SAYA kini berumur awal 20-an. Dulu ketika awal baligh dalam bulan Ramadan, saya pernah terangsang hingga keluar mani akibat melihat sesuatu yang mengghairahkan.
Namun saya belum menggantikannya kerana ketika itu saya daif mengenai puasa, tetapi sekarang saya ingin menggantikannya. Bagaimana caranya? Perlukan saya berpuasa tiga bulan penuh atau menggandakannya?
SYAUQI
Terengganu
DENDA berupa fidyah perlu dibayar bagi seseorang yang melengah-lengahkan qada atau ganti puasa wajib tanpa keuzuran sehingga masuk bulan Ramadan tahun seterusnya.
Di samping itu seseorang juga diwajibkan menggantikan puasa yang ditinggalkan atau yang terbatal. Termasuk batal puasa ialah mengeluarkan mani dengan sengaja ketika berpuasa akibat terangsang atau sebagainya.
Bilangan hari di mana puasa terbatal yang perlu diganti. Umpamanya anda terbatal dua hari puasa ketika awal baligh akibat keluar mani dengan sengaja, ia perlu diganti sebanyak dua hari sebelum masuk bulan Ramadan tahun berikut.
Jika puasa tidak diganti dan sudah masuk Ramadan tahun berikut anda perlu qada dan membayar fidyah iaitu sebanyak satu cupak beras bagi satu hari yang tidak diganti.
Dalam kes anda, anda perlu bayar fidyah dua cupak beras. Berikutan kegagalan anda mengganti puasa dan membayar fidyah itu sehingga sekarang, banyak fidyah digandakan menurut perbezaan tahun dan jumlah hari tidak berpuasa.
Katanya, sudah lima tahun anda tidak qada puasa itu sebanyak dua hari. Dengan itu banyak fidyah ialah 10 cupak beras, dua kali lima tahun.
Beza antara nazar dan azam
APAKAH perbezaan antara nazar dan azam? Kadang-kadang kita berazam (lintasan di hati) sekiranya dapat untung sikit pendapatan mahu belanja kawan dan sebagainya. Adakah ia dikira nazar? Adakah nazar perlu dilafaz?
Kuala Lumpur
Manakala nazar pula ialah ‘janji untuk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul dan niat.’
Terdapat perbezaan antara azam dan nazar iaitu azam berupa kemahuan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu manakala nazar pula janji yang akan ditunaikan apabila tercapai suatu cita-cita, misalnya, apabila seseorang mengatakan ia bernazar untuk puasa sunat tiga hari apabila berjaya mendapat 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Apabila keputusan seperti yang diinginkan berlaku, dia wajib menunaikan nazar untuk berpuasa.
Dengan kata lain, nazar ialah janji atau sumpah untuk berbuat baik dengan mewajibkan perkara sunat dengan niat mendekatkan diri kepada Allah kerana seseorang mencapai apa yang diimpikan.
Ia hendaklah dengan menyebut nama Allah seperti "Dengan nama Allah aku akan puasa tiga hari apabila aku lulus peperiksaan." Kata-kata ini berupa nazar yang wajib dikotakan apabila maksud berkenaan tercapai.
Apabila tidak menunaikan nazar atau menarik balik nazar itu seseorang hendaklah membayar kafarah (denda), iaitu memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba.
Dan jika tidak mampu melakukannya, hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari.
Kafarah nazar sama dengan kaffarah sumpah. Ini seperti yang dijelaskan dalam al-Quran mengenai kafarah sumpah iaitu: “Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat.
Maka dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba.
“Kemudian sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah ia berpuasa tiga hari.
Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpah kamu.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Ma’idah (5): 89)
Tunai amanah milik orang ramai
SAYA diberi amanah untuk memegang wang hasil daripada beberapa kemenangan semasa berada di universiti. Wang itu masih belum digunakan walaupun sebelum ini kami sudah membincangkan. Sekarang sudah hampir dua tahun dan ramai kenalan sudah tidak dapat dihubungi, wang itu masih lagi dipegang oleh saya. Apa yang saya perlu lakukan dengan wang itu kerana ia adalah hasil usaha kami semua.
Senawang
sumber: harian metro
33 comments:
bab membayar fidyah ni ramai yg kurang arif..nak kena tanya pada yg pakar atau alim ulama supaya takde percanggahan
nazar pun kena kafarah kalau tak ditunaikan..
kena selalu jenguk soal jawab agama..baru arif ttg bab2 ni..
ha, nampaknya tahun ni aku tergolong dalam perkara pertama la kot jah.. huhuhu
kalu nak kira zaman jahiliah tu camner lak ek.. dah luper la baper hari kena tinggal
pada en. azlan dari senawang.. kalu dah tak tahu ke mana nak salurkan duit tu, ape kata tolong bayarkan penginapan saya kat bali nnt.. itu kira sedekah jariah jugakkan... hehehehe
bagus ni sebagai perkongsian semua.
wahida..rajin wahida..terima kasih..boleh dijadikan panduan pada yang kurang tau.
tq for sharing ida..buat reminder pada ku yg sering lupe hehe
aku skang masih mengkaji bab2 org ngandung takleh puasa ni..ade yg cakap kene bayar fidyah je..ade cakap kene pose n bayar fidyah
bynak benoorrr pendapat pening2
ingat mengingat sesama kita....
alhamdulillah banyak yg dah tahu dari x tahu :)
good good entry!
thank's share ye.. :)
bab ganti pose n bayar fidyah memang ramai yang masih musykil..tq 4 sharing =)
thx for sharing....
pemahaman makin bertambah.. thanks for sharing..
yela..sama jugak dengan yg pertama tu..cemana ye? :)
selamat berposa...
Info yg bagus, thanks for sharing ☺☺
islam itu mudah
tq sis..:)
he2x...mama dtg sini cari info dr wahida..Thanks ya...
thanks share info ni kak wahida :)
info ni bgs dkongsi sbb kdg2 mgkin ada yg xtau tp malu bertanya kan..
ermm..bertambah ilmu hari ni..thanx..
dah 2 tahun aku bayarkan fidyah utk mak sbb dia dah x larat puasa....3kali seminggu kene dialisis....tp ada gak yg sihat walafiat bagi 1001 alasan utk skip pose...hurmmmm.....
soal jawab yang menarik ..
sori terlupa nak follow .. harap jgn amik hati .. sebab kadang2 fokus sgt baca post sampai terlupa nak follow
bagus wahida sbb ingat mengingati antara kita..
tak leh lengah2 ganti puasa ;-)
thanks kak, kongsi2 ilmu..baik utk semua orang yg membaca :)
Thx for sharing.. ^_^
bagus u paparkan soal jwb yg pertama tu mmg coz ramai gak yg tak pasti....
thx for sharing...
tak sabar nak puasa...
Eloklah kelarkan entry gini untuk info sesuai dibulan Ramadhan al-Mubarak. Selamat Berpuasa ye Wahidah....
bagus info ni..thanks share!
Post a Comment