Status anak tak sah taraf
BENARKAH anak tidak sah taraf (jika anak lelaki) perlu disusukan oleh kakak atau ahli keluarga terdekat sebelah ibunya agar apabila dewasa nanti, jika bersentuhan dengan ibunya, tidak terbatal wuduknya. Ada rakan saya berkata anak perempuan yang tidak sah taraf juga perlu menyusu daripada keluarga sebelah bapanya agar tidak terbatal air sembahyang.
SUZIE AHMAD
Gombak
Anak tidak sah taraf adalah halal dengan ibunya, tidak haram dan tidak batal air sembahyang apabila bersentuhan dengan ibu kandungnya. Seandainya dia menyusu dengan kakak atau ahli keluarga terdekat, maka hukum anak susuan akan jatuh kepadanya.
Ini bukan soal perlu atau tidak tetapi peruntukan itu ada di dalam undang-undang Islam. Jika mahukan hubungan yang halal bagi anak tidak sah taraf, boleh saja dijadikan anak susuan.
Cara bayar fidyah
SAYA ingin bertanya, bagaimanakah caranya untuk mengganti puasa yang sudah bertahun-tahun tidak diganti sedangkan saya tidak ingat berapa hari yang perlu diganti kerana sudah terlalu lama.
NUR IMAN
Relau, Pulau Pinang
Puasa adalah ibadah badaniah yang wajib dilaksanakan kerana ia termasuk rukun Islam.
Jika puasa sudah bertahun-tahun tertinggal tanpa ganti hingga sukar ingat bilangannya, maka hendaklah membuat anggaran berapa hari yang tinggal. Dengan anggaran itu qadalah apa yang termampu.
Fidyah wajib dibayar apabila puasa sudah melangkau tahun berikutnya dan masih belum diqada lagi. Kira tahun yang tertinggal dan bayarlah fidyah secupak beras bagi setiap hari pada tahun yang tertinggal.
Beras, atau pun harganya, perlu disedekahkan kepada fakir miskin dan bukannya surau. Jika sukar mengira, bolehlah meminta bantuan pejabat agama terdekat untuk membuat kiraan.
Amalan elak mimpi buruk
SAYA kerap bermimpi melakukan hubungan secara luaran (tidak bersetubuh) dengan ayah atau abang. Saya buntu kenapa bermimpi sedemikian sehingga membuatkan saya runsing dan sering mengelakkan diri daripada berjumpa dengan mereka. Apakah yang patut saya amalkan atau doa tertentu yang perlu saya baca untuk mengelakkan mimpi seperti itu.
Rawang, Selangor
Mimpi bagi orang Islam ada tiga peringkat iaitu peringkat pertama bisikan jiwa, kedua godaan syaitan dan ketiga adalah mimpi khabar gembira dari Allah. Mimpi orang biasa bagaimanapun bukan hujah terhadap sesuatu hukum, berita atau satu kenyataan.
Nabi Muhammad mengajar umatnya berwuduk sebelum tidur dan sebaiknya, tidur di posisi lambung kanan.
Sebelum tidur, bacalah Al-Fatihah serta surah ‘3 Qul’ dan hembuskan ke tapak tangan sebelum disapu ke seluruh tubuh, insya-Allah, semoga dihindar mimpi buruk.
sumber: harian metro
43 comments:
info untuk semua ek :)
good info, tima kasih share
gud info..sharing is caring
ada eh persoalan yang macam yang pertama tu..
gud info sis..;)
nice info...
thx beb..sbb share..tp aku masih x paham pasal fidiyah tuh..nampaknye aku kene pegi pejabat tu la kan..nampk sgt aku ni bebal sgt..hehehhe ;)
thanks kak.. info yg baik utk semua org :)
sblm tido tu, amik wuduk..insya allah x de mimpi buruk
pernah jgk terfikir persoalan y g pertama tu...yelah kesian tengok bdk tu...cmne plak batasan aurat dia jika dijaga oleh ahli keluarga yg lain...
Anak susuan..satu2nya cara utk menghalalkan hubungan bukan muhrim..
kalau byk hari tinggal, x ingat lak tu mmg pening la....huhu...
byk kelebihan ada anak susuan tu ek...
bagus2 sbb aku pun ada anak susuan...
psl fidyah tu mmg tak leh buat main kan...
Tanyalah Ustazah... Tq sis, good info.
aku ada sorang anak susuan.....
terima kasih wahida..
pengetahuan yg dikongsi bersama
tq wahida.. kalau ade ilmu dikongsi dapat byk pahala kan.. =D
tq wahida, sharing is caring..:)
tq, eB siap tanya kat ustazah lagi psl nih sbb x larat nk tanggung perasaan takot bersubahat. ps: fm lom sampai lagi :)
good info!!
tq wahida sbb share info ni.. persoalan dan jawapan tersebut sedikit sebnyak boleh memberi pengetahuan kepada semua...
wahida...thanks for the info...
bab yg baca doa sblum tidor tu kan..
belum abis doa, sedar2 dah pagi
camne???
tang mimpi buruk tu yg selalu suspen je...
yg amalan sblum tidor tu msti buat
tp mlm td baru kaloi mmpi buruk
eghh terjage tengah malam
terus g solat
huhu takutt takuttt
nice sharing :)
abang saya ada ibu susuan... ibu susuannya plak ada 9 org anak lelaki...
btw... nice sharing...
masih tak brapa faham pasal anak tak sah taraf ni...konpius...
info yang baik , mekasih kak..
mekasih wida..
bagus tau n3 ni..
wahida..terima kasih mengingatkan.
Thanks dengan info ni ;)
nice info dear :)
yna pun ada abg susuan, eh betol ke bahasa nih? huhuhu
mak yna menyusukan dia, sepupu sendiri je, hihihi
input yang bagus :)
thanx...kongsi info
nsb baik akak jrg mimpi yg mengarut
good sekali...
useful info...thx!
thanks share info ni..
Owh camtu eah boleh elak mimpi buruk..tq for sharing yah..
camner nak elak mimpi asyik ngan artis jek...
hehehe
dah bayar fidyah..tp bayar puasa belum lagi ni...
nice sharing k'ida...;d
anak luar nikah mmg payah cket dlm semua hal.kesian
Post a Comment