nuffnang advert

Wednesday, October 5, 2011

soal jwb agama: beri wang pada ibu, puasa qada dan sunat & hukum guna brg org lain

Beri wang kepada ibu ikut kemampuan


SAYA memperuntukkan wang perbelanjaan sebanyak RM300 sebulan untuk keperluan ibu saya, sehingga adakalanya saya terpaksa ‘menipu’ suami semata-mata ingin memenuhi kehendak ibu.

Namun begitu, saya agak berkecil hati dengan ibu saya kerana ibu saya seolah-olah tidak menghargai pemberian ikhlas saya itu.

Ibu selalu membandingkan saya dengan anak orang lain yang memberi wang lebih banyak. Begitu juga dengan keperluannya yang lain, ibu mahukan barangan yang harganya lebih mahal, malah ada yang saya sendiri tidak mampu memiliki barang itu. Adakah berdosa jika saya menegur sikap ibu itu?

SITI SHARIZA
Senawang



Apa yang puan lakukan dengan memberi ihsan kepada ibu sekadar yang termampu adalah sesuatu yang terpuji di sisi agama.
Lakukan dengan ikhlas dan haraplah pembalasannya daripada Allah. Jika ibu tidak menghargai apa yang diberikan, puan tidak perlu khuatir kerana puan hanya perlu mengharap balasan daripada Allah.

Tidak mudah menegur orang tua apalagi seorang ibu. Jika mahu juga menegur lakukan dengan hikmah supaya dia tidak terasa hati.

Jika dengan menegur akan mengeruhkan lagi keadaan dan membuat ibu puan terasa hati, maka lebih baik berdiam. Serahkan segala amal kebajikan kita untuk dikira dan dihisab oleh Allah.


Puasa qada, sunat tidak boleh disatukan


PADA Ramadan yang lalu, saya tidak dapat melaksanakan tuntutan penuh ibadah berpuasa akibat keuzuran yang biasa dialami kaum Hawa. Apabila Syawal tiba, saya berniat untuk menunaikan puasa enam.

Saya melafazkan dua niat serentak pada satu masa iaitu untuk puasa ganti dan puasa sunat. Saya meminta beberapa pendapat daripada rakan dan saudara-mara mengenai perkara itu tetapi jawapan yang saya terima berbeza-beza.

Ada yang berkata saya boleh menunaikan puasa sunat enam tanpa menggantikan terlebih dulu puasa yang ditinggalkan dan ada juga berpendapat sebaliknya.

Selain daripada itu, mereka memberitahu saya bahawa saya boleh melafazkan dua niat sekali gus dan pada masa sama menafikannya. Adakah hukum puasa saya diterima?

NURUL
Johor


Puasa enam dalam bulan Syawal adalah puasa sunat. Puasa qada pula, bagi menggantikan puasa Ramadan yang ditinggalkan, adalah puasa yang wajib. Antara wajib dan sunat, sudah tentu tuntutan wajib yang perlu diutamakan.

Seperti antara solat tahajud dan solat Isyak, sudah tentu tidak wajar bagi seseorang untuk bersolat tahajud yang sunat sedangkan dia belum menunaikan Isyak yang wajib.


Bagi satu ibadah, tidak boleh dilakukan dua niat yang berbeza untuk berpuasa iaitu niat wajib dan niat sunat pada masa yang sama.


Apa yang saudari gariskan adalah empat pendapat yang berbeza-beza daripada pelbagai sudut pandangan.

Secara peribadi, saya katakan ia lebih mirip kepada pandangan yang mengatakan bahawa perlu qada puasa terlebih dulu.


Namun demikian, ada juga pandangan yang menyebut jika qada dilakukan dalam bulan Syawal, secara tersendiri pahala melakukan puasa dalam Syawal dikira.
Wallahuallam.


Hukum guna barang milik orang lain


SAYA tinggal di asrama. Kawan-kawan saya sudah pindah dari asrama dan ada meninggalkan barang-barang termasuk makanan dan serbuk pencuci.

Bolehkah saya mengambil dan menggunakan barang-barang itu kerana jika tidak digunakan, apabila sampai waktu pembersihan bangunan, ia bakal dibuang pihak asrama.

Saya rasa sayang kerana ia masih boleh digunakan lagi. Apa hukumnya jika saya makan makanan itu? Saya tidak pasti sama ada mereka akan mengambil makanan itu semula atau sebaliknya.

SITI,
PERAK



MENJUMPAI barang orang lain termasuk dalam hukum luqatah dalam fiqah Islam.
Terdapat beberapa hukum berkaitan antaranya pertama, harus menggunakan dan mengambil faedah termasuk memakannya sekiranya ia dianggap remeh dan kecil oleh masyarakat setempat seperti barang yang anda temui di asrama itu.


Ia adalah rukhsah yang diberikan Rasulullah s.a.w untuk diambil faedah.
Bagaimanapun, sekiranya anda pasti tuannya, hendaklah berhubung dan meminta izin. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan sistem pesanan ringkas (SMS) sekarang.

Kedua, haram menggunakannya apabila ia membabitkan benda besar dan berharga seperti kereta dan haiwan yang mampu hidup sendiri.

Ia hendaklah dibiarkan atau dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ini kerana tuannya dapat mencari benda yang hilang berkenaan. Umar pernah berkata: “Barang siapa yang mengambil haiwan yang sesat sesungguhnya ia bersalah.”


Ketiga, sekiranya ia antara benda yang dijumpai adalah pertengahan antara kedua-dua di atas seperti ikan, ayam dan barang-barang yang mudah rosak, seseorang boleh menilai dengan mengambil tindakan yang lebih baik sama ada menggunakannya sebagai hutang yang perlu dibayar apabila empunyanya ditemui, menjual dan menyimpan hasil jualan untuk diserahkan kepada empunya apabila ditemui.

Sekiranya barangan itu tidak mudah rosak seperti jam dan gelang, ia hendaklah dihebahkan di tempat orang ramai seperti masjid dan pusat masyarakat.

Selepas setahun, ia boleh dimiliki atau dijual dengan hasilnya dikira sebagai simpanan. Tetapi ia tetap hak milik orang lain dan perlu dipulangkan apabila ada tuan yang menuntut dan terbukti pemiliknya selepas siasatan. (Lihat juga ‘Hukum Luqatah (jumpa barang orang lain,’ http://muis.ismaweb.net/2010/03/e-g-hukum-luqotah-jumpa-barang-org-lain)


sumber: harian metro

34 comments:

wida said...

segmen yg ditunggu-tunggu:)

azieazah said...

Terimakasih berkongsi info ini. Sangat best dan berguna.

Jawapan jelas.

[sutera kasih] said...

thanks for sharing kak ! :)

khairul said...

sy bgi x byk kat org tua saya

♥ manje ♥ said...

tq for sharing...:) ~

sisdee said...

pasal puasa tu byk sgt yang bagi pndpt kdg2 smpai conpius..so amik jalan senang ganti jek puasa kan :)

:: Mrs.Eady :: said...

tq for this info :)

Bigdaddyz said...

nice dan berguna sebagai ilmu...

syariza09 said...

terjawab beberapa soklan

NM02 said...

kes pertama tu terjadi kat orang sekeliling aku

aku kesian kat orang tu jah... jgn tanya aku sape org tu sbb kau tak kenal pun. hahahaha

wahida said...

NM02: tak kira, aku nak tanya gak...sapa jah?? haha!!

Hanis Azla said...

terima kasih wahida..

*SiRibenMerah said...

sekian tazkirah utk hari ini...

ehh, da follow dah.. lupa la nokss.. tayah menyentap yek..

btw, bz giler arineh.. huhu.. nk update pon tak dannnn~

misya said...

alhamdulillah dapat ilmu

Salwa said...

terima kasih kongsi :)

Joy said...

suka segmen nih..sgt bermanfaat...

ikatankasihku said...

bagus info ni.. :) terbaik!!!

Acik Erna said...

Wahida .Terima kasih

MULAN said...

tqs for sharing...

mamaNoriz said...

nmpak simple tpi tak leh main2 kan...

nurkaloi said...

THANX
good info sis

Eye_nee said...

gud info ni sis...brthn akak buat niat puasa ganti dan sunat bersama...rupanya lebih bagus dibuat yg qada dulu...

exora said...

ramai yg kata boleh niat sekali puasa qada n puasa sunat syawal...conpius laa

wahida said...

exora: kak, setahu saya la, sebelum ni pun ada ustazah saya ckp gantikan puasa dulu..sbb itu wajib...tapi kalau kita puasa ganti di bulan syawal, automatik kita dpt terus pahala puasa enam tu...
wallahualam...

Dinas Aldi said...

Terima kasih kerana berkongsi, terutama sekali bab bagi duit pada ibu tu. Tapi ibu akak sgt hepi bila akak bagi & tak pernah compare dengan anak lain pun, hehehe. Rasa bahagia bila dapat bagi pada ibu.

Bro ahmad said...

info yang berguna...:)

Fatin Mraz said...

nice entri! perkara nampak mudah, tetapi ada yang tak diketahui lagi..
tanx for sharing.

MaMa AiNi said...

jika ada ibu2 yg terbaca entry ini harap dpt dijadikan iktibar kisah yg pertama tu...nasib baik anak mama seorg sahaja..tak sempat nak banging2kan..he2x..biar sedikit pemberian itu..janji ianya ikhlas..

rasp said...

bab puasa tu mmg byk tul pendapat dia sis....
so i nie malas nak pikir byk2 sangat...
dan takmo was was...
me slalunya posa ganti dulu...
then buat posa sunat...
tahun nie start posa lambat...
tapi sib baik ngam2 je timing habis posa ganti & sunat....

delarocha said...

bila dah besar, giliran kita bagi duit kat mak bapak..jangan berkira, beri ikut kemampuan.

Run Away said...

nice k'ida...

dhiera said...

nice sharing~ ada yg dah tahu, ada yg belum~

intan_blur said...

beb..tq..info ni sgt bguna

aimie amalina said...

waaaaa
byk input sy dpt kat sini
soal pose
soal duet pd ibu
soal mkn hak org lain
heee
maceh kak!