nuffnang advert

Thursday, November 3, 2011

Mengenang Pendeta Za'ba...

selamat pagi semua....
pada 23 Oktober lepas, kami sekeluarga dijemput menghadiri Program Mengenang Pendeta Za'ba di Jempol, Negeri Sembilan...tapi program ni hubby dan bapak mertua aku yg pergi...asalnya aku, anak2 dan mak mertua nak pergi sekali, tapi ada masalah2 tertentu di saat akhir yg tak dapat dielakkan, hubby dan FIL je yg pegi...so, gambar2 ni hubby yg snap...

diadakan di sini....di Batu Kikir, Jempol, N.9....hidup negeri sembilan!! eh, tetiba...

kita ronda2 dulu sekitar teratak Za'ba ni...

teratak yg dijadikan muzium..

cantik ukiran tangga kayu tu...



program dah start...yg tengah berucap tu Pak Lang kami...dia menceritakan serba sikit kisah Pendeta Za'ba...

yg baju batik pepel depan kiri sekali tu, ayah mertua aku...apa kaitan bapak mertua aku ngan Pendeta Za'ba ni? Pendeta Za'ba adalah bapak sedara ayah mertua aku, so, dgn serta merta la Pendeta Za'ba ni adalah atok sedara hubby aku...korang faham tak ni? dah, tak faham sudah...

jom masuk teratak Za'ba...

FIL tgh layan gambar2 pak sedaranya tu...

sebenarnya kat dlm ni tak dibenarkan ambil gambar, tapi org kat situ ckp..." alah, amek je la...keluarga sendiri kan..."  apa lagi, hubby snap la sana sini...

cermin mata Pendeta Za'ba...







Pendeta Za'ba dikhabarkan sgt meminati seni..sbb tu dia ada radio ni...

Zainal Abidin b. Ahmad atau dikenali sebagai Pendeta Za'ba dilahirkan pada tahun 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan...Beliau merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan Bahasa Melayu...beliau telah khatam Al-Quran ketika berumur 7 tahun dan menghafaz surah yassin dan berzanji...

Pendeta Za'ba dan adik beradiknya...Pendeta Za'ba yg sulung, Haji Muhd. Yusof yg kedua ( atok hubby ) dan Siti Hawa yang bongsu...

Za'ba mulai bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, Za'ba bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada 1915, Za'ba berjaya tamat (Senior Cambridge), menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun.

Za'ba mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bahru pada tahun 1916.
 Kelebihan Za'ba adalah keupayaannya menggabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam penulisannya.

Beliau turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif.

Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.

gambar ni adalah atok hubby aku...adik Pendeta Za'ba...


Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun...
Al Fatihah...

ayah mertua bergambar sekali dengan kaum kerabat Za'ba...

last sekali haruslah ada acara makan2 kan...

Za'ba
Sebutir mutiara
Menyilau kepekatan alam fana
Membina dan mengasuh pohon peribadi
Cekal bertakwa dan bijaksana

Za'ba
Bintang bahasa
Menyinar seluruh cakerawala
Mengerdip menggerak minda dan jiwa
Bangsa berwibawa dan petah berbicara
Hujah bertatacara dan perkasa

Za'ba
Mengkritik kaumnya dengan niat mulia
Agar gah menangkis alpa
Menilai diri menjejak realiti
Usah lagi nyenyak bermimpi
Di pusaka sendiri

Za'ba
Pedas dan tangkas
Menyedarkan insan yg mengalah tewas
Ketika yg lain tertawa puas
Sedangkan bangsanya lemah mengalah
Sebelum bermula mengatur langkah

Kerana Za'ba adalah Za'ba
Anugerah kurniaan Yg Maha Esa
Roh dan cahaya ribuan bintang mutiara
Rela setia menggemilangkan bangsa


MAHAYA MOHD YASSIN
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
11 Sept 2001


p/s: mudah2an anak2 aku mengikut jejak langkah Pendeta Za'ba ni...seorang yg bijak pandai...amin...

68 comments:

Zana Adieyza said...

teratak Za'ba ni sangat bersejarah buat zana & encik adiey.. sebabnya kitaorang buat outdoor wedding photoshoot kat sini ok! mmg memori habis la teratak ni bagi zana.. bila akk post entry ni, trs mengimbau saat2 awal kahwin dulu.. awwww.. hihihi

kak, jempol tu kampung zana.. rumah family in law akk katner?

miloais said...

iols berkenan ngan cermin mata - jam tangan & kamera iteww!

NM02 said...

jah, aku dah lama teringin nak pegi sini tau

FIL kau kaum kerabat ker?

nurkaloi said...

dulu time skolah kaloi slalu wat event kat sini... kaloi skolah kat batu kikir yo
batu kikir jambatan bosi ngehheheh

Anum said...

sukanya aku tgk teratak nie
sangat2 cantik

ORLANDO AHMAD said...

sekolah menengah kat kuala pilah amik nama za'ba

Tihara said...

pendeta Za'ba..Zainal Abidin kan..ada dalam buku sejarah form 2 dulu..

Lya Colours said...

klasik spek mata dia tu. sume 1 pattern je kan

Fatin Mraz said...

senibina itu sgt mahal utk dimiliki..

nway, melihat gambar seperti berada di sana.. dokek yo dgn kampung eden.. hehee..

tetiba cakap nismilan..
kalo nak belaja leh klik n3 FM yg kedua terbaru.. ;)

Acik Erna said...

amin..mudah2an..
alfatihah niat pendita za'ba

wahida said...

zana adieyza: famili mertua kat Senawang dear...

NM02: ye lor...kan aku dah mention tu, pendeta za'ba tu bapak sedara FIL aku...ko tak baca habes ni!!

Liyana said...

wah terus teringat memori kawen dulu amik gmbr outdoor kt sini, ahaks

untunglaaa dpt amik gmbr dlm tu.. kitorang dulu amik gmbr smpai tangga je, haha

KhaiRin said...

cantik nyer rumah melayu..sejuk mata memandang... ada rezeki nk g ke sini la

amirah said...

waaa...rupanya ko ada darah2 le ngan pendeta zaaba ni..klasik betul brng2 lama ni kan..memang bijak pandai yg dikagumi la

::FAIZ FARISH:: said...

oh sgt cntik ye rumah desa mcm tu... i like

wida said...

Cantiklah..siap berukir lagi.

x sngka suami sis sedarah dgn pendeta za'ba ni

wahida said...

amirah: bukan aku yg berdarah za'ba...laki aku ler...hehe...

sudipVSsenduk said...

Tetiba je berangan nak bina rumah yg bercirikan senibina tradisional melayu, penuh dgn ukiran kerawang... hehehe

MaMa AiNi said...

wah hb wahida keturunan pendita zaaba ya..bertuah..semuga ank2 wahida dpt mengikut jejak beliau..amin..

Salina@IbuAqil said...

bestnya sis.. berbangga rasanya.. mudah2an anak kita jadi sebijak beliau.. insya'allah!! ;)

.:fyzz:. said...

waaa..first aku nk komen..muka FIL ko mmg iras huby ko..and Pendeta zaaba len skit...eh tak sangka adik badik pendeta zaaba...aku mmg suka biografi...skang aku tgh wat paper work pasal Tan Sri Syed Mokhtar ALbukhary..utk aku nyer asgment...:)..
nih acara tahunan ke?

wahida said...

fyzz: mungkin akan dibuat acara tahunan kot...bukan senang nak kumpulkan semua org..

Hanis Azla said...

Al-fatihah untuk arwah yg banyak berjasa.. cantik rumah tu.. akak suka sgt reke bentuknya..

Edy Fee said...

mmg lawatan or dekat ngan umah jew?
hehehehye rajhin buat lawatan tempat sjarah mcm ni..
]bukan takmau follow..buttoin follow tu stuck steiap kali click

cheqna said...

penuh dengan sejarah...
bebudak skang ntah tahu ntah tidak pasal pendeta zaaba ni

Ros said...

Salam ziarah,

Kak Ros bekenan ngan rumah dia,la ni mana nak ada dah rumah kayu cam tu....

Softtouch [Hanim] said...

cntiknya teratak zaaba tu..dpt tgkap kat situ mesti pic kita cntik..heeee

wahida said...

edy fee: ni bukan lawatan sejarah, ni gathering mengumpulkan ahli2 keluarga Za'ba...

makdara TERdiva said...

oooo..ada talian darah dgn za'aba rupanya :)


ini emailnya : (cilo_wan@yahoo.com)

Rinna said...

Baru jer tertengok dokumentari pasal Teratak Zaaba.. nie..Memang menarik dan bersejarah..

Selalu kalau balik kampung ada gak lalu jalan nak menghala ke situ..tapi tak penah plak terfikir nak pergi melawat.. insyallah mana tau one day bleh terjah plak.. :)

sha a.s said...

babe, jom kite pose ambik gmbr mcm gmbr² klasik kt atas tu....kepala senget²...nostalgia betul la!

munna said...

Al-Fatihah buat Pendeta Za'ba... cantik teratak Za'ba ni

eB ezrin said...

air mukernyer nmpk sgt2 genius kan?
ps: slamat hari rayer aji (",)

wahida said...

sha a.s: ko jgn sha, kang anak ko terkenan kalau kita amek gambar mcm tu...

intan_blur said...

betul menggamit jiwa la nok..lg2 spec mate tuh..cantik rumah tu kan,..

ajumohit said...

Usaha yg bagus bg mperingati jasa pahlawan negara, generasi baru tidak ketinggalan mengenal siapa tokoh malaysia

Ena said...

cantiknye..

akubiomed said...

Besar rumah Zaaba. Teringat rumah datuk saya di Melaka

mak encik | SZ said...

besar sungguh jasa allahyarham!

onie said...

spec tu klasik weiiiiiiiiii :)

onie said...

spec tu klasik weiiiiiiiiii :)

Qhaifa Nur said...

nasib baik tempat ni dijaga rapi...
boleh tengok barang2 peninggalan arwah zaaba

mamyharraz said...

sukanya tgk benda2 klasik..lagi2 rmh pendeta za'ba sgt klasik&unik!

aminn moga anak2 wahida ikut jejak langkah jd org bijak pandai :)

POHPALEH BURGER said...

ooo camtu citer nye... keturunan pendeta za'ba rupenye...
dulu2 kerap lalu kg ni masa brulang pekan - seremban. punye le teringin nak singgah tp asik2 baca signboard dia je.. ehehe singgahnye sampai sudah idak...

Bidadari Syurga said...

berdarah patriotik seni rupanya hubby awak...

khairul said...

smart lagi rumah dia

Spiderman bawak Kelisa pulak .http://gilamodified.blogspot.com/2011/11/spidey-kenari.html

Anamarza said...

Cantik rumah tu...

dwaty said...

tahniah... wahidah telah melahirkan keturunan pendeta za'ba...

Maya Mayana said...

kira sedara kuat gak neh...mudah-mudahan doamu tercapai...Amin...

Fabulous Me said...

Oh ok thx for the great info. Name je sekolah pendeta za'ba tapi x pnh tahu lbih mndalam.

GreenJade said...

Amin...moga mndapat tempias2 cendekiawan pd hero2 wahida yea..

spek mato tu very de klasik yu

Nazayiena said...

Za'ba tu ada talian saudara ya dgn sblh family hubby Wahida....
Diharap segala peninggalan Za'ba nie akan terus terpelihara.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

proudnyerr bersaudara dgn cendikiawan mcm nih.. pendeta zaaba mmg akan dikenang sepanjang zaman.. al fatihah buat beliau..

Dee said...

wahida..patutlah muka suami pun ada iras2 pendita za'aba..

Run Away said...

wah...dah mcm antik dah barang2 bi,,,
d...;s

akuzle ayu said...

ohoh! pttler ramai peminat...kener tempias arwah Za'ba....ihhihiihih

misya said...

tinggalan yang amat bermakna

nurkaloi said...

sis ! baru perasan ade gmbar pengetua sekolah batu kikir hehehe yg misai tobal tuh heheheh

rasp said...

baru tau ada tempat gini sis...
minat oooo lawat tempat2 gini :)
thx for the info...

Emy Tak Kecik said...

aku membaca buku2 pendita za'ba mmg pecah kepala...bahasa dia sangat mendalam...

eh eh...aku suka dia tau :D

Anonymous said...

Nice article as for me. Thnx for sharing this info.

Tim Phillsen
cellular signal jammer

Anonymous said...

Salam. Pak Za'aba is one of the great Bugis Linggi people. May Allah swt bless his soul.

Anonymous said...

Pak Zaaba (orang Bugis + Minangkabau) meninggalkan jasa tidak terhingga kepada kita semua. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt hendakNYA. Amin.

farahana murni said...

assalamualaikum..saya pelajar tingkatan enam sedang membuat kajian pbs sejarah utk stpm saya..kajian saya ini mengenai Za'ba..saya ingin menemuramah individu yang bersangkut paut dengan Za'ba mungkin dr keluarganya sendiri..adakah Allahyarham ada keluarga yg duduk di ipoh perak?

Fouziah Abdul Wahab said...

Assalamualaikum. Untuk pngetahuan puan, suami saya cucu pada siti hawa tu, Adik beradik zaaba. Macam mana saya nak hubungi puan?

Fouziah Abdul Wahab said...

Arwah ayah mertua saya menunggal dunia di rumah kelahiran Zaba di belakang teratak zaba tu..moga dpt la kita kembali jalinkan silaturrahim yg lama terputus

Fouziah Abdul Wahab said...

Arwah ayah mertua saya menunggal dunia di rumah kelahiran Zaba di belakang teratak zaba tu..moga dpt la kita kembali jalinkan silaturrahim yg lama terputus

Fouziah Abdul Wahab said...

Arwah ayah mertua saya meninggal dunia di rumah kelahiran Zaba di belakang teratak zaba tu..moga dpt la kita kembali jalinkan silaturrahim yg lama terputus