nuffnang advert

Wednesday, September 21, 2011

soal jwb agama: cara kira haid tak menentu, sukar bayar puasa bapa & suami jatuh talak jika tatap fesbuk

Cara kira haid tidak menentu

SELEPAS mengenakan suntikan perancang kehamilan, haid saya jadi tidak menentu dan berpanjangan sehingga tiga minggu. Adakah sepanjang tempoh itu saya tidak dapat mengerjakan solat? Atau ia dikira sebagai darah lain dan bagaimana saya hendak bersolat? Jika ada sedikit saja darah dalam faraj, adakah ia dikira darah haid? Bagaimana hendak memastikan darah yang keluar itu darah haid? Jika yang keluar itu bukan darah haid, bolehkah saya bersama dengan suami?

HAJAR
Rompin



Suntikan ubat boleh menyebabkan kitaran haid jadi tidak menentu. Dalam keadaan tidak menentu, haid perlu dikira mengikut kebiasaannya. Jika darah keluar sehingga tiga minggu, kiralah tempoh haid paling panjang saja iaitu sekadar 14 hari dan selebihnya adalah tempoh suci puan.

Darah yang keluar selepas tempoh 14 hari dikira darah istihadhah. Ketika tempoh suci, lakukan solat dan ibadah lain seperti biasa dan puan harus bersama suami ketika tempoh suci itu.

Sukar bayar puasa bapa

SEORANG bapa ketika hayatnya banyak meninggalkan puasa dan tidak sempat digantikan sebelum kematiannya. Apabila dihitung pegawai pejabat agama, si anak tidak akan mampu membayar balik (fidyah) yang dianggarkan RM22,000. Oleh itu, si anak dinasihatkan berdoa mengharapkan keampunan Allah untuk arwah ayahnya. Bagaimana pula jika si anak ingin mengupah haji bagi arwah bapanya, adakah tidak dibolehkan disebabkan fidyah yang tidak terbayar atau sebaliknya?

MIZA
Johor Bahru


Puasa dan haji sebahagian daripada lima Rukun Islam yang wajib bagi seorang Islam. Puasa ialah ibadat badaniah iaitu perlu dilaksanakan empunya badan kecuali dalam keuzuran, boleh dibayar fidyah.

ika terlalu banyak dan tidak mampu digantikan oleh anak seperti dinyatakan, ingatlah bahawa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang, mohonlah daripada-Nya semoga Allah mengampunkan segala kelalaian.


Jika si anak berhasrat mengupah haji bagi arwah ayah, teruskan niat itu. Ia tidak terhalang hanya kerana ibadat puasa yang tidak sempurna. Berharap dan berdoalah semoga dengan ibadah ini dosanya yang lama akan diampunkan. Doa anak soleh adalah talian hayat bagi yang meninggal dunia.

Suami jatuhi talak jika tatap Facebook

BARU-BARU ini saya bergaduh dengan suami sehingga dia menyebut, jika saya menatap laman sosial Facebook, jatuh talak satu ke atas saya. Jika saya tatap laman itu dalam keadaan haid, benarkah talak tidak jatuh? Namun, jika saya buka laman itu dalam keadaan suci, bermakna talak itu jatuh pada saya.

Jika suami menyetubuhi saya pada hari sama sambil berkata dia merujuk saya kembali, adakah kami sudah rujuk? Namun jika benar kami sudah rujuk dan saya kembali menatap lagi laman itu untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya, bagaimana pula status saya?

Adakah talak tiga jatuh ke atas saya? Adakah kami tidak boleh merujuk kembali? Suami mengatakan pada waktu itu, dia melafazkannya dalam keadaan marah dan tanpa niat. Untuk pengetahuan Datuk, laman sosial itu penting bagi saya kerana banyak maklumat penting di situ berkaitan perniagaan saya.


NUR

Cheras


Lafaz talak disebut suami adalah lafaz talak bersyarat iaitu jika membuka Facebook akan jatuh talak. Talak tetap akan jatuh dan terjadi jika puan buat apa yang dilarang, tidak kira sama ada puan dalam keadaan haid atau tidak.
Talak yang dijatuhkan ke atas isteri yang berhaid adalah sah, cuma perbuatan itu berdosa.

Suami yang menyetubuhi isteri selepas menjatuhkan talak sebenarnya sudah merujuk isterinya melalui perbuatan bersetubuh itu. Yang puan perlu buat sekarang ialah mendapatkan kepastian daripada suami terlebih dulu adakah dia berniat talak pada puan setiap kali membuka Facebook atau pengucapan itu terhad ketika dia marah.


Semuanya bergantung pada niat suami puan ketika membuat pengucapan itu.
Bincang dengan suami supaya talak tidak dengan mudah dipermainkan dan
dijatuhkan.

 sumber: harian metro

34 comments:

AnneRaini said...

bagus info ni tp tang talak tu jgnlah buat main2 walaupun marah... terlajak perahu boleh diundur...huhuhu

eB said...

tq. alhamdulillah dpt ilmu ari nih

misya said...

baru tahu

N i e Z a said...

pergh...tgk facebook pon leh dijdkan bahan utk jatuh talak...

|| NaFiRaa || said...

ooo.. ilmu yang sgt bagus.. tq2~

SemuaTentangKita said...

ish..ish..ish..pasal fesbuk pn boleh cerai berai..

AI said...

- pernah gak dgr ade yg spi bercerai sbb wife terlalu obses dgn pesbuk...alahaiii

NurulHudaResad said...

ngeri plak aku baca pasal talak tu...mmmm....

wida said...

jatuh talak sebab fb?ish ish..seram pulak

mama aini said...

macam2 kan wahida..yg ke3 tu pasal FB..ha2x..kurang2kan menatap FB ya isteri2 semua !!..

terpatrisinarabadi said...

Hi Ida, salam kenal..
TQ sudi singgah blog saya..
first nak ckp, cun la header awak... :P like!

bagus n3 ni, untuk di share bersama..

Ena said...

semudah tu je kan main2 talak.. haihhhh..


thanks wida..

Unknown said...

menguji keimanan betul yg last tu...

tak leh uat main2 tu

Hanis Azla said...

dapat ilmu lagi.. tq wahida..

attyfir said...

thanks ida..info yg berguna..

Prince Halilintar said...

nice info..ilmu yg bermanfaat

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

bagus ilmu ni ..kadang2 ada yang musykil tapi tak tau nak tanya kat mana kan ? ni dah ada info mcm ni mmg berguna :) :) Thanks

Unknown said...

gud info..kalo si suami xth..senang2 jek jatuh talak tu..masing2 kene dalami ilmu cerai2 ni..supaya x nyesal nnt

tq follow sy..sy follow balik disini..hehe

NrlAidaHml said...

terima kasih wahida..bagus betul entry ni..banyak info!!gud for us!!

::FAIZ:: said...

sebab Fb kene Talak.. Naya...

wardah @ fie shah said...

tq for the info nokkss

kurus said...

adoii yg menatap FB tuu akak x tahan ..
taksub benar ngan FB nie huhuh , harap2 penerangan ini memberikan panduan buat kita semua .. :)

thanx dikk !

eKa said...

huhuhu...bahayanya fb

kayzie said...

macam-macam efek fb nih..haishhh

Salwa said...

huh.takut..takut..

Deliah's Deli said...

teringat puisi tentang 'ibu dan facebook'..

sekadar satu coretan said...

talak ni tak boleh dibuat main2 atau pun sesedap mulut jer bile ckp tu...

takut la pulak mcm ni...

Umie Nadhirah said...

hohohoho..
informasi yg berguna.

[sutera kasih] said...

thanks kak kongsi info ni :)

~izan~ said...

talak satu perkataaan yg mmg bukan suka2 hati nk sebut.ishh mintak dijauhkan benda2 yg mcm tu...

thanks info yg berguna kat sini...

-Sara- said...

gud info :)

sara da folo sini jugak :)

Eye_nee said...

Gud Info sis...part lafaz talak tu mcm dibuat main2 kan..alasan nmpk macam remeh jer..tp boleh jatuh talak...Isteri patuh lah larangan suami..dan suami pon..jgn lah semudah itu mencari alasan nak melafazkan Talak...

dear anies said...

bila bc, FB ni da jd mcm berpuaka lak..ada je kes yg melibatkannya

Mek Onie said...

facebook pon boleh jadi penyebab jatuh talak kan,mentang2 depa ada kuasa jatuhkan talak...lelaki di luar sana please jangan ikutkan nafsu tika bertindak... *err,teremo lak kak,sorry-sorry,hehe*