nuffnang advert

Wednesday, December 7, 2011

soal jwb agama: cerai tanpa lafaz, hukum main poker Internet & makan masakan bukan Islam

Tak sah cerai tanpa lafaz

ADAKAH jatuh talak jika seorang suami hanya terlintas di dalam hati untuk bercerai, sedangkan tiada lafaz diucapkan?

FAKHRUL,
Pahang


TALAK perlu menggunakan sighah iaitu lafaz seperti perkataan: “...aku ceraikan engkau! Jika lafaznya terang seperti di atas, jatuh talaknya walaupun tanpa niat.

Ini kerana talak tidak boleh dimain-mainkan. Jika lafaz itu tidak jelas (kinayah), maka tidak jatuh talak kecuali dengan niat. Begitu juga talak tidak jatuh jika hanya berniat tanpa melafazkan.

Dalam persoalan niat, apabila berniat hendak berbuat amal baik, kita sudah termasuk mendapat ganjarannya. Bagaimanapun, bagi niat melakukan kejahatan sebelum melakukannya, dikira masih belum berdosa.


Poker Internet tanpa taruhan

APAKAH hukum bermain poker (judi) di Internet iaitu bermain hanya sekadar suka-suka saja dan tidak membabitkan pertaruhan duit sebenar.
Bolehkah ia disamakan dengan permainan lain di Internet? Boleh Dr jelaskan hukumnya kerana ada yang berpendapat haram kerana menyamai perjudian sebenar.

Ada yang mengatakan ia tidak haram kerana sama saja dengan permainan lain di Internet.

MUHAMMAD,
Johor


JUDI termasuk dalam perbuatan haram dalam Islam (al-Quran, al-Ma’idah (5): 90-91). Ia perlu dijauhi sama ada kecil atau besar. Bagi lebih memahami maksud judi itu, ia secara umum membabitkan dua perkara berikut, iaitu (1) sumber hadiah berasal daripada apa-apa benda termasuk duit sebagai deposit atau taruhan daripada semua peserta, dan (2) semua peserta perlu mengambil risiko sama ada menang atau kalah di dalamnya (Ashraf Md Hashim 2003).

Sekiranya permainan poker di atas tidak membabitkan perkara di atas, ia bukan judi yang ditakrifkan haram dalam Islam. Bagaimanapun, permainan sedemikian dikira membazir waktu dan wajar dijauhi.

Justeru hukumnya berbeza-beza. Ada berpendapat permainan sedemikian hanya makruh, harus atau haram berdasarkan keadaan tertentu.

Ada menyatakan ia haram kerana melakukan aktiviti tidak berfaedah dan untuk keseronokan semata-mata. Lebih bermanfaat mencegah diri daripada permainan berkenaan.



Masakan bukan Islam

BOLEHKAH orang Islam makan dan minum daripada masakan yang disediakan oleh orang bukan Islam?

Saya tinggal serumah dengan seorang bukan Islam dan saya tahu bahawa dia memakan daging babi dan meminum arak.
Namun demikian, dia tidak pernah membawa pulang makanan dan minuman berkenaan balik ke rumah dan tidak pernah memasak daging itu di rumah kerana menghormati saya sebagai orang Islam.
Jika di dapur, adakalanya dia memasak bahan-bahan yang saya beli dan kami makan bersama. Bolehkah saya memakan hidangan yang disediakannya?

Jika boleh, bagaimana pula dengan penggunaan barang- barang di dapur? Boleh kami berkongsi atau tidak?


NURUL HUDA SAHAK
Kuala Lumpur



Orang bukan Islam tidak najis. Kita boleh bergaul dengan mereka seperti biasa bahkan dituntut menghormati mereka sebagai manusia juga.

Jika dia tidak memakan perkara haram dan memasak apa barangan yang saudari beli, maka hormatilah persahabatan ini dengan penuh toleransi. Selagi tiada apa yang haram, tidak salah berkongsi dapur. Apa yang dia lakukan di belakang saudari adalah haknya sebagai bukan Islam.



sumber: harian metro

31 comments:

fazrulnoor said...

kalau was2 harus jauhi kan :)

Juliet_iRa~" said...

wahh lengkap!heee

miss Fyqa said...

gud info kak... ehee. fyqa x ske main game. xtau nape.. =)

mama aini said...

tahnks share..masa mama bujang dulu..pernah tinggal dgn kawan cina..he2x..

emarieys said...

oh ramai yg suka main games poker kat fb ni

cheqna said...

lama rasanya tak dop segmen ni kan??? ke cheqna ketinggalan ni hehehehe

Izwa Kamaruddin said...

tq for the info :D

attyfir said...

thanks ieda..info yg menarik nie.

Tie HT said...

good sharings ..temkiu :)

Prettywrite said...

suami siapalah yang berhasrat nak ceraikan isteri dia tu..huhu..

Unknown said...

masa dok jepun dulu....sy tibai semua ...( tu masa zaman dulu...la ni dh taubat dah )

Hanis Azla said...

perkongsian yg baik.. terima kasih wahida..

Kazman / Sue said...

bab cerai jangan buat main2x.... dan makan berkongsi dapur dgn bukan islam tu bagus la infonya...

Outbound Malang said...

berkunjung sob..salam blogger
salam kenal dan sukses selalu ..:)

Munn Jaafar said...

lg bagus kalau dielakkan duduk serumah dgn bukan islam...

Unknown said...

soalan last tu yg cam org kite selalu salah faham kan...
yg buakn islam je kite terus jadi fobia...huhuuuu

sal-nurbeena said...

Sal ada bbrp rakan bukan Islam dan mereka faham. kalau dtg rumah mereka sumer disediakan dlm paket jer..

mummyrinazone beauty said...

tq sharing//leh tambah2 ilmu

wahida said...

cheqna: minggu lepas tak de, off sekejap...hehe...tapi minggu2 sebelumnya ada je nok...

::FAIZ:: said...

thanks

norhidana said...

info yg sgt best kak...

islam itu indah, terlalu indah...

eB said...

suker info yg last tuh sbb me keluarga satu malaysia. ramai lagi yg bukan islam. xkn x mkn pulak kan? :)

Anonymous said...

terima kasih wahida sebab share kan maklumat ni.. :) appreciate that! :) thanks..

Anonymous said...

suka baca blog akak! banyak info2x bes.. tq kak

Eye_nee said...

sgt-sgt berguna info mcm ni...

Mulan said...

thaaaaannnkks for sharing..

azieazah said...

Terimakasih perkongsian bernilai...

Unknown said...

First time dtg blog wahida ni dah jatuh cinta...jom kite kenal2... klau sudi add fb sy ye... maryayusof... tqvm..

mamaelly said...

good info.. wahida..elly dah tukar link blog tau

http://putryisya.blogspot.com.. macih

mamyharraz said...

suka jwpan soalan yg last.

sbb mak mertua sy non muslim..jd ramai yg selalu pertikaikan tentang masakan dia..jd bg yg tak tau baiklah gali ilmu seboleh mungkin utk elakkan salah faham. (ingatan utk diri sendiri juga)

Dilla Ady said...

erkk..pasal makan tu, kalu rase was2 baik tak yah kan?