nuffnang advert

Wednesday, January 11, 2012

soal jwb agama: hukum bedah siasat, hukum pampasan insurans & adab berjimak

Bedah siasat tak seksa mayat

SAYA memerlukan penjelasan mengenai hukum mengizinkan bedah siasat ke atas mayat si mati.

Adakah Islam melarang prosedur itu?


NADIA
Ipoh, Perak



Bedah siasat dijalankan bagi tujuan mencari bukti pendakwaan atau pembuktian bagi kes kematian luar biasa seperti dibunuh mahupun kemalangan.

Ia dapat membantu manusia mencari keadilan dalam beberapa kes dan turut mendapatkan pampasan wajar. Bedah siasat adalah harus dan tiada kaitan dengan menyeksa mayat kerana tujuannya murni iaitu mencari kebenaran.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-61 yang bersidang pada 27 Januari, 2004, ketika membincangkan hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah memutuskan bahawa:
“Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan jika keadaan darurat dan ada keperluan mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenal pasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan, khususnya dalam bidang perubatan.”



Hukum pampasan insurans

ANAK saya meninggal dunia disebabkan kelalaian pihak ketiga. Saya membuat tuntutan pampasan dan pihak ketiga sudah membuat bayaran. Bayaran berkenaan adalah wang insurans yang diterima oleh pihak ketiga. Adakah wang pampasan ini halal?


YUSOFF
Shah Alam, Selangor


Untuk setiap kelalaian sehingga menyebabkan kehilangan nyawa, ada harga yang perlu ditanggung. Jika benar ia berpunca daripada pihak ketiga dan pihaknya juga mendapat insurans, bayaran itu halal mendapatkan hak saudara.

Namun, ia bukan harga atas kehilangan nyawa kerana tidak mungkin nyawa dapat dibayar, sebaliknya sebagai pampasan yang boleh menyejukkan jiwa bagi merawat kehilangan tidak berganti.



Suami isteri perlu ikut adab ketika berjimak


SAYA bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan. Apakah hukum suami isteri berjimak dalam keadaan berbogel? Benarkah hasil benih berhasil jimak begitu, bayi yang dilahirkan nanti akan terencat? 

MAT,
Johor


ANTARA adab yang baik ketika bersama dengan isteri ialah menutup atau menyelimuti diri dan isteri dengan kain dan jangan berada dalam keadaan bogel.

Ini bagi menjaga aurat sesama pasangan dan melindungi daripada pandangan luar seperti intipan. Al-Tabrani meriwayatkan bahawa : “Apabila di antara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah kedua-duanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keldai.”
(Tabarani).

Pandangan bayi lahir akan terencat dengan sebab itu tidak benar. Ia ditentukan Allah dan bukan atas sebab persetubuhan begitu. Seterusnya hendaklah dibaca doa berlindung daripada syaitan.

Jika dikurniakan anak ia tidak dimudaratkan syaitan.



sumber: harian metro

39 comments:

Izwa Kamaruddin said...

good :D

mama aini said...

Thanks share info yg sgt berguna ini !!..

ZSqueenbee said...

wow superb..tankz 4 sharing akak chumell...

Jahirah said...

tak semua org tahu ni....

cheqna said...

soalan ketiga tu penting untuk cheqna =)
thanks mek kak..=)

Munn Jaafar said...

yg last tu....ehem!!

amirah said...

like..

~izan~ said...

info yg bagus =) tq!~

abghani said...

ilike

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Thanks for sharing this!

emarieys said...

good info

intan_blur said...

tq bbe..;)

eMMe said...

kenkadang mende simple pun ramai tak tau,hehehe..tq kak ida, amik nota ni, heeee~

Fiza Rahman said...

Info yg bagus. Aku baru tahu pasal bedah siasat mayat tu tak seksa mayat.

Hanis Azla said...

terima kasih..

Unknown said...

thanks for sharing

qemaishak said...

Terima kasih....

eB said...

tq dear :)

as fadhli said...

good info,,,-D

Tie HT said...

thanks 4 sharing wahida :)

Anak Wak Mail said...

baru tahu.bab yang last tu,,lampu pon kena tutup kan??ngeh3x..;P

adarnadzmie said...

good info buat semua.. tq wahida...

Kakzakie Purvit said...

Bagus kerana nampak mudah api masih ada yg belum tahu kan...

munna said...

bagus ni buat tambah ilmu semua

Unknown said...

selimut???
selimut buat apa..nak rakam cemana kalau selimut...muahahaah

Juliet_iRa~" said...

thankss kak..:)

Kamalia said...

Tq kak:))

duniaanita74.blogspot.com said...

info yg bagus..tq..

Amie said...

rasa ngerilah kalau dengar bedah mayat!

dear anies said...

yg last tu ramai yg tau tp wat2 lupa

kurus said...

TQ sudi sharing dik ;)

NzA said...

byk info yg brguna...

Queenie said...

baguss...

Aida Tamrim said...

Bagus2 .. Sangat2 bermanfaat ^^

Neeza.Areef said...

good info

Pia said...

"mmg utk mencari kebenaran..tp kalau kita tak benarkan doktor tk boleh buatkan...cth ank buah akk meninggal ms tgh tidur(baby lg..)..doktor nk bedah sbb nak cari penyebab...kami tak benarkn sbb dah mati pun,nak cari sebab apa lagi...itu jer...tp kalau kes jenayah tu lain lah.."

mummyrinazone beauty said...

yang bedah2 kena dapat permission dr parents dulukan?kalau takder sebab kena bedah takpayah bedah..mcm kesian pd mayat..tapi kalau utk kebaikan n nakkan buktiker aper bolehlah bedah

Unknown said...

good info...ternganga jap kak...nak2 yg part las tu...huhu

Anonymous said...

http://eekshop.com
BRUSSELS, September 2012 ?Multilingual search engine optimization (SEO) service hire company MO Group International,is the fact proud of to ensure they are awarded at the outset place on the basis of topseos the independent authority all around the online marketing vendors. Founded all around the 2005, MO Group International usually dedicated for additional details on so as to provide multilingual SEO strategies,available on the web marketing and on the internet and localization services. The company causes it to become businesses so that you have SEO solutions and has to offer you a a different range having to do with on the web and optimization and multilingual copywriting services throughout the a lot more than 40 languages back and forth from around the world