Berdosa tipu pensyarah
APAKAH hukumnya jika kita membantu pelajar lain untuk membuat tugasan atau kerja tahun akhirnya? Upah pula diberi berdasarkan jumlah muka surat yang disiapkan. Adakah upah itu boleh diibaratkan sebagai rasuah? Haramkah duit upah itu?
Arau, Perlis
Mengambil upah dengan menggunakan kepakaran yang dikurniakan, sama ada daripada aspek intelektual atau fizikal, adalah harus pada dasarnya.
Bagi seorang pelajar, tujuan menuntut ilmu adalah untuk mendidik dirinya sendiri supaya menjadi insan yang berguna dan jujur serta menjadi khalifah atau pemimpin yang baik.
Oleh itu perlu ada sifat integriti, jujur dalam menimba ilmu dan bukan sekadar mengejar segulung ijazah semata-mata kerana dia juga mencari barakah dalam menuntut ilmu.
Bagaimana dia akan menjadi pekerja yang baik jika ketika bergelar pelajar, dia sudah pandai menipu? Apatah lagi bila sudah bekerja.
Tindakan seseorang pelajar mengupah orang lain untuk melakukan kerjanya dan kemudian menipu pensyarah seolah-olah dia yang melaksanakan tanggungjawab yang diberikan itu adalah perbuatan berdosa.
Jangan mudah nilai orang
SEGELINTIR rakan di tempat kerja gemar mempertikaikan punca rezeki orang terutama hal berkaitan soal keberkatan. Sebagai manusia, kita tidak lari melakukan kesilapan. Mungkin kita tidak dapat mengelak melakukannya tanpa disedari.
Dalam tempoh waktu bekerja, adakalanya kita melakukan perkara tidak berkaitan seperti berbual kosong atau membaca majalah. Layakkah kita mempersoalkan keberkatan rezeki, sedangkan kita juga tidak lari melakukan kesilapan?
HAZRUL
Johor Bahru
Manusia memang tidak dapat lari melakukan dosa, terutama dosa kecil yang dinamakan dalam al-Quran sebagai ‘Al-Lamam’. Dosa kecil akan gugur dengan amalan mengambil wuduk dan buat perkara sunat.
Yang terbaik bagi manusia ialah bukan menghukum dan mencari kesalahan orang kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sungguh beruntung orang yang sibuk mengira keaiban dan kekhilafan diri sendiri daripada melihat kesalahan dan keaiban orang lain.”
Menilai dan menghukum kerja Allah SWT. Bagi manusia, perbanyakkan kebaikan sesama manusia.
3 denda tak tunai nazar
TIGA tahun lalu, suami memulakan perniagaan sambilan bagi menambah pendapatan keluarga. Saya hanya membantu dari segi pemasaran. Ketika awal perniagaan, saya sering menjadi perangsang dalam membantu suami menguruskan hal perniagaan.
Saya pernah bernazar sekiranya dapat mana-mana projek, saya akan berpuasa sehari bagi setiap projek yang diterima tanpa menetapkan waktunya sampai bila.
Pada tahun pertama dan kedua, saya berpuasa seperti yang dinazarkan. Namun selepas beberapa lama, saya tidak lagi membuat puasa nazar kerana perniagaan itu semakin stabil dan beranggapan nazar dibuat hanya ketika mahu menstabilkan perniagaan.
Persoalannya, selama mana saya tidak membuat puasa nazar itu adakah wajib saya menunaikannya? Jika wajib, bagaimana untuk menetapkan bilangan hari untuk berpuasa kerana saya sudah tidak menyimpan rekod projek terdahulu?
Bolehkah saya membayar dengan menggantikannya niat bernazar lain? Kini kami jarang meneruskan projek perniagaan sambilan itu kerana kesihatan saya kurang memuaskan.
ISTERI RESAH,
Perak
NAZAR ialah janji atau sumpah untuk berbuat baik. Menurut syarak ialah mewajibkan diri untuk melakukan sesuatu yang bukan wajib seperti puasa atau sebagainya.
Nazar yang dibuat wajib ditunaikan apabila berlaku apa yang dijanjikan seperti yang anda lakukan pada awal perniagaan apabila mendapat projek baru dengan berpuasa sehari bagi setiap projek.
Bagaimanapun, apabila sudah terlalu banyak projek yang dapat tetapi anda tidak lagi menunaikan nazar itu. Dengan kata, anda sudah melanggar nazar yang dibuat.
Bagi mereka yang melanggar nazar atau menarik balik nazar, mereka hendaklah membayar kaffarah (denda) nazar. Ia sama dengan kaffarah sumpah iaitu sama ada (1) memberi makan 10 orang miskin atau (2) memberi mereka pakaian atau (3) memerdekakan seorang hamba.
Sekiranya tidak mampu melakukan salah satu daripadanya, hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari sebagai ganti. Ini dijelaskan dalam ayat al-Quran: “Kamu tidak dikira salah oleh Allah mengenai sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat.
Dendanya ialah memberi makan 10 orang miskin daripada jenis makanan sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba.
Kemudian sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu bersyukur” (al-Quran, Surah al-Ma’idah(5): 89).
sumber: harian metro
25 comments:
yg bab tipu tu student2 sekelian...sila bc!
TQ for sharing this.. :D
yg tipu tu byk..haha..
mmg ada kes gini.
wahida..terima kasih..kena berhati2 bernazar..sebut dengan jelas kan..
tipu nak menuntut ilmu..adoihh nape kah..
thanks sharing this!
terima kasih atas perkongsian ilmu..
kak ida, tengs share ini dgn saya jugak...
tq share artikel ni...
lama betol aku tak singgah cni...sekali jer ari tu..tu pon rasa dah lame, nok..
harap kau sihat n happy jer..
makin meriah blog kau ni ngan kengkawan..hehehe =)
saya sangat suka bab ni, thanks wahida share info mcm ni
terima kasih atas info agama ni kak..
ohh jgn menipu la budak2 hui. tak baik tau. hee~
suka soalan dan jawapan yg no 2 tu, baru faham skrg =)
sy blajar skali ngan hubby, tapi time wat xciment kitorg akn duduk bilik asing2...ngheeeeee.....
Serammmmm nihhhhhh....
wah.. tanx sangat2 sebab share info nie.. :) sngt2 membantu aku.. tanx skali lagi.,.
Salam Yong, penah ada kawan nak upah akak tulis tesis dia dlm BI, tp akak tolak sbb tu kira subahat dlm menipu. Nauzubillah.
Terima kasih saling ingat mengingatkan ilmu :)
adoiii masa akak belajar x pernah layie buat macam nie huhuh
Tq Wahida for sharing this... Semoga ilmu yg disebarkan ni menjadi pencen kamu di akhirat sok...
heee..da xjd student ;p..
pss : xpnh wat assignment org lain!
thanks wahida sudi share info2 begini !!..
thanks for sharing sis..:)
tq 4 sharing..aku suka aku suka..
TQ wahida
nice post
Post a Comment