..

Ena said...

Thanks..
Moga2 jd rujukan buat kita..

terklik anon plak..uhukk..

Maya Mayana said...

Thanks for sharing..bertambah ilmu aku....entry retiss dah malas nk baca sangat,maklumlah umur makin meningkat...

ieda said...

sian lakk

TQ sharing wa .. ;)

MaryaYusof said...

Nice sharing :)